27/01/2013

Nurul Izzah Menangis Bila Orang Lembah Pantai Tak Kenal Dia?



Nurul Izzah malu besar bila orang Lembah Pantai tanya "Awak ni siapa ye?"
Berita Lembah Pantai ada cerita panasssss tentang Nurul Izzah.
Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.
Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada.

Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR.

Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang.

Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, serta beberapa muslimat kariah Surau An-Nur, ialah begini:-

Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,

"Awak ni siapa?"

Berubah muka Nurul Izzah.

Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi,

"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"

Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing.

Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah!

Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!

Nurul Izzah dan orang-orang kanannya. Hebat gaya, tapi tak seorang pun dari Lembah Pantai, termasuk Nurul Izzah sendiri
anda mungkin meminati juga siri #MPmalas #PenipuRakyat di bawah;

Nurul Izzah
http://brojinggo.blogspot.com/2013/01/nurul-izzah-dimalukan-depan-khalayak.html

Khalid Samad
http://keris7lok.blogspot.com/2012/07/bukti-khalidsamad-mpmalas-taman.html

Khalid Ibrahim
http://riziqin.blogspot.com/2012/11/khalidibrahim-tak-dapat-dikesan-asyik.html

Teresa Kok
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/11/teresakok-perlu-letak-jawatan-sebab.html?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FHdoBt+%28tun+faisal+dot+com%29
Azmin Ali
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/02/ukay-bistari-ahli-parlimen-pr-azmin-ali.html

K7L : Perghhh..

Rafizi Memang Ditugaskan Untuk Memfitnah Datuk Zahid Hamidi?



SUMBER : Pisau Kedah




KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. -Bernama


K7L : Apadaaa...

Tahukah Anda Asal Usul Titik Merah Pada Logo 7-Up?


Apakah maksud Titik Merah pada Logo 7 UP? Keris pun tak tahu ada kisah disebaliknya!


Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino. Charles Leiper Grigg dilahirkan pada 1868 di Price Branch, Missouri. 

Sebagai seorang yang inginkan kejayaan, Grigg berpindah dari Missouri ke St. Louis dan memulakan perniagaan yang berkaitan dengan periklanan dan jualan, dimana beliau telah diperkenalkan kepada bisnes minuman berkarbonat ini. 



Setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan dalam kerjayanya, beliau akhirnya memulakan bisnes sendiri dan jenama pertama yang dihasilkan oleh beliau ialah jenama 7-up..

Sumber : Esempoi
K7L : Setiap logo ada sejarahnya..

26/01/2013

Perbezaan Ketara Antara @anwaribrahim Dan @NajibRazak



Seorang pemimpin yang hanya suka berhibur demi mendapatkan undi sememangnya tidak layak menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri Malaysia ketika ini. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak berada di bum Palestin. 

Bezakan mereka berdua dimana Anwar hanya pandai menari manakala Najib kini melawat saudara seIslam di bumi Palestin. PM Pertama yang menjejakkan kaki ke Palestin.





































Masih ingat siapa yang beri kenyataan akan support keselamatan Israel?

K7L : Bangga melihat Jalur Gemilang berkibar di bumi Palestin..

Apabila Ustaz Rasul Dahri Sound Tepat Kepada Si Sombong @realDrMaza



Haa! Pelepap! Tepat kepada MAZA yang sombong. Keris dalam bas jadi tak ada masa nak tulis panjang. Tengok sendiri penjelasan Ustaz Rasul Dahri yang boleh menjinakkan ego MAZA.


K7L : Apa masalah MAZA sebenarnya?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk