Apabila Khalid Ibrahim menyatakan bahawa tindakan memberhentikan 23 orang kakitangan kontrak PKNS serta merta telah dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM7 juta setahun, kes tersebut tidak akan terhenti begitu sahaja, bahkan semakin membuka ruang yang lebih besar untuk melihat bagaimana kebobrokan pengurusan kewangan dan dana dalam PKNS, bagaikan tidak terkawal semenjak Selangor berada di bawah Pakatan Rakyat dan PKNS pula berada di bawah Azmin Ali.
Raja Petra Kamaruddin telah mendedahkan sesuatu yang sebenarnya tidak mengejutkan langsung. Sebaliknya mengesahkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim adalah tepat dan keengganan DYMM Sultan Selangor memperkenankan cadangan agar Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor kena pada tempatnya.
Menurut Raja Petra, PKNS telah digunakan sebagai platform untuk membalas budi para penyokong pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat Selangor, terutama sekali PKR. Mereka telah dibayar secara berlebihan walaupun kerja mereka tidaklah seberapa. Bahkan kebanyakan daripada mereka menghabiskan masa di pejabat dengan hanya membaca suratkhabar. Gaji dan upah mereka dibayar melebihi daripada kadar harga pasaran.
Antara yang mendapat gaji besar sebagai contoh adalah Dato Othman Omar, orang yang menghantar surat pemecatan kepada Azmin Ali. Dia telah dibayar sebanyak RM45,000 sebulan yang mana kadarnya adalah dia kali ganda berbanding daripada apa yang diperolehinya dari sektor awam.
Begitu juga dengan Faridah Rohani Rais yang dibayar RM7,000 sebulan tidak termasuk elaun khas sebanyak RM1,000 sejam hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar dan bertindak sebagai 'Konsultan Khas'nya.
Sedangkan kerja-kerja konsultan sebenarnya dilakukan oleh Consultan Kriss Communications, yang turut dibayar RM1,000 sejam semata-mata untuk menyalin semula kerja-kerja Faridah Rohani Rais. Manakala sebuah lagi syarikat konsultan, Rafei dari CT Chua telah dibayar RM200,000 untuk mengendalikan kerja-kerja penjenamaan semula PKNS. (BACA SELANJUTNYA)
Terlalu banyak penyelewengan yang telah dilakukan oleh kakitangan dan pegawai-pegawai PKNS ini. Antara contoh penyelewengan yang dilakukan termasuklah pembayaran PKNS kepada penyanyi Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu 'Hijau' sebanyak RM500,000 untuk membantu menjual rumah-rumah PKNS yang berakhir dengan, tiada sebuah rumah pun berjaya dijual. Begitu juga dengan Dr. Armeen Papazian, konsultan dari Lebanon, telah dibayar RM1.5 juta sebagai yuran konsultansi untuk kerja yang tidak dilakukannya manakala Sahul Hamid Dawood menerima kontrak berjumlah lebih RM3 juta selama dua tahun sekalipun dia tidak menyiapkan kerja-kerjanya dan selepas dia meninggalkan PKNS, kerja-kerjanya terpaksa dibuat semula.
Pendedahan tentang PKNS sepatutnya menarik minat SPRM apatah lagi Menteri Besar Selangor sendiri telah mengesahkan bahawa kes penyelewengan dalam PKNS telah diserahkan kepada PKNS.
PKNS adalah agensi yang dibiayai dengan wang pembayar cukai. Ia bukanlah tempat untuk meletakkan para penyokong politik dan membayar mereka dengan gaji, elaun dan yuran konsultan yang sangat tinggi dengan mereka hanya goyang kaki dan berpangku lengan.
Inilah yang dinamakan sebagai penyalahgunaan kuasa dan RASUAH. Adakah para penyokong Pakatan Rakyat masih berani menyatakan bahawa Selangor lebih berada ketika berada di bawah Pakatan Rakyat?
Sumber : Selangor Chronicle
K7L : Gila betul depa ni..
ANUAR serta anjing-anjing dia sentiasa menuduh kerajaan BN atau UMNO perasuah. PKR hanya mentadbir Selangor dah terang-terangan kuat rasuah dan menyeleweng. Seperti perangai Anuar semasa memegang jawatan Menteri Kewangan/TPM, semua krooni Anuar kenyang giler babi. PKNS contoh yang terbaik untuk membukti Anuar dan anjing-anjing perasuah dan penyeleweng.
ReplyDeleteBetul, Anwar masa Menteri Kewangan banyak penyelewengan berlaku. Aku ada dalam barisan tersebut. Satu daripadanya adalah skim TPPT (anak syarikat Bank Negara Malaysia). Pada tahun 1996 hingga dia dipecat, ahli lembaga pengarah pada sebuah syarikat pengurusan dapat elaun, ya elaun paling rendah RM 20,00.00 (banyak tu beb pada tahun 1996 telur ayam pada masa tu 18 sen). Kalau di kalikan tidak kurang daripada 30 syarikat berapa Bank Negara Malaysia bayar.
ReplyDeleteapabila puak pakatan menuduh umno rasuah dan amalkan kronisma sebenarnya mereka menuduh anuar.
ReplyDelete