04/01/2012

Bukti Demo #UPSI Berkaitan Dengan #901 - Apa Kata Timbalan Menteri KPT?




Ini video bukti mereka sebenarnya lebih kepada menyerang UMNO bukan AUKU. Lihat pada permulaan video anda semua boleh dengar laungan anti parti, sekaligus terpesong dari tajuk sebenar mereka berdemonstrasi. Dan bagaikan punya skrip, ada seorang pendemo menyebut tentang Special Branch dengan pesanan ''Anak Muda Tidak Takut Dengan Barisan Nasional!". Aduh yang ini tipu sangat, Keris dan rakan-rakan juga anak muda, jangan heret kami dengan pemikiran sempit kamu. Bukan semua anak muda tidak cerdik seperti kamu yang terpekik terlolong. Dan satu lagi nak pesan, buat apa nak takut pada Barisan Nasional? Takut pada Allah kan itu lebih baik. Keris sokong Barisan Nasional bukan takut Barisan Nasional. Nak bercakap tidak guna otak jadi macam itulah.

Keris cabar individu terbabit untuk memohon maaf kerana kenyataannya seolah-olah bercakap dalam majoriti anak muda sedangkan cuma dia dan beberapa kerat sahaja yang punya perasaan benci pada UMNO. Dan kepada Timbalan Menteri KPT yang mahu bukti, lihat sendiri bagaimana mereka mencabar pihak polis untuk menangkap mereka, sudahlah kurang ajar ketika pihak polis berbincang. 

Aduh! Mereka ini tidak layak digelar mahasiswa! Tidak langsung punya rasa hormat kepada pihak berkuasa!. Eh kalau rumah kau kena rompak kau cari siapa? Adik kau hilang kau cari siapa? Dasar manusia tak kenang budi! Dah dapat masuk universiti pun nak banyak bunyi?. Ramai lagi dekat luar tu yang mahu belajar, berhenti sahaja jika tak berpuas hati. Setel!

Sumber video : KedahKeKL

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Malu dengan sikap anak muda seperti mereka..tidak melambangkan diri sebagai seorang manusia yang berilmu langsung!

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk