05/10/2011

Hadi Awang Makan Semut Sampai Lupa Kenyataan Hududnya?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t


Isu Hudud secara tiba-tiba dibangkitkan menjelang pasca pilihanraya ke-13. Puak PAS seakan terdesak ingin memancing undi Melayu dan cuba memberi persepsi negatif terhadap UMNO dengan menggunakan dasar agama.

Namun, rakyat Malaysia tidak pernah lupa janji PAS yang mengatakan sebelum ayam berkokok mereka akan melaksanakan Hudud. Sekarang, ayam bukan sahaja sudah berkokok malah sudah jadi rendang pun, tetapi Hudud masih juga tidak dilaksanakan.

Dan perkara yang paling membingungkan umat Islam di Malaysia ialah selepas Sultan sudah menandatangani Enakmen Jenayah, PAS baru hendak pergi mengkaji ke Iran dan lain-lain negara Arab. Jelas bahawa PAS tidak serius dan janji mereka hanya retorik sementelahan mereka harus akur dengan permintaan DAP yang melarang mereka melaksanakan Hudud.


Jelas ini adalah bukti PAS mempermainkan isu Hudud hanya untuk meraih undi pilihanraya, bukan untuk mengangkat martabat Islam.

Lebih jelas lagi pembohongan mereka, apabila Haji Hadi memperkecil-kecilkan hukum Hudud dengan mengatakan Hudud hanya 0.0001 % daripada hukum Islam. Kalaulah PM berkata begitu, sudah tentu PAS akan mengkafirkan dan memasukkan PM ke dalam neraka.

Jika dahulu orang PAS rajin membaca ayat surah Al-Maidah:ayat 44 yang menghukum kafir ke atas mereka yang tidak melaksanakan hukum Islam. Kini, mereka jarang-jarang mengeluarkan ayat tersebut kerana takut rakyat Terengganu mengkafirkan mereka disebabkan perlembagaan yang mereka kata Taghut, Jahiliyyah sebelum ini sedang diamalkan di Terengganu.

Apapun, jelas mereka hanya lacurkan agama demi kepentingan politik. Rakyat sudah pasti dapat menilai bahawa PAS hanya melacurkan agama dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan anti-Islam hanya demi kuasa dan politik.


Tolak PAS, Tolak DAP & PKR
Tolak PR.
  Undilah Barisan Nasional!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kita bukannya budak kecik yang boleh diberi 'gula-gula' dengan janji kosong. PAS keluar jelah dari PR, tak nampak 'sengat' langsung sebab jadi 'lapik kaki' PR je..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk