Majistret Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Farihah Abd Aziz, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 tengah hari hingga 3 petang pada 6 Julai lepas di dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau Jitra, Kubang Pasu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria. - Bernama
Rata-rata ramai yang kata benda ini tidak setimpal. Sepatutnya hukuman diberikan boleh mengajar pesalah dan dalam masa yang sama memberi amaran kepada yang lain jangan buat perkara yang sama.
Tetapi Keris rasa mesti ada sebab tersendiri mengapa mahkamah berbuat keputusan sebegitu. Keris juga berpendapat peluang kedua patut diberi kepada pesalah. 12 bulan dalam penjara pun dah terseksa.
K7L : Manusia bisa melakukan kesilapan..
Yg. aku HERAN tu kenapa Mahkamah SYARIAH tak hukum si JANTAN-KEPARAT yg. menyebabkan dia ni boleh hamil dan samapi jadi pesakit MENTAL?! Dan harapnya Farihah akan diberikan rawatan PSIKOLOGI untuk jenayah amat-kejam ini.
ReplyDeleteIbu mana yg, nak BUNUH anak sendiri, apalagi dgn. amat KEJAM- aku syak benar PENGANIAYAAN kehamilan ke atasnya juga yg. menyebabkan dia jadi sakit jiwa. Jadi si JANTAN tu juga perlu dicari!
Nek Tempoyak.