09/07/2012

Bukti @KhalidSamad #MPMalas - Taman Permainan Pun Tak Mampu Jaga Tapi Mahu Tawan Putrajaya?










Keris terima emel daripada seorang pengadu daripada Shah Alam. Kawasan permainan ini berada di sekitar kawasan Seksyen 18. Menurut pengadu, anaknya yang berumur 11 tahun pulang ke rumah dalam keadaan kakinya berlumuran darah.

Apabila ditanya rupa-rupanya anaknya tercedera ketika bermain gelongsor. Setelah diselidik bersama jiran yang berdekatan, pengadu menerima cerita yang lebih kurang sama iaitu anak-anak mereka sering tercedera ketika pulang daripada taman permainan.

Iyalah! Budak nak main takkan mahu marah pula. Mereka kata telah diadukan kepada pihak PAS kawasan terbabit tapi tiada tindakan susulan. Yang ada cuma ceramah di surau-surau yang tak habis-habis memaki hamun kerajaan. Apakah Khalid Samad tak buat kerja? Ya ini antara bukti yang ada. Dengarnya Khalid Samad sibuk berjalan serata Malaysia untuk berceramah sedangkan kawasan tidak dijaga. Inikah contoh Wakil Rakyat yang baik dengan membawa parti yang kononnya mendokong Islam?

Jika diberi pilihan Keris akan tolak 100% kerana Khalid Samad tidak layak mewakili orang Islam di Shah Alam terutamanya. Dimana dia ketika Ronnie Liu marah kepada Hasan Ali pasal penjualan arak di Shah Alam?

Kalau padang permainan pun tidak mampu dijaga, bagaimana mahu memerintah Malaysia? Inilah bukti bahawa mereka didalam Pakatan sememangnya tidak mampu memimpin negara. Taman permainan kecik je pun!

K7L : Silap haribulan Malaysia akan dijual kerana mereka bukan Ahli Parlimen tetapi ahli penyamun!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk