Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts
Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts

19/05/2012

Gempar! @n_izzah Menangis @PDRMsia KL Ganas Terhadap Penduduk Kg Kerinchi? @HishammuddinH2O




Ini merupakan antara kempen yang dibawa oleh pembangkang untuk menimbulkan kebencian terhadap pihak polis. Pembaca boleh dengar sendiri kebencian rakyat terhadap pihak polis di SINI. Hari ini Keris sendiri hadir ke majlis yang dianjurkan oleh PDRM Kuala Lumpur.



Setelah terjumpa flyers yang diedar semalam di kawasan Lembah Pantai, Keris mengambil keputusan untuk hadir sama ke majlis tersebut bersama rakan fotografer PJOnline. Hadir untuk menyaksikan sendiri apakah kebencian yang cuba didoktrin oleh pembangkang berjaya ataupun tidak. 

Terkejut kerana hampir seluruh penduduk kawasan Kg Kerinchi hadir untuk majlis Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat itu! 700 orang dalam anggaran kasar. Melihat telatah anak-anak kecil yang dilayan mesra, masyarakat setempat yang berbual isu keselamatan kawasan serta keramahan pihak polis yang memang berbeza seperti yang cuba digambarkan oleh pembangakang. 

Memanglah adat jika tebuan tidak dijolok sarangnya sudah pasti mereka tidak menyengat. Berbeza dengan Bersih 3.0 yang sememangnya mereka melakukan provokasi melampau terhadap polis. Nah! Ini bukti rakyat bersama dengan polis biarpun wakil rakyat mereka datang daripada puak pembangkang.













Tahniah kepada pihak polis Kuala Lumpur yang memang steady dan ramah bersama masyarakat di Kg Kerinchi sekaligus berjaya memadamkan kebencian yang cuba dinyalakan oleh pembangkang melalui demonstrasi haram Bersih3 yang lalu.


DCP Dato' Mohmad Bin Salleh pun turun padang dan ambil bahagian dalam majlis tersebut. Menurut fotografer Putrajaya-Online, ada sekumpulan makcik disitu menjawab pertanyaan tentang pendapat mereka terhadap polis. Jawab mereka " Polis tugasnya menjaga keselamatan dan keamanan negara. Kita harus berterima kasih kerana tanpa mereka sudah pasti jenayah berleluasa. Kalau nak cakap pasal demo, siapa suruh kamu semua berdemonstrasi dan menganggu ketenteraman awam? Fikir sendiri dan jangan salahkan pihak polis. Mereka buat kerja mereka."

Haha! Memang meriah majlis tadi dan sekali lagi Keris ucap tahniah kerana berani bertindak 'ganas' dengan penduduk Kg Kerinchi. Ya! Polis juga rakyat dan mereka juga manusia maka gelaran anjing dan sebagainya itu merupakan satu perkara yang melampau. 

K7L : Best tadi sebab kelakar rupanya akak-akak polis yang hadir.. :p


19/11/2011

Khalid Samad Ingin Bunuh Karier Politik Hasan Ali?


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Dipetik dari blog Oh Pemerhati

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dilihat semakin berang dengan ketiadaan tindakan susulan yang dibuat pihak PAS Pusat terhadap perilaku Hasan Ali yang mencurigakan dan memberi liabiliti terhadap Parti dan Pakatan.

Malah tiada sebarang respons diberikan dari pihak Pesuruhjaya PAS Negeri sekalipun walaupun isu ini telah dibangkitkan berulangkali menerusi Mesyuarat Parti peringkat Negeri yang dakwanya disokong beberapa AJK.

Siapa AJK yang menyokong beliau? Sudah pasti yang turut merupakan puak Pro Sekular bersama beliau. Malah beliau turut menyebut pihak yang menyokong Hasan Ali adalah Munafiq terhadap parti.

Fatwa puak Pro Sekular PAS yang kini boleh digunapakai demi perpaduan Pakatan. Setakat ini dikatakan Hasan Ali masih mendapat sokongan dari pihak Akar Umbi parti dan Khalid Samad bakal memastikan musuhnya itu tidak dipilih semula bertanding di mana2 DUN di Selangor pada PRU13.



Pendapat peribadi Keris, daripada Khalid Samad secara berterusan ingin musnahkan Hasan Ali yang betul-betul perjuangkan Islam tanpa kawalan DAP, pecat sahaja dia daripada PAS. Dahulu Keris ada menulis tentang perkara ini di SINI. Dan jangan lupa baca juga tentang Khalid Samad yang beria-ia membunuh karier politik rakan seperjuangannya didalam PAS namun sanggup mati demi mempertahankan DAP. Bukti? Anda baca SINI.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Khalid ini bertanding atas tiket apa PRU13 nanti?..PAS, DAP atau DAPAS?..haha!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk