14/05/2013

Kenapa Biar Anwar Melalak Lakukan Perhimpunan Blackout? Ini JAWAPAN Untuk Semua! #Blackout



Ada di kalangan rakan-rakan blogger dan cybertroopers BN bising pasal perhimpunan Blackout yang dianjurkan oleh Pakatan. Nampak macam senang sangat mereka ini membuat onar di jalanan.

Tidak dinafikan Keris juga terusik dengan lolongan si Anwar dan pencacai mereka sehinggakan timbul rasa marah! Tetapi dalam masa yang sama Keris buat sedikit kajian yang mampu mencari jawapan kepada soalan-soalan yang tidak terungkai.

Hasil perbincangan dengan rakan karib Keris. Kami dah nampak apa yang sedang berlaku. Keris jawab satu persatu berdasarkan beberapa soalan yang telah dikenalpasti sedang bermain di minda rakan-rakan. Perihal mengapa dibiarkan sahaja Anwar dan Pakatan melakukan perhimpunan Blackout yang tak masuk akal tu?

Akta 736 : Akta Perhimpunan Aman

Sebabnya Akta 736 : Akta Perhimpunan Aman yang telah diwartakan pada tahun 2012 membenarkan mereka berhimpun secara aman di tempat-tempat awam seperti di stadium selagi tidak menjejaskan keselamatan rakyat dan negara. 




Namun begitu, Anwar dan pencacai-pencacainya boleh ditahan jika mereka menggugat kententeraman awam yang melibatkan keselamatan negara seperti merosakkan harta benda awam dan mencederakan orang awam. Juga boleh ditahan jika terdapat penggunaan senjata sewaktu perhimpunan dilakukan. 

Mengapa Menteri Dalam Negeri Membisu?

Ada juga tanya kenapa Menteri Dalam Negeri tidak bertindak apa-apa. Kecoh kata KDN tak jalankan tugas namun tahukah anda Menteri Dalam Negeri kan belum ada lagi? Mungkin hari ini diumumkan namn begitu kalau nak salahkan Menteri Dalam Negeri memang tak kena langsung.

Belum ada lagi yang angkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri selepas pembubaran tempohari dan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Jadi siapa yang patut ambil tindakan jika tiada Menteri Dalam Negeri?

Jangan risau, Malaysia ini kan ada Ketua Polis Negara dan KSU KDN. Jika berlaku sebarang insiden atau tragedi yang parah sampai boleh menyebabkan darurat, tentera akan mengambil alih atau suatu badan seperti MAGERAN boleh ditubuhkan.

Mengapa Polis Tidak Bertindak Tangkap Semua Yang Berhimpun?


Ok! Ada satu lagi Keris nak cakap berkaitan Anwar dan perhimpunan tak masuk akal dia tu. Masa di Stadium Kelana Jaya, ramai orang marah dan tanya mana perginya polis. Mengapa polis tak ambil tindakan pada Anwar dan puak pencacainya?

Sebenarnya, jika perhimpunan itu dilakukan dengan aman, erti kata lain tidak menggugat keselamatan negara dan mematuhi syarat-syarat mengikut akta maka tiada sebarang tindakan akan diambil. Namun jika tiada permit atau terdapat salahlaku sepanjang perhimpunan aman dijalankan, maka Keris pasti pihak Polis akan melakukan siasatan berkaitan salahlaku perhimpunan tersebut.

Berkenaan dengan tindakan apa yang boleh dilakukan berkenaan salahlaku :
 

Tindakan boleh diambil jika perhimpunan dianjurkan dalam had kawasan larangan, jika dianjurkan oleh warga asing, dianjurkan oleh individu berumur di bawah 21 tahun, jika ia menjadi protes jalanan dan jika ia melibatkan kanak-kanak. 

Tindakan juga boleh diambil jika penganjur gagal memaklumkan kepada pihak polis lebih awal tentang penganjuran perhimpunan. Siapa yang melanggar syarat-syarat ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Jalan Sesak Di Kelana Jaya - Apa Kes?


