27/03/2018

Pembagunan infra Ini Pernah Dihalang Oleh PKR?



Kerajaan BN sentiasa menaik taraf infrastruktur negara untuk menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap bagi mendorong produktiviti dan ekonomi.


Pembangunan infrastruktur juga membuka bidang pertumbuhan baharu yang menggalakkan agihan kekayaan dan pembangunan saksama serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak di semua peringkat.

Bagi manfaat komuniti luar bandar, kami telah membina beribu-ribu kilometer jalan raya, menggali beribu-ribu kilometer untuk memasang paip air, mendirikan beribu-ribu tiang elektrik dan memasang beribu-ribu kilometer talian komunikasi di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, BN berjanji untuk:

  • Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.
  • Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah.
  • Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
  • Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.
  • Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.
  • Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.
  • Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
  • Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
  • Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.
  • Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak.
  • Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.


Setakat ini, kami telah:

  • Memansuhkan tol di Jalan Kuching, Kajang dan Cheras.
  • Mengurangkan kadar tol Plaza Petaling Jaya Selatan 2 di Lebuh Raya Pantai Baru dan Plaza Sunway dan Kemuning di Lebuh Raya Kesas.
  • Membekukan selama 5 tahun kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah, Lebuh Raya Link Kedua, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu.
  • Memperuntukkan RM18.7 bilion pada 2010-2013 untuk pembangunan infrastruktur luar bandar.



K7L : Inilah BN yang sentiasa bekerja untuk rakyat..

Video - Lim Guan Luluskan Kilang Papan Haram Di Pulau Pisang?



Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan senarai kilang yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang.

Naib presidennya Rahmad Isahak berkata ini kerana PAP menerima maklumat terdapat lebih 200 kilang haram beroperasi di Pulau Pinang dengan 150 buah beroperasi di Seberang Perai dan 53 lagi di bahagian pulau.

Beliau mendakwa sebanyak 51 buah beroperasi di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (90) dan Seberang Perai Selatan (9) manakala di bahagian pulau mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Batu Maung (11), Air Itam (3), Sungai Pinang (32), Batu Lanchang (2) dan masing-masing 1 di Bayan Lepas, Padang Kota, Kebun Bunga, Datuk Keramat dan Air Putih.

“Ini maklumat yang kita terima daripada sumber yang relevan. Ini bermakna kesahihan kepada maklumat yang kita perolehi ini perlu diterjemahkan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

“Mereka perlu menyiasat segera dan keluarkan senarai bagi menyokong informasi yang kita utarakan hari ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, kilang, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.

Mengulas lanjut, Rahmad berharap kedua-dua PBT itu dapat mengeluarkan senarai berkenaan dalam tempoh 2 minggu ini. - FMT


K7L : Oh! Berita atas ini di Pulau Pinang tapi mirip Pulau Pisang..

Rafizi Ketakutan Selepas Program PJSR Ini Dilaksanakan?



Program Jalinan Sentuhan Rakyat (PJSR)

Ringankan Kos Sara Hidup
Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini. Antaranya, melalui program PJSR yang menurunkan harga barang bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Program ini diadakan dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen, seluruh negara dan menawarkan penurunan harga kepada orang ramai yang hadir di antara 5 hingga 20 peratus.

Antara barangan keperluan harian yang dijual dengan harga yang lebih murah adalah seperti beras Super VWR 10 kilogram, ayam dan daging segar, telur ayam, milo dan banyak lagi barangan keperluan harian yang lain.

Keberlangsungan program PJSR ini juga jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan yang sentiasa mendengar suara rakyat dan berusaha sedaya upaya membantu menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh rakyat.

K7L : Syukur..

5 Janji Kepada Orang Muda Jika BN Menang Di Selangor! #SOULjer# #KN #Kamikaze



Janji ini tidak sama langsung dengan janji Khalis Samad yang jani hari ini menang esok tutup kilang arak. Bila sampai waktunya tetap tak tutup malahan dengar cerita ada deal pintu belakang.

Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, BN Selangor menjanjikan lima perkara yang akan dilaksanakan sekiranya BN diberi mandat untuk kembali mentadbir negeri tersebut pada pilihanraya umum ke 14 ini.

1. Stadium Shah Alam diserahkan semula kepada pasukan Red Giants

2. Kompleks Belia Negeri Selangor akan diserahkan kepada Majlis Belia Negeri Selangor.

3. 6000 Rumah Transit Belia untuk rakyat Selangor

4. Entrepreneur Transformation Center di Selangor

5. Ahli Majlis PBT daripada kalangan Belia.

K7L : Hidup BN!..

26/03/2018

Mukhriz Mahathir Penipu Dalam Parti Yang Penuh Hipokrasi!



Kenyataan Azrin Zizal yang menyatakan bahawa Mukhriz Mahathir telah mendapat manfaat peribadi daripada  SCL Group untuk PRU13 telah menimbulkan tanda tanya tentang penglibatan Mukhriz dengan syarikat berskandal, Cambridge Analytica. Ini juga telah menimbulkan persoalan sama ada Mukhriz telah menipu rakyat dengan menafikan penglibatan beliau dalam isu tersebut pada 20 Mac yang lalu.

Sebagai Ketua Jentera Kedah semasa PRU 13, adalah tidak mustahil untuk Mukhriz mendapatkan nasihat secara peribadi daripada SCL Group tanpa pengetahuan kepimpinan pusat Barisan Nasional. Ini juga selari dengan kenyataan Azrin bahawa beliau mewakili SCL Group telah memberi nasihat strategi komunikasi kepada Mukhriz secara peribadi  sehingga tahun 2015, termasuk ketika PRU13.

Walaupun isu penggunaan kempen bersasar berdasarkan data bukanlah sesuatu yang baharu sepertimana yang dilakukan Invoke untuk PKR, apa yang lebih mengecewakan adalah tindakan Mukhriz yang seolah-olah menipu rakyat dengan menafikan perkara ini secara bulat-bulat. Penipuan ini juga konsisten dengan kenyataan-kenyataan terkini beliau yang berbaur penipuan seperti menyesali politik perkauman UMNO tatkala PPBM itu sendiri adalah parti berasaskan kaum.

Lebih mengecewakan lagi adalah hipokrasi yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Wan Saiful Wan Jan yang pada mulanya bersungguh-sungguh menyerang Perdana Menteri dan BN apabila isu Cambridge Analytica ini timbul. Namun apabila kenyataan Azrin dikeluarkan, beliau tidak mempersoalkan penglibatan Mukhriz sebaliknya terus menyerang BN. Begitu juga dengan hipokrasi pemimpin-pemimpin muda lain yang senyap apabila skandal kepercayaan ini melibatkan pemimpin Pakatan Harapan sendiri.

Pakatan terbukti hanya mampu menabur janji-janji populis yang bakal meninggalkan beban untuk generasi masa depan, mengeluarkan idea-idea dasar yang cetek untuk rakyat seperti tayangan EPL di RTM serta penuh retorik seperti menjanjikan ratusan ribu pekerjaan tanpa strategi yang terperinci.

Maka dengan itu, mereka hanya menumpukan janji mereka kepada satu isu utama sahaja - sebuah kerajaan dengan pemimpin yang telus, beramanah dan berintegriti. Namun segala penipuan dan hipokrasi yang ditonjolkan mereka berkenaan isu Cambridge Analytica beberapa hari ini menunjukkan bahawa mereka juga tidak mampu mengotakan satu-satunya janji utama mereka ini. Maka jelas terbukti, satu undi untuk Pakatan Harapan adalah satu undi untuk kerajaan yang hipokrit, tidak jujur, cetek idea dan bakal membebankan anak cucu kita dengan beban hutang hasil janji populis semata-mata untuk kuasa.

Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

K7L : Mukhriz mat botol mineral...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk