05/01/2012

Apa Kata S/U Agung Aspirasi - Demo #UPSI - Kenyataan Timb KPT

Isu demonstrasi di hadapan pintu utama UPSI semakin panas daripada hari ke hari. Maka kerana itu, Keris telah membuat keputusan untuk menemuramah seorang yang arif tentang politik mahasiswa. Ikuti sesi temuramah diantara Keris dengan Muhammad Syukri Ibrahim, Setiausaha Agung Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia. 


Keris : Apa komen saudara meng
enai kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada mukasurat 6 akhbar Utusan bertarikh 3hb Januari 2012 berkaitan kenyataan beliau - 

  • Diminta mana-mana pihak tampil memberi bukti kesalahan mahasiswa yang terlibat dengan demo upsi bagi mengelakkan sebarang fitnah sedangkan umum tahu berdemonstrasi itu suatu benda yg salah
  • Menyuruh mereka menggunakan Suhakam sebagai saluran bersuara
  • Yakin tiada permusuhan diantara pihak polis dengan kumpulan mahasiswa minoriti SMM/BEBAS.

Syukri :
Saya merasakan kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah berbunyi seperti orang yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Sebelum ini beliau seolah-olah mengiktiraf perbuatan pelampau mahasiswa ini ketika menerima memorandum daripada mereka di PWTC dan kini beliau seperti takut untuk berpendirian bahawasanya memang tindakan pelampau mahasiswa yang berdemonstrasi itu salah, mengganggu ketenteraman awam, tidak sopan dan merekalah yang sebenarnya memfitnah pihak polis, UPSI dan kerajaan. Perkara ini jelas menunjukkan Datuk Saifuddin Abdullah takut untuk menyatakan perkara yang salah itu tetap salah.

Berkenaan saranan Datuk Saifuddin Abdullah supaya mereka menggunakan saluran Suhakam sepatutnya dari awal gerakan pelampau mahasiswa bergerak, beliau patut menasihati mereka dan jika beliau benar-benar mahukan golongan ini menggunakan saluran Suhakam, buktikan bahawa Datuk Saifuddin Abdullah mampu mendorong golongan pelampau mahasiswa ini untuk mengikuti nasihatnya.

Jika ada pihak yang mengatakan polis bermusuh dengan smm dan bebas, kenyataan itu adalah tidak berasas kerana polis merupakan satu unit dalam negara berdaulat yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.



Keris : Apakah pendirian Pro-Aspirasi tentang perjuangan 'kebebasan akademik' ?


Syukri : Kampus hari ini sememangnya sudah bebas untuk mereka yang ada di dalamnya menumpukan sepenuh perhatian kepada kecemerlangan akademik. Tidak faham dari segi mereka mahu bebas. Pada saya isu ini sengaja ditimbulkan dan hanya retorik semata-mata.



Keris : Ramai bertanya mengapa dua tiga hari ini sejak demonstrasi di hadapan pintu utama UPSI, Pro- Aspirasi bagaikan hanya mendiamkan diri?


Syukri : Pro-Aspirasi tidak membuat sebarang tindakan balas kerana ketika ini kebanyakan mahasiswa berada didalam suasana minggu ulangkaji dan peperiksaan di universiti. Kami sentiasa berpegang kepada tiga perkara dalam menilai sesuatu isu iaitu rasional, toleransi dan diplomasi. Jadi pada ketika ini mahasiswa Pro-Aspirasi lebih mengutamakan pencapaian akademik berbanding politik jalanan murahan seprti yang dilakukan oleh golongan pelampau mahasiswa tersebut.



Keris : Boleh beritahu saya apakah pendapat peribadi saudara tentang tindakan mereka berdemonstrasi dihadapan pintu UPSI ?


Syukri : Tindakan mereka ini wajar dilabel sebagai pelampau mahasiswa. Mereka juga bukan mewakili suara majoriti mahasiswa dan kebanyakan mereka terkeliru serta terperangkap dengan tindakan yang mereka lakukan kerana sudah terang lagi bersuluh mereka ini dipergunakan oleh pihak berkepentingan.



Keris : Tentang isu rempuhan klinik dan kecederaan Safwan Anang, Saudara boleh beri sedikit pandangan?


Syukri : Hari ini dalam akhbar telah menyatakan bahawa golongan pelampau mahasiswa ini telah mengaku sememangnya mereka merempuh cermin klinik tersebut. Bagi saya sendiri, mereka ini bukan cerminan terbaik kepada generasi muda mahupun generasi akan datang. Saya menyeru semua mahasiswa untuk menyokong 'Aman Kampus' dan mahasiswa perlu celik serta menolak 100% gerakan pelampau seperti mereka.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Seronok menerumah orang yang berilmiah..ini baru betul orang yang berilmu..bukan terpekik terlolong..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk