01/05/2018
GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya Projek Melibatkan Kerajaan #TsunamiPHitnah
08:00
No comments
Pada 11 April lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sebab kontraktor dari China dipilih untuk membangunkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana tawaran pinjaman yang diberikan adalah kadar terendah di dunia.
Beliau berkata, tawaran tersebut dari kerajaan negara China dan bukannya syarikat.
“Tawaran yang diberikan adalah istimewa iaitu memberikan pinjaman 85 peratus daripada nilai projek dan kemudahan tempoh bayaran balik pinjaman selepas 7 tahun dengan faedah yang terendah di dunia.
“Sebab itu, kita pilih kontraktor dari negara China dan kontraktor ini telah bina landasan yang paling panjang di dunia dibuat oleh syarikat ini.
“Kalau kita tak terima, dangkallah kita ini. kalau kita ada akal fikiran, kita pinjam, tujuh tahun tak payah bayar, dan bila bayar nilai mata wang pun menurun,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Kelantan di Tunjong Kelantan pada 11 April lepas.
Selepas Dato Seri Najib buat pengumuman ini, pembangkang mulalah mencari "point" untuk mengelirukan kepala rakyat. Seboleh bolehnya pembangkang mahu rakyat benci dengan projek ECRL. Pembangkang memang mahu batalkan pun projek ECRL ini.
Semalam tersebarlah di media sosial kononnya syarikat dari China yang dapat projek ECRL ini tidak dikenakan GST. Tuduhan yang sengaja dibuat untuk bagi rakyat marah.
Hendak kena GST bagaimana kerana projek itu adalah projek antara kerajaan China dan kerajaan Malaysia. Kerajaan China pula tawarkan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.
Menjelaskan sebab pelepasan, Datuk Seri Subromaniam berkata ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.
"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.
"Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato Eric See To berpendapat pembangkang sengaja mahu mengambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan bagi mencetus kebencian lagi di kalangan rakyat.
Menurutnya, asas utama serta prinsip GST atau VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan membayar sepenuhnya GST atau VAT.
Pihak ketiga dalam sistem perbekalan boleh menuntut kembali namun pengguna terakhir tidak boleh menuntut kembali GST/VAT.
Eric See To menjelaskan bagi projeck Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pelanggan terakhir adalah pihak kerajaan.
Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan.
Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan.
Tidak seperti projek kerajaan lain, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah luar negara. Memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah akan meningkat.
Kalau kos projek termasuk GST maka kos RM55b akan meningkat ke RM58.3 bilion. Yang perlu di pinjam pun naik RM3.3 bilion juga walaupun akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik oleh kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat.
Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.
Mengapa pemimpin senior Pakatan tidak memahami asas paling utama sistem percukaian GST?
Syarikat tempatan yang juga buat projek untuk kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak di beri penegecualian khas untuk GST akan membayar GST semasa menjalankan projek.
Syarikat tempatan ini akhirnya akan mengenakan dan mengutip GST dari kerajaan (yang dibayar balik ke kerajaan) tetapi boleh menuntut kembali semua GST (sebagai input tax) yang telah dibayar oleh syarikat dalam proses menjalankan projek itu.
Akhir-akhirnya, kesemua GST yang Syarikat tempatan itu bayar semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh kerajaan.
Projek ECRL ini akan memberi 80,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak 1.5 peratus di Pantai Timur. Ramai akan rugi kalau projek ini dibatalkan.
Jangan terpedaya dengan dakyah jahat pembangkang kononnya itu dan ini. Mereka memang dengki pun dengan projek ECRL.
K7L : Pembangkang tak ada modal..
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2018
(520)
-
▼
May
(34)
- #DosaDosaMahathir - Siri 5 - Siapa Yang Terus Kaya...
- Undilah Shahril Hamdan - P112 Dan Seluruh Calon Ba...
- Sebelum Mengundi Wajib Lihat Semua Video Mahathir ...
- Bukti Kukuh, Satu Undi Untuk PKR = Satu Undi Untuk...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Video Khas - DAP Akui Tunggang Mahathir Sebelum Di...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Beza Zaman Mahathir vs Zaman Najib - #RinduZamanTun
- #DosaDosaMahathir - Siri 4 - Skandal PKFZ #SinsOfM...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Propagandis DAP Buat Laporan Polis Sebab Tak Mahu ...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Video Perbualan KJ Dengan DS Najib - Buatkan Mahat...
- Suara Anak Sri Gading! - Pakatan Harapan Johor Men...
- Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pa...
- #DosaDosaMahathir - Siri 3 - Perwaja Steel #Sins...
- Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?
- Mahathir Hina Mangsa Memali Mati Katak? - Hina PAS...
- #DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #...
- Haji Hadi Sindir Pakatan Harapan - Mahathir Melomp...
- Lepas Cerita Jet Rosak Tidak Menjadi, Datang Pula ...
- Syed Saddiq Calon Paling Sengal Dalam Sejarah? - B...
- Calon DAP Yang Suruh Potong Lepas Itu Fitnah? #Tsu...
- Kemana Hasil GST Dibelanjakan? - Apa Kata Pembangk...
- Zairil Khir Calon DAP Kena Makin Dengan Penduduk C...
- Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?
- Calon BN P112 Kuala Langat Mengujakan Pengundi PRU...
- Pesanan Buat Pegundi Kuala Langat Oleh Calon Jambu!
- Calon PH Untuk Kuala Langat Ada Kesalahan Rasuah U...
- Mahathir Minta Hadirin Jangan Undi Pakatan Harapan?
- Kisah Benar Dari Langkawi Pasal Mahathir?
- Koyak Poster Calon P112 - Petanda Pihak Lawan Takut!
- Pertembungan Epik - Antara Masa Depan Dan Masa Silam
- GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya ...
-
▼
May
(34)
0 ulasan:
Post a Comment