Ibarat penyamun dengan konco-konconya. Suatu ketika dahulu Mahathir ini sangat dibenci oleh Mat Sabu dan DAP. Kini mereka sanjung dia setinggi yang boleh. Jangan lupa ya! Dilambung tinggi-tinggi kalau tidak disambut bedebuk ke tanah jua.
Woohoo! Nampaknya PKR kini semakin retak. Wan Azizah telah mengumumkan sembilan calon untuk Ahli Parlimen dan 21 calon Adun sempena Jelajah Harapan Selangor di Stadium Terbuka Kuala Selangor. Paling menarik adalah muka Azmin yang terpinga-pinga macam beruk kena renjat. Dengar cerita Mahathir ada main peranan dalam hal umum ini. Presiden Parti umum calon tanpa bincang dengan Timbalan Presiden Parti.
Azmin Ali tidak tahu mengenainya. Menurut akhbar Nanyang Siang Pau, Azmin menafikan tahu mengenai spekulasi PKR akan mengumumkan calonnya di Stadium Kuala Selangor malam ini. "Senarai calon yang tersebar itu tidak benar.Dengan kata lain, jika perbincangan selesai malam ini kita boleh umumkannya. Namun setakat pengetahuan saya (program) malam ini hanya aktiviti kempen,“ - Mkini
Dek kerana nak ikut sangat kehendak Mahathir. Wan Azizah hari ini tidak lagi rapat dengan Azmin Ali. Dah tak mahu duduk sebelah-sebelah pun. Sudah terang lagi bersuluh! Mahathir lah sebabnya Wan Azizah dan Azmin bergaduh!
“Semua kerosakan ini berlaku secara besar-besaran di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Inilah Bapak Pelingkup Negara. Mana kamera, tolong bagi kat RTM. Tun Mahathir Mohamad Bapak Pelingkup Negara,”
Presiden PAN, Mohamad Sabu sememangnya terkenal sebagai ahli politik yang pandai menghiburkan penonton dengan ‘lawak jenaka’ dan ucapan berdegar-degar ketika berceramah.
Baru-baru ini, Mohamad Sabu tampil dengan ‘lawak jenakanya’ yang terbaharu apabila mendakwa negara ini akan diselamatkan oleh calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun dahulu beliau meletakkan pelbagai gelaran dan label negatif kepada pemimpin tersebut.
Mohamad Sabu menyatakan perkara tersebut dalam Ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Guar Chempedak, Kedah.
Dalam video tersebut Mohamad Sabu antara lain menyeru rakyat Kedah untuk menyokong Dr. Mahathir kerana pemimpin tersebut mahu membetulkan pentadbiran Malaysia selain tidak menyangka beliau akhirnya akan duduk di sebelah Dr. Mahathir dan berbisik-bisik seperti ‘kekasih’.
Sedangkan, dahulu Mohamad Sabu lah pemimpin yang paling lantang mengkritik Dr. Mahathir dengan gelaran seperti ‘kepala perompak’ dan ‘bapa pelingkup negara’.
Dalam Malaysiakini, 6 April 2018, Mahathir menyatakan "Tunggu saya dibunuh baru polis, tentera nak sedar?" Kenapa Mahathir perlu buat kenyataan yang agak keterlaluan begini? Ada sesuatu yang sedang dirancang untuk dapatkan undi simpati? Blogger Khairul Reyzal menaakul begini dalam satu tulisan di blognya : "Apabila calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir membuat dakwaan terdapat cubaan untuk membunuhnya, ramai yang mengambil ringan apa yang diucapkan oleh beliau. Ini memandangkan pada fikiran logik, tidak mungkin ada sesiapa yang sanggup untuk mencederakan apatah lagi untuk membunuh seorang warga platinum yang berusia 92 tahun" "Teringat pada satu kes dalam tahun 2009, baca di sini, di mana kes cubaan bunuh bunuh Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian pada 2004 telah dibuka kembali. Ini berikutan dakwaan bahawa Chen Shui-Bian telah melakonkan adengan cubaan tembak menembak untuk meraih undi". "Chen Shui-Bian telah memenangi pilihanraya berkenaan dengan peratusan kecil dan kini sedang merengkok di dalam penjara akibat pertuduhan rasuah" tulis Khairul Reyzal. Begitu juga dengan kisah Prebet Adam mengamuk pada 18 Oktober 1987. Mahathir menjadikan isu Prebet Adam untuk mengubah Perlembagaan yang seterusnya mengikis kekebalan Raja Raja Melayu pada Mac 1993. Selama 30 tahun lebih masyarakat tidak tahu kisah sebenar. Prebet Adam dihantar ke Tanjung Rambutan kononnya gila dan sebagainya. Namun akhirnya kebenaran muncul juga. "Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan. "Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah," kata Hawa Jaafar, adik Prebet Adam. Lihat video penuh di pautan ini :
Begitu juga dengan drama Mahathir kena "spray" di Kelantan pada tahun 2006. Ianya kalau dikaji hanyalah sandiwara Mahathir sahaja. Pada 28 Julai 2006, Nik Sapeia serang Mahathir di Pengkalan Chepa, kemudian khabarnya dalam diam diam Nik Sapeia memohon maaf kepada Mahathir selepas itu menerusi pintu belakang. Motif Mahathir hanyalah untuk dapatkan simpati sahaja. Hendak minta orang kesian padanya. Taktik lama ini, Mahathir guna dulu lagi masa krisis ekonomi tahun 1998, yang jadi kambing hitam adalah Soros. Kemudian, 8 tahun selepas itu, pada 15 Disember 2006, Mahathir berjumpa dengan Soros di Kuala Lumpur. Soros memaafkan pula semua dosa dosa Mahathir yang dahulu. Samalah dengan Anwar Ibrahim, dulu macam macam Mahathir kata dan maki Anwar, 18 tahun selepas itu memaafkan pula semua dosa Anwar. Begitu juga DAP, yang sesuci kain putih dicuci dosanya oleh Mahathir. Namun #SinOfMahathir #DosaMahathir terhadap rakyat Malaysia masih lagi banyak. Jangan lupa #DosaMahathir yang silam dalam kisah Prebet Adam dan lain lain lagi. Kali ini Mahathir sedang buat sesuatu pada 7 hari terakhir sebelum hari pengundian untuk drama simpati buat rakyat Malaysia. Barangkali drama sakit jantung. Sudah tahu IJN ada di KL, yang hendak bertanding di Langkawi buat apa? Nanti kalau sakit jantung, hendak salahkan Najib sebab tidak bina IJN di Langkawi? Tidak mustahil drama ini boleh jadi. Kedai roti lingkup pun Mahathir salahkan Najib. Apa apa sahaja Mahathir akan buat di saat akhir nanti. Hati hatilah dengan drama dari Kerala ini, lagi dahsyat dari filem Tamil. K7L : #KonpirasiMahathir #RancanganMahathir
Antara ‘buah tangan teristimewa’ diterima penjawat awam adalah pemberian kenaikan gaji tahunan (KGT) kepada semua 1.6 juta penjawat awam, berkuat kuasa 1 Julai 2018.
Najib berkata, pemberian kenaikan bersamaan satu KGT itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.
“Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat tambahan satu lagi KGT disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018,” katanya.
Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju memendekkan tempoh kenaikan pangkat berasaskan ‘time based’ kepada kakitangan kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.
Menurutnya, pelaksanaan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM34 juta dengan 13,006 pegawai terbabit.
Najib juga berkata, kerajaan juga akan mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun di Gred 54.
“Ia sekali gus memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta, berkuat kuasa 1 Januari 2019,” katanya.
Najib berkata, kerajaan juga bersetuju memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak dan memberi faedah kepada 42,867 pegawai, berkuat kuasa 1 Julai 2018.
Selain itu, katanya, kerajaan bersetuju menyumbang sekurang-kurangnya RM3 juta setahun kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Bagi menghargai penjawat awam bukan beragama Islam menunaikan aktiviti keagamaan masing-masing, Najib berkata, kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari maksimum sepanjang tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari 2018 kepada penjawat awam berkenaan.
Sebelum ini, katanya, kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama tujuh hari hanya diberikan kepada penjawat awam beragama Islam bagi tujuan menunaikan umrah.
Najib juga mengumumkan tiga berita gembira kepada lebih 800,000 pesara kerajaan termasuk satu peratus kenaikan kadar pencen secara one-off mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 sebagai tambahan kepada dua peratus diterima pesara pada 1 Januari 2018.
Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju memberi geran khas masing-masing RM1 juta kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia; Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) bagi menganjurkan aktiviti persatuan dan kelab.
Bagi memastikan pesara kerajaan berpeluang menunaikan fardu haji, Najib berkata, kerajaan bersetuju menetapkan satu kuota khas kepada kumpulan berkenaan sejurus mendapat kuota diperuntukkan kepada Malaysia oleh Kerajaan Arab Saudi.
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...