03/10/2011

Taraf PAS Di Dalam PR Hanya Taraf 'Lapik Kaki' Sahaja?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Akhirnya seorang sahabat Keris iaitu Jas Salleh menjawab persoalan yang dilontarkan tengahari tadi. Sangat menarik dan ada asas dalam tulisannya. Keris petik sedikit artikelnya disini.

Suatu persoalan menarik yang diutarakan oleh sahabat bloger hamba nama KERIS 7 LOK. Persoalannya ialah mengenai apakah AGENDA SEBENAR DAP untuk masa depan orang Melayu kaum bumiputera dan pribumi Melayu Islam dalam tahun-tahun mendatang?

Kekuatan DAP dalam PRU 12 dan dalam senario politik Malaysia banyak bergantung kepada kekuatan Melayu di dalam PKR dan PAS. Malah PAS lah yang banyak menyumbang kepada kekuatan DAP.

Anwar Ibrahim pula hanya banyak membuka pintu-pintu dominasi DAP. Hairannya, kenapa peranan PAS di dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat begitu kecil sekali dan semakin mengecil?
Berbeza dengan peranan proaktif yang dimainkan oleh parti-parti komponen di BARISAN NASIONAL mengikut dasar PERKONGSIAN KUASA yang sebenar, DAP nampaknya menjadi PEMBUAT POLISI dan dasar kepada Pakatan 'Tipo' Rakyat. selanjutnya KLIK SINI



Apa yang telah mengambil perhatian Keris melalui artikel tersebut adalah mengenai peranan PAS yang jika kita lihat mereka inilah yang bekerja keras seolah-olah menjadi hamba kepada DAP. Contohnya di pilihanraya Sarawak tempohari, kita dapat lihat beratus ahli PAS memegang serta melaungkan nama DAP jika calon PR adalah DAP namun apabila PAS bertanding maka tiada seorang pun cina DAP yang memegang mahupun berkempen untuk PAS.

Nampak tak betapa rendahnya kedudukan PAS di dalam PR. Didalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang misalnya berapa banyak jawatan disandang oleh ahli PAS?. Malahan apabila PAS menyuarakan hudud, apabila 'diherdik' DAP maka PAS terus akur. Suara PAS seakan tidak sampai kepada pimpinan PR. Bukti bahawa mereka hanya 'lapik kaki' antaranya adalah kes Hasan Ali membuat serbuan JAIS ditentang oleh DAP dan Hasan Ali diboikot pimpinan PAS sendiri dan MB Kedah Ustaz Azizan apabila ingin tutup kelab malam pada bulan puasa diherdik DAP maka terus bisu. 

Pernah dengar PAS minta naikkan bilangan kerusi yang mereka ingin pertandingkan pada PRU13? Sebab dah tahu tak dapat buat apa tanya.


Apa yang boleh ditafsirkan di dini adalah DAP tampak lebih dominan daripada PKR dan PAS, secara tidak langsung persoalan mengenai siapa yang bakal memimpin PR sudah semakin jelas?. 

Nak tahu mengapa perlu tolak DAP? boleh klik SINI

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Barisan Nasional sangat rasional kerana UMNO boleh mendengar suara MCA dan MIC dan bukan seperti PR..perjuangan mereka hanya untuk individu!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk