23/12/2017

Bank Negara Rugi 2013-2016? Habislah Malaysia!



Inilah fitnah pembangkang di media sosial dan kononnya mereka lebih tahu daripada orang dalam Bank Negara itu sendiri. Ini maklumat daripada Laporab Kewangan Bank Negara setiap tahun.

Apakah ini dikatakan rugi? Atau RUGI sebenarnya yang kita nak dengar? Apapun sangat hormat pada DS Najib yang menjaga ekonomi Malaysia dengan amat baik sekali. Semoga Malaysia sentiasa dilindungi Allah daripada mereka yang suka pada kerosakan.

K7L : Cubalah doa yang baik-baik..

22/12/2017

Mahu Saman Panel RCI Forex, Satu Lagi Polemik Mahu Mahathir Cipta?



Satu demi satu polemik dicipta untuk terus kelirukan dan pusing kepala rakyat. Buat tuduhan pasal ECRL, tuduh pasal 1MDB, tuduh pasal derma dari Arab Saudi dan tuduh kononnya Bank Negara hilang duit antara 2013 dan 2015.

Semua ini hanyalah polemik yang dicipta sahaja. Sudah dijawab beratus kali. Namun benda itu diulang balik agar rakyat jadi terus keliru dan terus benci kerajaan.

Dalam banyak benda yang ditanya kepada Najib, semua sudah dijawab dengan tersusun. Amat berbeza dengan soalan soalan yang ditanya pada Mahathir. Banyak yang dielak, dipusing dan dibuat "tidak tahu" sahaja.

Sejak berkawan dengan Anwar, Mahathir pun sudah pandai pakai taktik "delay, delay, delay" menggunakan saman dan mahkamah. Padahal RCI ditubuh dengan perintah YDP Agong, sampai begitu sekali Mahathir berani mencabar keputusan yang sudah pun dibuat oleh pihak yang menjalankan tugas dengan perkenan YDP Agong.

Mahathir kena lawan juga kerana terlalu takut. Mahathir terlihat amat ketakutan apabila panel RCI Forex telah membuat keputusan dan mahu menyebarkan jilid laporannya kepada rakyat.

Takut sangat Mahathir untuk bagi rakyat baca tentang hilangnya wang RM31.5 billion di Bank Negara. Kalau rakyat baca satu persatu keterangan saksi dan bagaimana hilangnya wang itu, rakyat sudah boleh buat kesimpulan siapa dalang sebenar kejadian itu.

Ini kerana selama ini Mahathir berjaya menipu rakyat dengan imej dirinya sebagai seorang tua yang lemah dan sedang berlawan dengan Datuk Najib yang dituduh dengan bermacam gelaran dan tohmahan.

Namun laporan RCI menunjukkan Mahathir mentadbir kerajaan dengan penuh konspirasi dan skandal menipu rakyat dan ahli kabinetnya sendiri.

Dengan melantik hanya seorang sahaja menguruskan berbillion billion wang rakyat tanpa had, kuasa mengalahkan Menteri Kewangan dan tanpa batas, ia sudah menunjukkan ia ciri ciri besar Mahathir ada di belakangnya.

Apakah wang berbillion boleh beralih tangan tanpa pengetahuan Perdana Menteri? Selama 3 tahun berturut turut?

Mahathir tersepit , sama ada mahu menjadi Perdana Menteri yang bodoh yang "tidak tahu" apa apa terjadi di bawah hidungnya atau mahu menjadi Perdana Menteri yang tahu. Lalu terpaksalah Mahathir buat tindakan saman ini untuk tunjukkan dia seolah olah bertanggungjawab dan tidak bersalah.

Setelah memilih menjadi Perdana Menteri bodoh tidak berpengetahuan apa apa di dalam pentadbiran wang negara, maka Mahathir menjawab “tidak tahu” pada hampir seluruh soalan semasa ditanya oleh panel RCI Forex.

Natijahnya , setelah keluar laporan RCI, Mahathir terlihat bodoh pada laporan itu. Maka apakah jalan terbaik untuk diambil? Tidak lain dan tidak bukan adalah menghalang laporan itu dari dibaca oleh rakyat.

Cara cara Mahathir menipu rakyat dan mahu kelihatan sebagai hero adalah dengan mengambil tindakan menghalang laporan itu disebarkan dengan alasan guaman dan penghakiman.

Maka jalan terbaik adalah menunjukkan dia di pihak yang benar dengan bertindak menyaman RCI. Sebelum bermula “task force” pun Mahathir yang hebat berlakon berani depan rakyat tetapi banyak buat kerja kotor belakang rakyat sudah cuba menghalang prosiding.

Mahathir mencari helah berkenaan ahli panel dan mahu beberapa ahli panel di gugurkan. Ini cara Mahathir ganggu kerana Mahathir dalam ketakutan. Untuk pengetahuan umum , Mahathir juga mahu tulisan dan syarat tertentu diselitkan pada laporan RCI.

Ini helah Mahathir supayaa RCI menolak kehendaknya, lalu adalah alasan untuk peguam Mahathir, Hanif Khatri membawa ke mahkamah bagi melengahkan laporan disebarkan kepada rakyat.

Tujuan Mahathir amat mudah, dia cuba melengah lengahkan sebaran laporan RCI berkenaan skandal wang terbesar negara dan bagaimana Perdana Menteri ketika itu sekongkol dengan individu lain untuk menipu rakyat dengan jumlah kehilangan wang yang paling besar di dunia.

RCI sebenarnya sudah menghidu beberapa kesalahan seleweng dan menipu oleh pentadbiran Mahathir ketika siasatan masih di peringkat ”task force” lagi.

Antaranya , laporan kerugian tidak sama dan berbeza. Kedua, cubaan menutup jumlah dengan laporan Menteri Kewangan kepada Parlimen. Di situ sahaja sudah ada kesalahan. Kini boleh lah kita rumuskan, Mahathir tersepit dan sedang berada dalam kecemasan.

Bayangkan jika artis artis yang memujanya membaca laporan bahawa orang yang disanjung berlakon bodoh di Mahkamah RCI dan sentiasa menjawab “saya tidak tahu” tetapi berlagak hero yang tahu macam macam hal ketika sudah tidak berkuasa ketika mahu mengenakan pihak lain.

Tentu mereka akan kecewa dan malu. Fatiya, Sheila Majid, Adidah Noor tentu masuk gua jika laporan sebenar itu sudah keluar nanti. Maka kini, apa yang cuba dibuat oleh peguam Mahathir adalah dengan menyaman RCI. Tindakan saman ini hanyalah polemik dan kartun sahaja.

Sekadar cubaan untuk melengahkan laporan dari disiarkan dan menunggu PRU14. Jika menang bolehlah membatal kan semua “finding” dan bakar semua laporan dari pengetahuan rakyat.

Itu yang Mahathir harap sangat. Oleh kerana itulah bersungguh sungguh benar dia hendak pada kuasa, agar semua dosanya itu hilang di bawah karpet selama lamanya. Kemudian boleh buat dosa baru, hilangkan pula segala apa yang ada selama ini ke tangan DAP dan PKR.

K7L : Kemaruk sokongan sangat Mahathir ni..

Bukti DAP Semakin Kurang Ajar & Zalim


Rakyat sedia maklum dengan tahap kezaliman kerajaan DAP negeri. Rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan pun ditindas tanpa mampu dipertahankan oleh Wan Azizah dan Dr Mahathir.

Regim DAP yang mentadbir Pulau Pinang selama 2 penggal semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat negeri.

Mereka bukan sahaja menindas dan menzalimi kaum Melayu Pulau Pinang tetapi polisi pro-pemaju rejim tersebut telah menyebabkan kerajaan DAP turut berkonfrontasi dengan NGO-NGO yang sebelum ini menyokong parti cauvinis tersebut.

Malah, kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng juga sedang bertelagah dengan Penang Chinese Clan Council (PCCC).

Sebelum ini, kerajaan DAP dilaporkan tidak menyelesaikan pembayaran hutang kepada PCCC yang membantu menyelenggarakan perayaan Tahun Baru Cina. Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan RM80,000 untuk menganjurkan acara itu tetapi masih berhutang RM70,000 kepada PCCC.

Kelewatan dalam pembayaran itu menimbulkan tanda tanya sama ada wujud sebarang rasuah.

Konfrontasi PCCC dengan kerajaan DAP ini juga berlaku apabila sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada 8 Feb, mereka tidak puas hati dengan Kerajaan DAP di atas rancangannya untuk mengadakan perayaan negeri di jeti mereka untuk pertama kali

Ini adalah selepas kerajaan DAP memutuskan untuk mengadakan Festival Kebudayaan dan Warisan di lokasi yang sama di mana perayaan Ulang Tahun Jade Emperor yang biasanya diadakan.

Klan Cina itu melihat tindakan itu sebagai kurang ajar kerana tindakan kerajaan DAP itu mengganggu upacara tahunan mereka ke-109. Mereka tidak berpuas hati dan membantah tindakan kerajaan DAP itu.

Bagaimana pun, Lim Guan Eng dilaporkan telah mempertahankan sikap kurang ajar kerajaan DAP itu. Selain daripada itu, di antara isu lain ialah tempat letak kereta yang dibina di Jeti Chew, yang kemudiannya dirobohkan pada 2014 semasa pentadbiran Guan Eng.

Klan Cina itu telah memohon kepada agensi kerajaan Lim Guan Eng tetapi ianya tidak didengari walaupun klan itu telah membelanjakan kira-kira RM400,000 untuk tempat letak kereta tersebut. Selepas itu, Lim Guan Eng tidak dijemput pada Perayaan Jade Emperor.

Dan apabila portal pembangkang MalaysiaKini menghubungi Ketua Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Pulau Pinang 2016 dan Ahli Parlimen Tanjung DAP Ng Wei Aik untuk mengulas, beliau berkata ianya "buang masa".

Yang terbaru, PCCC menyatakan pendirian bahawa sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baru Cina tidak akan diadakan pada tahun depan.

Pengerusinya Anthony Chang berkata keputusan itu adalah kerana kurangnya kerjasama dan sokongan daripada kerajaan DAP.

"Pada mulanya, kami memutuskan untuk sebuah pasukan baru dari bahagian pemuda kami, Jawatankuasa Pemuda PCCC, memimpin jawatankuasa kerja dalam merancang acara itu,"

"Walaupun menghantar beberapa surat tetapi tiada jawapan daripada kerajaan negeri." katanya.

Pertelingkahan di antara kerajaan DAP dengan Penang Chinese Clan Council (PCCC) menimbulkan tanda tanya iaitu:

Apakah mereka masih mahu mengundi parti DAP pada PRU14 kelak setelah mereka dihina dan diperlekehkan terang-terangan oleh kerajaan DAP?

Regim DAP berkemungkinan besar akan bersandiwara dan menabur wang semasa berkempen nanti kononnya prihatin kepada PCCC untuk mendapatkan undi mereka

Tetapi jika menang sekali lagi, DAP sudah pasti akan kembali menganaktirikan PCCC seperti yang mereka lakukan kepada pihak lain di Pulau Pinang.

Kita percaya bahawa ubat kepada keegoan, sikap sombong dan angkuh DAP ini hanyalah dengan menolak dan tidak menyokong parti cauvinis pada pilihanraya umum kelak.

Sudah tiba masanya untuk NGO-NGO, PCCC dan kumpulan-kumpulan lain untuk tampil ke hadapan dan menolak segala kezaliman, korupsi dan penindasan regim DAP.
K7L : DAP musuh rakyat Malaysia!..

@tunfaisal Dedahkan Kelemahan Pengurusan JP Morgan? - Tiada Kaitan 1MDB




PROSIDING FINMA BUKTIKAN KELEMAHAN PENGURUSAN JP MORGAN, BUKAN PENYELEWENGAN DANA 1MDB


1. Usaha mengaitkan 1MDB dengan kesalahan penggubahan wang timbul sekali lagi. Kali ini susulan laporan Reuters mengenai kenyataan badan pemantau kewangan Switzerland, FINMA bahawa institusi kewangan, "JP Morgan didapati melakukan kesalahan besar berkaitan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB."

2. Apakah KESALAHAN BESAR itu? FINMA menyebut, JP Morgan "gagal untuk mengenal pasti secukupnya peningkatan risiko penggubahan wang berkaitan dana kekayaan "yang dituduh menyeleweng" ketika skandal penggelapan berlangsung secara besar-besaran."

3. Apakah HUKUMAN terhadap DOSA BESAR ini? TIADA HUKUMAN. FINMA memutuskan "untuk menutup prosiding dan tidak mengenakan sebarang hukuman (yang ditafsirkan oleh Reuters sebagai) - "kemungkinan petunjuk bahawa sebarang KEUNTUNGAN yang diperolehi oleh JP Morgan akibat dakwaan pelanggaran peraturan ini sebagai TIDAK SIGNIFIKAN."

4. Reuters turut memetik kenyataan FINMA yang menyebut J.P. Morgan telah menerima "maklumat yang tidak lengkap dan tidak konsisten daripada pelanggan tanpa melihat dan mendokumenkannya secara lebih mendalam", dan ini dinyatakan sebagai KELEMAHAN SISTEM PEMANTAUAN dan KAWALAN BANK TERSEBUT".

5. Apakah respon JP Morgan terhadap dakwaan FINMA ini? Jurucakap JP Morgan, Jason Lobo, menyebut, "resolusi yang diumumkan oleh FINMA adalah berkaitan perkara yang berlaku lama dahulu dan sejak itu kami telah MENINGKATKAN LATIHAN, MENAMBAH KAKITANGAN dan MEMBUAT PENAMBAH BAIKAN DALAM KAWALAN DAN PENGAWASAN". Ini adalah pengakuan mengenai kelemahan JP Morgan.

6. Adakah 1MDB melakukan sebarang kesalahan dalam transaksi berkaitan JP Morgan ini? TIDAK. Pertama, dana yang dipindahkan oleh 1MDB adalah daripada sumber yang sah dari segi undang-undang. Kedua, pemindahan wang yang dibuat oleh 1MDB juga sah dari segi undang-undang, iaitu selepas mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia sebanyak TIGA KALI, pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

7. Apakah yang berlaku dengan wang yang dipindahkan ini?

Konspirator plot "menjenayahkan Najib" mendakwa wang yang dipindahkan ini, iaitu sebanyak AS$1 bilion di'curi' oleh Jho Low melalui akaun Good Star dan wang ini kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

8. Benarkah wang ini dicuri? TIDAK. Pertama, akaun Good Star dan pemilik PetroSaudi mempunyai kaitan. Menurut Chris Wright, dalam editorial Euromoney, JP Morgan (Suisse) memegang akaun berkaitan syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi JV, iaitu akaun yang sah dari segi undang-undang, dan JPMorgan Chase adalah bank hubungan untuk pemindahan dalam talian bagi Deutsche Bank dan AmBank yang berakhir ke akaun Good Star. JPMorgan juga adalah bank hubungan untuk pemindahan wang dari akaun Good Star ke akaun Putera Raja Arab Saudi yang menubuhkan PetroSaudi. Dalam kenyataan. Kedua, syarikat PetroSaudi International (PSI) sendiri pada 1 Mac 2015, menafikan laporan bahawa dana dari 1MDB diambil oleh pihak ketiga dan memaklumkan bahawa subsidiarinya telah menerima semua tunai untuk syarikat usaha sama dengan 1MDB. PetroSaudi juga menyebut bahawa ia telah membayar kembali jumlah yang penuh pelaburan pokok (AS$1.83 bilion) kepada 1MDB bersama keuntungannya (AS$488 juta). Ketiga, jika benar wang AS$1 bilion atau AS$700 juta ini dicuri dari pelaburan pokok keseluruhan bernilai AS$1.83 bilion, sudah pasti jumlahnya akan berkurangan. Sebaliknya jumlah ini bertambah menjadi AS$2.318 bilion membuktikan TIADA WANG 1MDB DICURI dalam transaksi berkaitan JPMorgan ini.

9. Seperti yang dinyatakan, laporan prosiding FINMA ini tiada kaitan dengan sebarang 'penyelewengan dana 1MDB' atau 'jenayah 1MDB', tetapi adalah laporan mengenai kelemahan sistem kawal selia JP Morgan. Ini diakui oleh JP Morgan sehingga ia terpaksa 'memperbanyakkan latihan, menambah kakitangan dan menambah baik sistem pemantau dan kawal selia'.

10. Ia adalah kesalahan yang hampir sama dengan kesalahan yang dilakukan oleh Bank Development Bank of Singapore (DBS), Standard Chartered dan Union Bank of Switzerland (UBS), yang dilaporkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS) sebagai “kegagalan kawalan dan kelemahan dalam proses menerima pelanggan serta pemantauan transaksi, selain kelewatan dalam mengenal pasti dan melaporkan transaksi-transaksi yang mencurigakan.” The Guardian melaporkan DBS dikaitkan dengan 10 kesalahan dan UBS sebanyak 13 kesalahan. Kesalahan yang dilakukan oleh Falcon Bank dan BSI Bank lebih teruk lagi sehingga keduanya diarah menutup operasi di Singapura. Falcon Bank diarah untuk menamatkan operasi di atas sebab “persistent and severe lack of understanding” of Singapore’s money laundering controls." BSI Bank pula telah dikaitkan dengan 41 kesalahan dan dilaporkan oleh MAS sebagai “melakukan pelanggaran keperluan-keperluan Anti Penggubahan Wang, penyeliaan pengurusan yang sangat lemah serta salah laku yang teruk oleh kaki tangan bank tersebut”

11. Jelas sekali prosiding-prosiding ini adalah berkaitan kelemahan setiap institusi kewangan tersebut untuk mengawal selia transaksi dan kegagalan mereka mematuhi peraturan anti penggubahan wang negara berkaitan. Mengaitkannya dengan 1MDB atau 'dakwaan penyelewengan dana 1MDB' adalah berniat jahat.

Oleh:

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

#SavePalestine - Solidariti Selamatkan BaitulMuqaddis!



Selepas menyuarakan bantahan terhadap pengiktirafan Amerika Syarikat ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di Istanbul Turki, Malaysia tidak akan berdiam diri. 

Sebagai kesinambungannya, satu perhimpunan akan diadakan secara besar-besaran di Masjid Putra Jumaat depan sebagai tanda solidariti Malaysia menyokong Palestin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perhimpunan ini akan turut dihadiri Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yang akan menyuarakan pendirian Malaysia.

Turut dijangka hadir memberikan ucapan ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perhimpunan yang dijangka dihadiri pelbagai NGO Islam dan bukan Islam akan bermula pukul 2.30 sehingga 4 petang.

Rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama dan politik dialu-alukan hadir memberi sokongan.

K7L : Jom turun..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk