Di samping itu, kami melahirkan rasa kekecewaan terhadap segelintir media massa dan ahli politik yang mempergunakan dan memanipulasi enakmen ini demi meraih kepentingan politik mereka. Perkara sebegini dilihat menimbulkan kontroversi dan persepsi negatif terhadap enakmen dan institusi diraja Johor..
Laporan yang mengatakan Sultan Johor akan memiliki kuasa mutlak di dalam hal pentadbiran khususnya enakmen ini adalah tidak benar.. Peruntukan sebelumnya menjelaskan bahawa Sultan bertindak di atas perlantikan berdasarkan nasihat Menteri Besar.. Menteri Besar bertindak selaku eksekutif dan Sultan bertindak selaku baginda Ketua Negeri dan Jajahan Takluk Johor iaitu pelindung dan penaung di negeri Johor.. Perkara ini selaras dengan peruntukan perlembagaan dan tidak menyalahi peruntukan sedia ada.. Peranan Sultan dilihat seperti peranan Yang Di Pertuan Agong di dalam beberapa perkara dalam Perlembagaan yang secara lazimnya menerima nasihat dari Perdana Menteri..
Pindaan terhadap enakmen tersebut kepada 'Pihak Berkuasa Negeri' memperlihatkan Kerajaan Negeri peka, berniat baik dan tidak sesekali mempergunakan institusi diraja untuk kepentingan lain.. Enakmen ini perlu difahami dan dibaca bersama Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.. Bukan isu Sultan yang perlu dipropagandakan tetapi niat baik Kerajaan Negeri menyelenggara, menyelaras semula segala hal yang berkaitan tanah, perumahan, projek dan hartanah daripada terbengkalai dan tidak terurus.. Enakmen ini juga melindungi hak-hak rakyat Johor untuk mendapatkan rumah mampu milik.. Keengganan sesetengah pihak pemaju membina rumah mampu milik untuk rakyat Johor, lembaga ini berperanan mendenda dan mengambilalih perancangan pembangunan perumahan dari pihak pemaju..
Selain itu, segala peralihan penjualan tanah rakyat Johor akan melalui lembaga ini untuk memantau proses tersebut sesuai dengan peruntukan enakmen ini.. Perkara ini juga dilihat baik dan Kerajaan Negeri melindungi hak rakyat Johor daripada dieksploitasi oleh tangan asing..
Kami mahasiswa Anak Johor menyambut baik usaha dan hasrat Kerajaan Negeri.. Kami berharap pihak luar tidak memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat Johor.. Tidak seharusnya kita rakyat Johor bertelingkah dengan Sultan sendiri dan seharusnya kita 'muafakat' membina bangsa Johor yang terbilang..
Shahrul Akmal Johari Pengerusi Gabungan Anak Johor IPT
K7L : Johor sedang meningkat..
Siapa yg putar belit?.Cadangan asal lain,yg di bentangkan lain,maknanya apa yg di pertikaikan selama ini betul,yg kononnya berniat baik tulah yg tak betul niat nya.Kalau Utusan tak bising,apa jadi agaknya.Betul ke yg buat kenyataan ni mahasiswa,atau hanya seorang pembodek.
ReplyDeletesibuk lah ko ni... ko ni sokong dapig ke
DeleteAwatlah nak bersikap APOLOGETIK, mempertahankan kuasa Kesultanan Melayu PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA Tanah Melayu ni?!
ReplyDeleteDYMM YDPA dan seluruh Kesultanan Islam/Melayu memang pun patut masuk campur – untuk menyelamatkan BUMIPUTERA Islam/Melayu dari terus diJAJAH si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan sekutu warga ASINGnya! Dan mengambil balik tanah-tanah PUSAKA nenek moyang kita yg. telah diROMPAK oleh PENCEROBOH-PENCEROBOH ini!
Sebenaqnya sistem Raja Berpelembagaan (Constitutional Monarchy) dibahagi dua iaitu “Executive Monarchy” (Raja mempunyai kuasa sosial-politik) dan “Ceremonial Monarchy” (Raja hanya sbg. SIMBOL Adat) – dan di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ni, Kesultanan Melayu BUKAN hanya sbg. “Ceremonial Monarchy” (palsu dilapurkan si Wikipedia tu– di http://en.wikipedia.org/wiki/Constitutional_monarchy , Executive monarchy versus Ceremonial monarchy), tetapi Kesultanan Melayu kita juga mempunyai kuasa besar “Executive Monarchy” (walau tidak mutlak), mengikut Perlembagaan Persekutuan - Perkara-Perkara 3 [3(1), 37 (1), 39, 40, 41, 42, 44, 153 dan banyak lagi ; yg. ada di antara kuasa ini sebenaqnya berlansungan dr. sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS laknat lagi! KEBENARAN ini sebenaqnya mahu diSEMBUNYIkan oleh loyar-loyar-LONGKANG si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM – seolah Perlembagaan Persekutuan hanya berasaskan undg-undg si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS secara mutlak, terutamanya dari Parlimen British-ZIONIS (Westminster system)!
Lihat di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ :
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini……
Makcik Sambal Belacan.
Bah. Kedua:
ReplyDeleteDan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “hiasan Adat“ – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) !
Lihat artikel BERNAS ini di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :
Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam
Haji Mahamad Naser bin Disa[1]
7 April, 2012
Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..(TERUSkan MEMBACA)
Makcik Sambal Belacan.
Negeri johor tu sultan johor yang punya ...lantak dialah nak buat macam mana pun ...kalau tak suka boleh blah keluar dari johor......Sepatutnya MB bentangkan yang lebih power....dan mencabar .
ReplyDeleteElok semua raja raja Melayu buat keputusan untuk melindungi hak hak Orang Melayu dari diceroboh disatu hari nanti jika orang melayu sudah tidak memerintah lagi .Sebab sekarang ini banyak melayu sangup jadi talibarut dan balaci kepada cina cina keparat ni ......