03/01/2012

Dr MiM Jadi Bomoh Dan Ramalan Masa Lalu Tentang Demo #UPSI ?

Setelah ditangkis dengan hebatnya oleh para bloggers dan juga facebookers, insiden rusuhan UPSI telah memalukan dan menempelak balik kumpulan perusuh siswa dan juga pelajar keldai Adam Adli.

MiM terfikir jika insiden ini berlaku 3 tahun lepas, apakah yang akan berlaku?

1. Yang pastinya, alam maya ini akan dipenuhi dengan segala fitnah dan pembohongan tanpa ditangkis dengan berkesan seperti hari ini.

2. Tindakan memfitnah itu dimain-mainkan pula oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga lidah rasmi mereka tanpa usul periksa. Mereka dengan tanpa malunya menumpang isu pihak lain semata-mata untuk mendapat sedikit kredit dan lime light.

3. Kita saksikan Nurul Izzah, Mahfuz 'bangkrap fikiran' Omar bahkan suspek liwat, Anwar Ibrahim sendiri yang berlagak hero dan kononya prihatin kepada sekumpulan siswa tersebut.



4. Malah, Ng Wei Aik, kaki rasis tegar daripada DAP Pulau Pinang juga berlagak kononnya simpati sedangkan beliau sendiri pernah berlagak gangster mengambil tong gas di sebuah kedai makan!

5. Begitu jelas sekali kepimpinan parti pembangkang sudah hilang modal dan tiada kredibiliti lagi untuk menonjolkan diri sendiri hingga terpaksa menumpang yang lain.

6. Malah, individu yang menggunakan nama Islamik seperti 'Muslimah Imtiyazz' turut menabur fitnah di dalam facebook serta memperalatkan nama Allah swt untuk memburuk-burukkan pihak berkuasa dan kerajaan BN.



7. Yang tidak masuk akalnya ialah kumpulan perusuh itu memilih tengah malam untuk berdemo di depan UPSI sedangkan ketika itu, pentadbiran UPSI tutup! Di mana akal fikiran dan rasionalnya berdemo ketika itu?

Syukur Alhamdulillah kerana tindakan tangkas para bloggers dan facebooker pro-BN ternyata telah mematikan segala pembohongan dan fitnah yang cuba disebarkan di dalam alam maya ini.

Di antara bahan buktinya ialah satu rakaman video demontsrasi yang melibatkan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak menunjukkan polis melakukan serangan fizikal terhadap mereka.

Laporan akhbar mengatakan:

Dalam rakaman video berdurasi 8.27 minit, yang dimuatnaik portal berita Antara Pos menunjukkan aktivis mahasis berhimpun di luar pintu masuk UPSI selain mendesak agar dibenarkan masuk....

...Seorang anggota polis memberi kumpulan mahasiswa itu selama 15 minit untuk bersurai namun ramai di kalangan mereka enggan dan membantah arahan tersebut.

Kebanyakan daripada mereka dilihat menolak anggota polis selepas masa yang diberikan tamat dan cuba menghalang polis untuk mengambil tindakan.



Keadaan kelam-kabut berlaku selepas itu, dengan imej kabur menunjukkan pintu kaca sebuah klinik berdekatan universiti itu pecah dan dua mahasiswa mengalami kecederaan semasa cuba melarikan diri.

Tiada rakaman menunjukkan anggota polis melakukan serangan fizikal ke atas mahasiswa selain daripada tangkapan.

“Kami bukan musuh anda, adakah anda dengar? Kami akan di sini untuk membantu,” kata seorang anggota polis, yang dilihat menggari seorang mahasiswa.



Sumber : Dr MiM

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kantoi sudah...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk