10/06/2014

Chegubard 'Dipukul' Teruk Sebab Nak Masuk UMNO? #PKRosak



Artikel menarik dari MyMassa :

Ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard tidak akan berdiam diri daripada daripada membangkitkan isu penyelewengan berkaitan dengan pemilihan parti 2014, meskipun sedar beliau bakal disaman atau dipecat keahlian parti.

“Maaf saya tak boleh diam…saya dah cuba tapi tak boleh diam…saya mungkin akan disaman muflis..mungkin akan dibuang parti..tapi saya janji akan tinggalkan cerita perlawanan buat anak cucu saya.

“Mungkin saya akan dipanggil pengkhianat…menyusahkan..agen atau apa sahaja..tapi maaf saya dah cuba tapi tak mampu diam,”katanya dalam laman sosial, CheGuBard.

Menurut Chegubard peristiwa pengerusi lembaga rayuan pemilihan PKR, Abd Malek Hussin ‘membaling wang’ memang benar-benar berlaku dalam mesyuarat Biro Politik parti.

“Kejadian baling duit dalam Biro Politik..ramai saksi..tapi sampai sekarang diam..meraka itulah harapan tertinggi parti yang hendak ambil alih negara tapi mereka diam…mungkin kerana nam selesai senyap-senyap dan bagi ruang tindakan dalaman,”katanya lagi.

Pada 28 Mei lalu, laman sosial ‘Saifuddin Nasution 4 Timbalan Presiden PKR 2014‘ mendedahkan dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berlaku insiden Malek Husin melemparkan wang di atas meja.


Namun, dakwa laman sosial itu, Timbalan Presiden, Azmin Ali tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

“Mesyuarat yang dihadiri oleh DSAI, Zuraidah dan lain-lain pimpinan tanpa kehadiran Azmin Ali telah “terpegun” apabila saudara Malik Hussin telah “melemparkan” sejumlah wang rasuah ke atas meja,” dedah laman sosial itu.

Mengambil tanggungjawab tersebut, Chegubard tampil membuat aduan bertulis kepada parti pada 5 Mei.

Chegubard dilaporkan Malaysiakiniberkata Abd Malek Hussin telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar dan “bosnya”.

“Bosnya” itu mungkin Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, lapor Malaysiakini yang memetik kenyataan Chegubard.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai “memalukan”, Chegubard menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasat kebenaran isu tersebut.


Selangorkini turut melaporkan selain Chegubard melaporkan isu rasuah semasa pemilihan parti, Pengerusi SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) itu juga turut membuat laporan tentang Azmin Ali.

Chegu Bard mendakwa Azmin pernah menghina presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah di TV3, pada tahun 2013.

Menurut Selangorkini, aduan yang dibuat Chegubard itu sebagai peringatan kedua selepas tiada sebarang tindakan diambil selepas aduan pertama dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau, Azizan Abd Rahman.

Satu sumber rapat dengan Chegubard berkata, kenyataan Azmin kepada media arus perdana itu menyerang presiden parti itu berkaitan dengan dakwaan mengamalkan nepotisme dalam menguruskan parti.

“Dalam aduan Azizan sudah sebut dengan jelas, Mohamed Azmin adalah anggota Biro Politik dan beliau seharusnya boleh menggunakan saluran biro itu sendiri atau Mesyuarat Perhubungan Negeri (MPN) bukan secara terbuka,” kata sumber itu kepada Selangorkini.

Selain itu, dalam Chegubard dalam surat berkenaan turut menuntut tindakan diambil terhadap pihak di dalam Biro Politik yang membocorkan minit mesyuarat parti.

“Seorang pemilik akaun facebook digantung keahliannya, tetapi seharusnya pihak yang dikatakan pro Azmin yang membocorkan minit mesyuarat terbabit juga perlu diambil tindakan,” katanya.









K7L : Berterabur puak depa ni...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk