05/05/2013

Sebelum Mengundi Di Putrajaya Wajib Lihat Video Ini! #PRU13




Kesian pulak tengok pak cik yang tinggal di DUN Salor ni.... Tajuk kat atas tu tiada kait mengait sangat dengan video di atas, tapi sekadar untuk menarik perhatian pembaca untuk melihat aspek kebajikan pengundi di DUN Salor, yang mana Husam Musa merupakan wakil rakyatnya.

Bagi warga Kelantan di luar Kelantan, janganlah anda siksa orang-orang kampung anda terutama warga emas seperti pak cik ini untuk terus hidup dalam kesusahan di bawah pemerintahan Pas. Yang menanggung nanti adalah mereka, sedangkan anda boleh duduk dengan selesa di luar Kelantan, minum air yang lebih bersih dan tinggal di rumah yang lebih selesa.

Samalah juga dengan pengundi Putrajaya yang tidak tinggal di dalam Putrajaya. Janganlah anda mengundi Pas sehingga menyebabkan kami yang tinggal di Putrajaya terpaksa menjadi mangsa (na'uzubillah).

Anda mungkin tidak kenal Datuk Seri Tengku Adnan, tetapi sehingga kini jasa beliau terhadap penduduk Putrajaya (bukan sekadar pengundi sahaja) selama dua penggal ini begitu banyak.

Semaklah track record calon Pas di Putrajaya Husam Musa di Parlimen Kubang Krian, DUN Kijang dan DUN Salor terlebih dulu sebelum anda mengundi.

Yang pastinya, Husam tidak menyahut cabaran blogger Kickdafella dan bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT) Nik Mahani Abdullah untuk melakukan Ujian Poligraf semalam.

K7L : Nak sokong penipu jadi wakil rakyat?..

2 ulasan:

  1. ingat PAP ingatlah DAP. Apa orang Melayu Singapura dapat????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa n knp lpskn singapura dlu. Siapa yg benarkn monopoli bisnes n siapa yg memiskin bangsa melayu.

      Delete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk