29/11/2012

Puteri UMNO Sedia Gempur Sehinggakan Pembangkang Membisu!



KUALA LUMPUR, 28 November - Puteri UMNO Malaysia berjanji akan berjuang berhabis-habisan melawan pembangkang pada Pilihan Raya ke-13 yang kerap mengamalkan budaya fitnah.

Pergerakan Puteri UMNO merupakan salah satu tonggak penting bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional kerana mempunyai jumlah keahlian yang sudah mendaftar sebagai pengundi seramai 365,882 orang.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirleen berkata "UMNO bukan seperti PAS yang berpakaian agama untuk menghalalkan segala-galanya demi memuaskan nafsu politik. Sirah telah mengajar kita, Nabi junjungan mulia, Muhammad Bin Abdullah S.A.W. tidak pernah menghina sesiapa."

"Nabi tidak pernah mendoakan keburukan dan kemusnahan walaupun pernah dizalimi Yahudi, sebaliknya mendoakan kesejahteraan dan hidayah buat yang memusuhinya. Inilah sunnah sebenar yang wajar diikuti. Sayang sekali sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam, dengan menjerit mendoakan kemusnahan sesama umat Islam. Demi politik, segala keterlanjuran mereka, difatwakan sebagai benar dan kononnya itulah ajaran agama. Itu kaedah perjuangan mereka, itu bukan cara kita."katanya.

Ketika ucapan dasar Perhimpunan Agung Puteri UMNO yang sedang berlangsung, Rosnah menegaskan, "Perjuangan mempertahankan kesucian ialah asas sebuah ketamadunan. Zaman akan terus berubah, manusia akan terus berkembang tetapi kesucian perjuangan ialah idealisme yang dipegang sampai bila-bila. Kerana itu yang membezakan UMNO dan parti-parti lain di Malaysia ialah kita tertubuh kerana prinsip dan asas juang yang jelas pada bangsa."

"UMNO bukan tertubuh kerana memenuhi perjuangan peribadi, bukan tertubuh kerana rasa hasad dan dengki. Bukan tertubuh sebagai parti yang memendam dendam meliar. Akhirnya yang rosak dan binasa adalah rakyat dan seluruh rasa percaya mereka." tegasnya lagi. - PutrajayaOnline

K7L : Woohhoopppp..terbaik!..kena garang Kak!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk