Desakan dan tekanan kepada Anwar nampaknya hadir daripada 'anak emas' belaan Anwar sendiri iaitu Azmin Ali. Azmin dah mula mempersoalkan mengapa gagal ke Putrajaya? Kerana Anwar sendiri yang gagal kan?
Jika lihat tweet Azmin, emosinya nampak terganggu.Mengapa? Kenapa agkanya ya dia seakan meroyan kepada Anwar Ibrahim? Haha! Keris dah dapat puncanya semalam lagi berdasarkan ucapan salah seorang daripada pemimpin pembangkang yang berucap.
Puncanya apabila Azmin dah tahu dia tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor biarpun Selangor berjaya dijajah lagi oleh Pakatan. Kerana Anwar Ibrahim perlu mendengar kata-kata DAP setelah DAP menguasai Pakatan kini.
38 Kerusi menjadikan DAP lebih dominan dalam Pakatan serta menjadikan Anwar sebagai boneka mereka jika Anwar masih mahukan kuasa. Azmin nampak benda ini dan DAP tahu Azmin budak yang susah untuk dikawal.
Sekarang DAP mahukan boneka lama mereka iaitu Khalid Ibrahim untuk jadi Menteri Besar, malahan Khalid juga nama yang diterima oleh Istana. Azmin ditolak mentah-mentah oleh Anwar yang mungkin dahulu sudah berjanji mahu berikan kerusi MB kepada dia.
Sekarang Azmin dah melalak. Apa Anwar nak buat? Berapa ramai DAP dan PAS yang akan jadi Exco di Selangor memandangkan kerusi 15 DAP 15 PAS dan 14 PKR? Siapa yang berkuasa sekarang?
Ayat tumpu rakyat bukan kerabat itu memang khas buat Anwar yang nak selamatkan anaknya Izzah yang juga musuh kepada Azmin dalam PKR. So apa sudah jadi? Menang pun caca marba?
K7L : Anwar orang yang suka berjanji tapi tak tunaikan..
hahahahaha keluarga 69 tungang langgang masgullllllllllllllll......
ReplyDeleteAnwar dah ada anak ikan baru penganti Azmin, iaitu Rafizi
ReplyDelete