Perihal jalam jammed, puak pencacai Anwar parking sesuka hati tengah jalan semata-mata nak pergi ke Stadium Kelana Jaya. Ramai yang nak pergi kerja tersangkut. Dengar cerita kapal terbang yang dinaiki oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa ditangguhkan kerana 'Pilot' terperangkap dalam kesesakan lalulintas. 

Ramai juga yang bising pasal jalan jammed masa Anwar buat himpunan blackout tu sampaikan dia sendiri kena naik motor ke Stadium. Namun kita perlu tahu jika sebarang perhimpunan yang diadakan mengakibatkan kesesakan lalu lintas akibat kenderaan diletakkan sesuka hati, pihak polis boleh mengeluarkan sama kesalahan trafik. Maka serahkan tugas itu kepada polis.

Anwar Menghasut Ketika Berucap?


Jika ada unsur-unsur hasutan berdasarkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 


Maka polis boleh membuat tahanan, menyoal siasat dan serahkan kes kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan. Setakat ini, Peguam Negara memang tak boleh pakai dalam mengendalikan kes-kes hasutan dengan cepat lebih-lebih lagi yang melibatkan pemimpin dan penyokong pembangkang.

Keris memang dah lama perhati Peguam Negara ni. Jadi kalau lambat dakwaan terhadap Anwar jika dia ada membuat sebarang salahlaku, jangan salahkan pihak Polis mahupun Kementerian Dalam Negeri sebab yang buat dakwaan adalah Peguam Negara.


Jika Keganasan Berlaku Sehingga Kematian Ketika Perhimpunan Blackout?


Kalau berlaku sebarang pembunuhan semasa perhimpunan ataupun pertumpahan darah yang melibatkan semua yang ada disitu, pembunuh akan ditahan mengikut undang-undang kesalahan jenayah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Kenapa Tak Guna ISA Untuk Tahan Anwar Dan Peserta Perhimpunan?

Aduhaiiii. Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dah tak ada. 

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang dahulunya berkuatkuasa di Malaysia, pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan

Namun ISA telah diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012. 

Apa Itu SOSMA?

SOSMA hanya boleh digunakan untuk menangani ancaman keselamatan negara dan keganasan.



SOSMA tidak boleh digunakan untuk menangani kes-kes HASUTAN dan PERHIMPUNAN AMAN.  SOSMA juga tidak boleh digunakan untuk menahan sesorang atas sebab perbezaan ideologi politik dan aktiviti politik.

Di bawah SOSMA, polis mempuanyai kuasa menahan tanpa waran selama 24 jam dan boleh melanjutkan tahanan tidak lebih daripada 28 hari. Kuasa untuk melanjutkan tahanan lebih daripada 28 hari, bukan lagi kuasa Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya kuasa Mahkamah dan Peguam Negara. 

Apa Dah Jadi Dengan Peguam Negara?



Semua yang Keris cerita kat atas dengan macam-macam Akta hanya boleh menjadi dakwaan jika Peguam Negara melaksanakan tanggungjawabnya dengan efisien dan cepat. Jadi kalau Peguam Negara lembab dan tidak kompeten, maka eloklah digantikan dengan yang baru.

Apa sudah jadi dengan dia? Sejak dua menjak ini Peguam Negara nampak gagal dalam menangani pelbagai laporan polis yang dibuat. Semua orang tuding jari kepada pihak Polis dan Menteri Dalam Negeri.

Tapi tahukah anda Peguam Negara merupakan 'last mile' untuk membuat dakwaan. Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis tidak ada kuasa untuk berbuat demikian selain melakukan siasatan.

Apa tunggu lagi?

K7L : Maaf jika terkasar bahasa :) ..

14 ulasan:

  1. whaaaahahaaha

    ReplyDelete
  2. Tukar saja AG tu....Habis beras ja....

    ReplyDelete
  3. Ada valid reason utk hidupkan balik ISA. Patutlah sebelum ni beria2 sakan PR kempen spy ISA dimansuhkan ... ada udang balik mee goreng ...

    ReplyDelete
  4. ISA mmg perlu di hidupkan kembali seperti zaman tun mahadir..untuk negara yang majmuk seperti malaysia ISA mmg wajib ada...harapan rakyat yang memenangkan BARISAN pada pru 13 ni mmg minta ds najib menghidupkan kembali ISA tersebut

    ReplyDelete
  5. Entah lah peguam negara takut kut dgn si nuar ni,atau takut kot dgn org asing yg sokong anuar.lihat je spire tegas terhadap undang2nya tak peduli apa org luar cakap..bab org bercakap budak kecik hati berani,budak besar penakut sakan...itu pendapat saya saja

    ReplyDelete
  6. sedarlah bloger... undi parlimen BN menang 133 (2008 =140) tlg semak semula undi individu PR = 54%.... ada faham ka? jgn dok buat statement berat MEMBODEK, MENGAPU DLL... la nie semua org fikir guna otak... melayu dah ade akal yg waras. jgn sempitkan akal. think out of box.. GST dah bermula adakah anda semua sedar?.. miyak mau diturukan hrg tapi xdisokong?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU.....tapi biasa la sifat pencacai...mana boleh berfikir dengan waras....

      Delete
  7. anon 22.41..... ada paham ke, demokrasi di parlimen Malaysia ikut kerusi yang di menangi, bukan undi majority, itu pun lepas main kotor pihak PR, mana pergi undi cina kalau tak dikencing PR,..kenapa undi UMNO meningkat... sebab orang melayu dah jijik tengok benda bengkok orang PR..., dengan seluar dalam stopa..
    pasal minyak lu tak tau ka,.. minyak kita dari mana, PETRONAS beroprasi di mana, itu semuanya free ke...nak buat refinery minyak macam buat kilang kicap ke....lu fikir lah.., GST untuk org kaya macam lu,makan di restoran berbintang, makan di warung, di kedai mamak, ada GST ke,,,ini sumua kaki mau free,.. incometax, zakat ada bayar tak..

    ReplyDelete
  8. Orang yg menghasut tak kena SOSMA tapi apabila belia dah terhasut dan sanggup membunuh baru guna SOSMA itu namanya TERLAMBAT.....sepatutnya dengar saja ada hasutan tangkap terus
    jangan bagi muka.....!

    ReplyDelete
  9. walau SOSMA takde , tapi masih ade akta hasutan . akta tu boleh di kuatkuasakan oleh polis , jika cukup bukti yang boleh mensabitkan seseorang individu itu . berfikir rasional . polis dan tentera masih mengawal negara ini . rakyat usah gelabah puyuh sekampung . sesiapa yang terbukti bersalah ,apsti akan dihadapkan ke muka pengadilan . TIADA YANG EBIH BESAR DARI UNDANG-UNDANG di dalam negara ini . ingat itu .

    ReplyDelete
  10. Memang.. peguam Negara lembab.. Kita faham kajian perlu lengkap... Tapi yang menyiasat ialah polis.. Polis dah kata lengkap dan selesai tapi kenapa tak dakwa. Dakwaan fitnah pun banyak kalau nak buat..Bukan setahun dua.. tapi dah banyak tahunnn peguam Negara buat tak tau. Mungkin terima arahan kerajaan berdasarkan suasana.. kalau itu kita faham.. Tapi kita takut ada puak pembangkang d pejabat peguam Negara. Kita tahu pembangkang ni... bab duit ... no problem........

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab bukti tak kuat or xde bukti or bukti diada adakan...zaman sekarang jangan cakap tin kosong...

      Delete
  11. bawa bertaubatlah anwar ibrahim.. ingat agama kita.. jangan sebab diri sendiri, dato sanggup gadaikn maruah diri, bangsa dan negara.. kalah menang adat permainan.. ya Allah, engkau insafknlah hambamu ini.. aku amat mengasihani agama aku..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk