18/02/2014

Edaran Bible Kecil Di Serdang - JAIS Boleh Ambil Tindakan?



Subhanallah. Sudah ada usaha kristianisasi ke di Serdang? Keris dapat info dari laman page Facebook Lidah Rakyat. Itupun rakan Keris bagitahu tentang hal ini. Bimbang juga jika benar ada gerakan sebegini masih berleluasa di Selangor selepas isu DUMC.

Menurut page tersebut :

Gambar ini dipercayai risalah kecil yang berjudul Help From Above milik sebuah Pusat Komuniti di Kuala yang ditemui di perkarangan parkir kereta di Hospital Serdang tengahari tadi. 



Klik [SINI] untuk cerita penuh kes bible kecik

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan tetapi Agama-Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Peruntukan seperti ini diberi penekanan sekali lagi dalam Perkara 11(1) yang berbunyi: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya."

Dengan adanya dua peruntukan penting ini, Perlembagaan memberi jaminan hak kebebasan beragama kepada kepada semua penganut agama. Tetapi, kebebasan beragama tidaklah bersifat mutlak.

Sebagai contohnya, dalam fasal (4) Perkara 11 memberi kuasa kepada Parlimen dan Badan-badan Perundangan Negeri menggubal undang-undang pengawalan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Di samping itu, Perkara 11 (5) meletakkan syarat bahawa kebebasan itu tidak menyalahi ketenteraman awam, kesihatan awam dan akhlak.

Maka diharapkan JAIS ambil berat perihal ini.

K7L : Hurmmm..mana Exco Agama Negeri Selangor?..

1 ulasan:

  1. pernah dapat yg bahasa melayu punya di serdang...ingatkan crita pasal islam. dalam tu cerita pasal nabi isa..jibrail..allah..tp makin baca baru perasan takder langsung pasal nabi muhammad..baru sedar yang buku tu dari kristian..padahal siap belakang nama nabi dan malaikat letak A.S dan Allah SWT..mmg target bebudak upm ler tu

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk