Selama ini kita dikaburi dengan kisah Rosmah, 1MDB dan 2.6b. Tapi ada tak rakyat lihat secara mendalam apa sebenarnya yang berlaku di dalam ekonomi Malaysia? Mereka nak apa sekarang?
6 Tahun ini Keris lihat ada banyak perubahan. Sebab itu Bajet 2016 kali ini sangat baik. Di Sini Keris petik artikel Suara Melayu Baru :
Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai cerita berhubung kemelut politik negara khususnya berkaitan kepimpinan YAB PM. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia, baik dari pihak pembangkang mahupun dari kalangan pemimpin dan ahli2 UMNO BN sendiri. Tidak kiralah samada kalangan mereka mempunyai kepentingan politik atau yang sekadar ikut-ikutan. Semuanya beranggapan seolah-olah Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita, walau sedikit kebaikan...
Ada yang sampai beranggapan 6 tahun pentadbiran Najib adalah sia-sia dan dengan angkuh mempersoalkan "Apa yg Najib dah buat selama jd PM... Abuk pun tarak"... Bagi aku, tak kisahla kalau korang nk bangkang atau bencikan Najib, itu hak korang... tp biarlah bangkang dgn bijak dan adil... tak perlu nk tolak mentah2 100 peratus apa yg telah Najib buat semata-mata nk tunjukkan tahap kebencian korang...
Rasa sedih bercampur geram apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Najib.
Memang dalam masa lapan bulan ini Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.
Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran, Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?
Selama lima tahun Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.
Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.
Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
Bencinya mereka kepada Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.
Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Najib.
Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.
Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.
Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.
Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?
K7L : Bukan bodek ya..
Ayat bodek...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBuat Anon 20:54. Kalau benci pada Najib pun jangan lah sampai menghina nya setidak2nya Beliau masih berupaya menstabilkan Malaysia dari segi keamanan dan ekonomi. Muhasabah diri lah wahai saudara.
Deletementality anak melayu yang tak tahu buat analisa..fakta yang di sebut di atas adalah benar..facts bukan cakap kosong ...melayu yang masih tak pandai buat analisa tu belajar lah guna fakta untuk lebih cerdik..malu melayu bodoh tak tahu guna fakta..macam anon 20.54 di atas..sedih taraf pemikiran melayu yang suka laga lagakan walaupun fakta jelas menunjukkan kebenaran...sediiihhh
ReplyDeleteKalau nak bodek pun agak agak le sikit...
ReplyDeleteApa2 pun Najibul kena disingkirkan cepat...
ReplyDeletelantik dia sebagai Presiden Gerakan...
Rata2 yang suka merungut yang tak tau bersyukur...yang nampak salah orang lain tapi tak nampak kelemahan diri. Ada tu keluarga diri sendiri pon tak terurus. Bukan.mudah mengglas tanggungjawab sebagai pemimpin. Masa akan menentukan InsyaAllah.
ReplyDeletebro, tolong bagi jawapan kenapa AG diberhentikan,pengerusi PAC masuk kabinet..kenapa pusing-pusing pasal 2.6b...kenapa jawapan menteri bertukar-tukar bila ditanya...JAWAB la dengan jujur..org kampung tak masuk internetpun nak tengok gambo Najib..graf2 bombastik ni..thanks
ReplyDelete