Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam telah tampil menjawab kritikan Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke berhubung Pas membandingkan pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud dengan berkata Pulau Pinang tidak boleh melaksanakan sesuatu tanpa persetujuan bersama PR.
Mustafa mempersoalkan pilihan kerajaan tempatan tiada dalam polisi bersama tetapi DAP tetap berkeras mahu melaksanakan tetapi hudud yang tiada dalam polisi tidak boleh dilaksanakan.
"Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan kerajaan Pulau Pinang.
Ini yang menjadi persoalan. Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara sama dikemukakan Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor," kata Mustafa.
Mustafa berkata, dalam hal ini DAP tidak pula merujuk kepada pimpinan pusat. Tidak pula di bawa ke mesyuarat bersama. Tahu-tahu sudah dilaksanakan. Adakah perkara ini disebabkan mereka mepunyai majoriti di negeri tersebut.
"Pendirian yang diambil pimpinan PR dalam mesyuaratnya berhubung isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang kepututsan dibuat PR di peringkat negeri. Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan. Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, adakah kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang," katanya.
Mustafa turut membidas DAP kerana bersikap 'arrogant' dan besar kepala walaupun sebelum ini paling lantang bercakap mengenai demokrasi. Tambahnya,pemimpin DAP tidak pernah memberi kerjasama dalam politik sekarang. Mereke sudah membuang PKR dan PAS kerana mereka fikir mereka da cukup berkuasa.
"Ini gambaran sikap angkuh yang ditunjukkan pemimpin DAP apabila mereka memperoleh kuasa majoriti. Hal ini juga dimanifestasikan pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS dan PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.
Sifat arrogant sebagaimana yang ditunjukkan sebahagian pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang," ujarnya dengan tegas.
Sumber : Utara News
kalau x silap,Mustafa Ali seorang peguam.
ReplyDelete