22/11/2012

Minit Mesyuarat Dipalsukan - Tipu Saman Terhadap KUIN? #TukarKedah




Woi! apa kena orang PAS ni? Menurut Mctheory, penipuan telah dilakukan demi menutup kesalahan puak-puak mereka. Berikut adalah tulisan beliau :

Di bawah ini adalah minit mesyuarat palsu diantara pihak KUIN (Kolej Universiti Insaniah) bersama dengan Shake Cuisine, kepunyaan Shaikh Faisol yang menang kes menuntut hutang beliau pada KUIN pada awal bulan lalu. Untuk rujukan boleh klik SINI.

Mula-mula KUIN disaman oleh Shake Cuisine sebab tak jelaskan pembayaran selenggara asrama pelajar KUIN. Jumlah tu bukannya kecil, ianya melibatkan RM3 juta ringgit.

Untuk menyelamatkan diri dari kantoi kena bayar saman, dia sanggup suruh KUIN buat minit mesyuarat PALSU! Kononnya terer sangat la tu.

Akhirnya, kerja jahat dan aniaya orang ni akan kantoi juga. Padan muka si Jamil tu. Kat bawah ni minit mesyuarat palsu yang si Jamil tu buat. Jangan kata kami fitnah, sebab dokumen dan bukti depan mata kami tunjuk.




Pasal Azizan pula, dia tu Pengerusi KUIN, tapi apa satu pasal KUIN pun dia taktau. Jamil tu jaga KUIN teruk nak mampuih. Tapi dia boleh buat dekk saja.

Kakitangan KUIN dah banyak kali jumpa Azizan dan cerita kat dia pasai Rektor KUIN tu. Tapi Azizan tak mau dengar suara kakitangan KUIN walaupun yang mai habaq tu orang PAS totok yang kerja dengan KUIN.

Dia sayang sungguh dengan Jamil, sampai siap sambung kontrak 4 tahun lagi untuk jadi rektor. Elok la tu, Jamil pelingkupkan KUIN, Azizan pelingkupkan Kedah. Selagi dua-dua ni jadi 'bos' bungkus la KUIN dan Kedah.

Isu pasal KUIN ni tak hanya berhenti disini. Kita sambung lagi nanti. Kita tengok blogger Pas nak bersilat macam mana pula.


K7L : Nak kona baring cecah pipi pulak?..

1 ulasan:

  1. Malas nak komen sebab Kedah tanah tumpah darah aku dah busuk dikerjakan oleh malaun PAS. Celaka sungguh.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk