29/01/2015

Propaganda DAP Untuk Lemahkan Semangat PKR Dan Hapuskan PAS?



Dengarnya kini ada beberapa pemimpin DAP mahu PAS keluar cepat daripada Pakatan. Mereka sudah mula mendabik dada dan meyakini trio perempuan upahan mereka yang kini bergerak agresif mencari Melayu-melayu yang lain untuk dijadikan keldai DAP bagi menggantikan PAS.

Kerana itu hari ini mereka secara berterusan menghentam dan mencari 1001 alasan termaasuk berterusan menghina Presiden PAS sendiri. PAS kini hanyalah cebisan parti yang gagal membantu mereka.

Tatkala PKR juga akan terumbang-ambing dengan kemelut yang mereka akan hadapi sebaik sahaja Anwar masuk penjara kelak, DAP mengambil langkah ingin bergerak solo dan terus memerintah Penang yang mereka inginkan sejak dahulu lagi.

Sebab itu propaganda yang berkaitan PAS sebenarnya dibuat oleh strategis-strategis DAP. Kini mereka sedang cuba kaitkan PAS dengan UMNO. Dengan harapan PKR akan marah dan mendesak untuk PAS keluar dari Pakatan.

DAP juga merasa sedikit selamat kerana serpihan PAS iaitu PASMA telah berjanji setia menjadi tunggangan DAP. Jadi cita-cita DAP untuk pijak kepala Melayu sedikit tercapai. Apa perancangan mereka seterusnya?

K7L : Bumi dipijak milik orang...

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk