01/01/2012

Huru-Hara V For Merdeka #Occupy Gagal?

Semalam Keris ada tulis tentang cubaan beberapa manusia yang mahu membuat huru-hara di dataran merdeka di SINI. Namum mengapa gagal?. Kerana mereka tidak berjaya mencetuskan impak ataupun kesan ketika 'berlakon filem hollywood' di dataran. 

Keris hubungi rakan seorang lagi disana, dia khabarkan hanya berapa kerat sahaja yang ada, tidak mewakili majoriti masyarakat Malaysia pun seperti yang digembar-gemburkan mereka. Cakap berdegar-degar rupanya berapa kerat je yang datang. Dia punya gebang macamkan beribu-ribu yang datang. 

Ini Keris beri satu gambar sebagai bukti mereka wujud tapi dalam kalangan minoriti sahaja. Sebenarnya mereka yang buat semua ini bukanlah membawa mesej majoriti seluruh masyarakat Malaysia, cuma mereka membawa mesej individu tertentu. Nak sangat tunjuk Malaysia ini negara yang tidak aman ya?. Jika itu niat anda semua, maaflah kerana anda telah gagal!


To mark the end of 2011 and the inception of the 2012 New Year, we are calling ALL to Occupy Dataran Merdeka with us on December 31st, 2011, at 11pm. This will be a participatory MASS FLASHMOB, symbolically expressing our common indignation against the many injustices and anti-democratic events that happened in Malaysia in 2011, in contrast to the positive significance of 2011 for the rest of the world. We want to collectively say ENOUGH IS ENOUGH; TIME FOR REAL DEMOCRACY NOW, in 2012!




GAGAL

GAGAL

GAGAL

Keris mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang telah turut serta bersama mereka kerana anda setia bersama dengan orang yang gagal. Ingatkan ramai sangat rupanya minoriti sahaja. Apapun, sayangi Malaysia, elakkan huru-hara dan jangan jadi 'beruk'.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Lain kali cerita jangan nak lebat..

2 ulasan:

  1. awal2 memang sikit, lepas tu bertambah ramai sebab depa edarkan v-mask tu kepada orang ramai yang ada disitu. Bayangkanlah orang indon,orang bangla,mat rempit,kanak2 pun dapat dan dipaksa pakai v-mask tu. saya sendiri dimarahi oleh auntie bersih sebab tak pakai v-mask tu. dan percayalah, mereka benar2 hanya sebilangan yg kecil saja.

    ReplyDelete
  2. pa benda plak tu? demo badut lah plak?.... banyak sungguh 'imported script' kat Malaysia ni skarang!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk