31/07/2015

Hanya Penjara 12 Bulan Jika Kerat Bayi Dan Buang Dalam Tandas?



JITRA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang wanita kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian, awal bulan ini.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Farihah Abd Aziz, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 tengah hari hingga 3 petang pada 6 Julai lepas di dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau Jitra, Kubang Pasu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria. - Bernama

Rata-rata ramai yang kata benda ini tidak setimpal. Sepatutnya hukuman diberikan boleh mengajar pesalah dan dalam masa yang sama memberi amaran kepada yang lain jangan buat perkara yang sama.

Tetapi Keris rasa mesti ada sebab tersendiri mengapa mahkamah berbuat keputusan sebegitu. Keris juga berpendapat peluang kedua patut diberi kepada pesalah. 12 bulan dalam penjara pun dah terseksa.

K7L : Manusia bisa melakukan kesilapan..

30/07/2015

@rozaidijamil Sebagai Senator - Apa Salahnya?



Persoalan juga timbul sama ada wakil artis di dalam Dewan Negara akan dikekalkan ataupun tidak memandangkan kini telah banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa diri mereka sebagai wakil kepada suara para penggiat seni.

Telah dilantik Senator daripada kalangan artis. Namun selepas Jins tamat tempoh dan dilanda penyakit alzheimer atau hilang ingatan, tiada wakil yang dipilih bagi menganti tempat senator itu.

Jadi Keris melihat kepentingan untuk meletakkan seseorang yang mesra Kerajaan dan terlibat dalam kepimpinan NGO dari kalangan seniman, maka amatlah baik sekiranya Zed Zaidi yang dilantik. 

Dengan pengalaman dan juga keterlibatan beliau dalam politik seiring dengan dunia seni, Keris yakin dia lebih arif dan layak berada dan berhujah didala dewan negara. Bukan kata yang lain tidak layak, namun kedudukan dan pengalaman amatlah penting. 

Lantikan sebagai Senator terutamanya daripada kalangan artis perlu cakna dalam pelbagai aspek. 'Balancing' suasana di dalam Dewan Negara serta menyampaikan suara anak-anak seni didalam Dewan Negara memerlukan keberanian dan kelebihan. 

Jadi tidak salah bukan sekiranya Zed Zaidi dilantik sebagai Senator?

K7L : Zed pun tak kenal Keris.. jangan ada tuduh macam-macam ya?..

Harap Banteras Judi Dengan Betul - Jangan Klimaks Awal!



Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua anggota Polis Diraja Malaysia (PRDM) membanteras aktiviti perjudian habis-habisan.

Beliau juga memberi amaran keras kepada kepada anggota polis yang cuba memberi perlindungan kepada pusat perjudian dengan mengatakan tindakan keras akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.

"Saya memberi amaran mana-mana pegawai polis, anggota polis atau mana-mana individu sama ada mewakili NGO, mahupun individu beri perlindungan kepada rumah judi, mereka akan tidak pernah terlepas tindakan daripada pihak KDN," kata Zahid.

Zahid yang mengulas lanjut berkata, beliau mahu sarang perjudian ini diperangi habis-habisan kerana dengan aktiviti perjudian akan merosakkan akhlak anak muda zaman kini yang senang terjebak ke kancah itu.

"Aktiviti perjudian ini boleh merosakkan remaja, golongan berpendapatan rendah dan menyebabkan keluarga menjadi retak, porak peranda.

"Tidak ada satu bangsa dan agama pun yang setuju aktiviti judi berleluasa," katanya.

Oleh itu, Zahid berharap rakyat memberi sokongan kepada pihak polis dan KDN dalam membasmi aktiviti perjudian yang merosakkan kehidupan rakyat.

Beliau juga berharap, semua ketua polis di seluruh negara dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan KDN dan dapat memainkan peranan masing-masing bagi membanteras aktiviti perjudian ini.

"Saya harap ketua-ketua polis di seluruh negara menepati arahan KDN," ujarnya.

Zahid yang baru memulakan tugas baru sebagai Timbalan Perdana Menteri memberi pengumuman gembira kepada anggota polis dengan mengatakan beliau akan memberi peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membaik pulih kerosakan di perumahan polis.

"Saya baru mulakan tugas pertama sebagai TPM dan InsyAllah saya akan berikan peruntukkan sebanyak RM500,000 untuk kawasan perumahan polis," katanya. -Utaranews.com-

Rakyat nak betul-betul jadi. Kita tak mahu dengar ucapan berdegar-degar kemudian klimaks awal. Opsss. Ini bukan hentam TPM tapi pesanan kepada orang-orang TPM supaya semua itu berjalan dengan baik.

Alang-alang nak seluk, seluk betul dalam. Hari ini orang Melayu banyak ada masalah dadah. Kita harap TPM banteras juga aktiviti dadah. Mungkin juga boleh kuatkuasakan serbuan pada kelab malam dan tangkap mereka yang minum arak sekali?

K7L : Bagi masa pada TPM..

29/07/2015

Apa Kata Tan Sri Muhyiddin Pagi Tadi Kepada Ahli UMNO?



Penuh gila kata rakan yang pergi ke sana pagi tadi. Wartawan terlalu ramai termasuklah penyokong. Semua orang nak dengar apa kata TSMY. Dan Keris yakin pihak media terutaman media pembangkang mengharapkan satu ucapan yang memberi impak negatif kepada Perdana Menteri.

Ekoran Perdana Menteri membuat keputusan yang bersejarah dengan menggugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada seorang Timbalan Presiden UMNO, dilihat sangat sensasi dan panas.

Berita pasal TSMY macam goreng pisang panas. Sebab itu media pembangkang terutamanya cuba provok TSMY untuk mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman namun mereka gagal. Apa kata Timbalan Presiden UMNO?

"Saya Akan Terus Berkhidmat Melalui Timbalan Presiden UMNO. Kepada Semua Penyokong Keutamaan Kita Ialah Parti. Janganlah Melakukan Perkara-Perkara Yang Boleh Memecah Belahkan Kita,Saya Akan Terus Menyokong YAB Presiden Dan MT Untuk Terus Memperkukuhkan Parti". - Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO

 

Maka penerimaan rakyat amatlah penting. Perubahan ini memang meresahkan serta menimbulkan pelbagai persepsi. Semoga Allah melindungi Malaysia dan sila tolak segala fitnah.

K7L : Jangan biarkan pembangkang ambil kesempatan..

Waspada Dengan Empat Makanan Ini? #InformasiKesihatan



#Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. 

Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. 

Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

#Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.

Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser).

Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

#Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. 

Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. 

Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

#Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.

Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

K7L : Keris hanya kongsi info sahaja...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk