Alamak! Tak tahu nak kata percaya atau tidak sekarang ni beb! Ini merupakan satu kejutan yang boleh membuatkan rakyat Selangor sendiri tak percaya dengan tindakan Menteri Besar sementara mereka yang ada something fishy sikit.
Bukan baru hari ini desakan demi desakan baik daripada kerajaan persekutuan, rakyat Selangor termasuk pakar air yang menyarankan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dibina dan jangan dilengah-lengahkan lagi.
Ini kerana seluruh rakyat Malaysia telah mengetahui krisis air di Selangor semakin hari semakin membimbangkan. Mereka yang akan menjadi mangsa kepada krisis air sudah tentu rakyat Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tetapi malangnya projek membina loji rawatan air Langat 2 itu dilengahkan sehingga ke hari ini dengan pelbagai alasan termasuk mahu jimatkan wang dan sebagainya.
Tapi peliknya sebuah projek besar dengan kos RM1 Billion yang berkaitan dengan Teresa Kok telah diselesaikan dengan masa yang sangat cepat! Lapan hari je beb terus setel semua kerja dan pembayaran!
Projek solar yang bernama Solar Photovaltaic Power Plant sekali diulang kosnya adalah RM1 Billion! Pelik betul sebab sekarang di Selangor sedang menghadapi krisis air yang kritikal tetapi solusi lepada polemic itu tidak dibuat.
Yang mereka buat dengan masa yang cepat adalah projek solar? Eh dah kenapa ek? Pelik bin hairan betul tindakan Oppa Khalid Loser ini. Untuk bina Loji Rawatan Air Langat 2 bukan main lagi dia bersilat sana sini untuk lengahkan tetapi projek solar dibuat dengan segera?
Masih segar dalam ingatan rakyat Selangor, Oppa Khalid Loser cakap untuk bina Langat 2 dia sanggup tunggu sampai seratus tahun lamanya. Untuk projek solar yang tak ada pentingnya sekarang dibuat cepat pula.
Yang paling best adalah projek Solar RM1 Billion ni merupakan projek ‘direct nego’ yang melibatkan ahli DAP dimana Teresa Kok meletakkan proksinya yang mempunyai kepentingan dalam syarikat yang dapat projek tu.
Ini memang teruk beb! Tuduh kerajaan rasuah projek tapi sendiri buat? Inilah yang sebenarnya sikap ‘I Help U, U Help Me’. Nak tuduh orang tapi diri sendiri buat tak apa pulak? Sekarang ini solar lebih penting daripada air?
Projek Langat 2 dan pakej air mentah dari Pahang merupakan satu langkah paling yang dapat mengurangkan pergantungan kepada Loji Rawatan Air Sungai Selangor dan mempelbagaikan sumber air negeri bagi menjamin bekalan air tak adalah terjejas.
Keris tak nampak kelebihan membina projek solar dan projek Langat 2 ditangguhkan. Akibat penangguhan Langat 2, masalah bekalan air tak cukup sampai krisis mula lebih awal daripada jangkaan di beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Jadi sekarang yang mana lebih penting ni? Tenaga Solar atau bekalan air terawat? Kenapa projek yang mencecah RM1Billion diluluskan dan selesai dalam masa lapan hari berbanding pembinaan projek Langat 2 yang ditangguhkan ?
K7L : Selamatkan Malaysia!..pertahankan Putrajaya!..
depa tak kesah bro..calit dengan kertas lepas berak je..mana perlu air ni huhu
ReplyDelete