Bekas pemain Manchester United yang kini dalam pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan bagi membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.
Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 selepas dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak bagi La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.
Biarpun berlainan agama namun atas sifat kemanusiaan, dia menyumbang sebanyak itu. Jangan jadi khawarij, yang mana umat Islam yang lain mendoakan keselamatan sesama Islam terutamanya rakyat Palestin, mereka mendoakan kehancuran sesama Islam pula.
Selain itu, YB Khairy Jamaluddin melalui PEMUDA UMNO Malaysia akan melancarkan Tabung #SaveGaza, Solat Hajat serta Showcase Keganasan Israel di PWTC pada hari Khamis bertarikh 22 November 2012. Majlis akan bermula pada jam 5.30 pm. Ayuh ramai-ramai hadir untuk memberi sokongan. - BN Youth Cyber Team
Jangan khuatir kerana Majlis Solat Hajat itu nanti bukan berdoa untuk hancurkan PAS tetapi untuk keselamatan umat Islam di Palestin. Pemuda UMNO sebodoh itu mahu berdoa yang bukan-bukan biarpun berbeza fahaman politik. Tak lupa juga Tabung #SaveGaza ini akan disalurkan ke rakyat Palestin, tidak ada kena mengena dengan penyelewengan Tabung Memali.
K7L : Nak cakap apa?..Ronaldo lagi ada hati perut?..Pemuda UMNO tak betul?..
0 ulasan:
Post a Comment