24/11/2017

Keutamaan Mahathir Bukan PPBM Tetapi Mukhriz!



tv14 – Ahli ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia mungkin tidak dapat berfikir berkenaan parti mereka sendiri kerana disibukkan dengan hal Najib dan UMNO serta 1MDB.

Selagi ada isu seperti 1MDB atau RM2.6 billion, maka Mahathir akan terselamat. Jika Mahathir berkompang sekeliling kampung hendak selamatkan Malaysia, dia sebenarnya menyuruh rakyat selamatkan dirinya sendiri.

Cara untuk selamatkan dirinya adalah dengan menyuruh rakyat menyokong pendiriannya berlawan dengan Najib Razak. Ahli PPBM boleh dikira “naif” dan jahil berkenaan hasrat peribadi Mahathir, ini atas sebab mereka terlalu taksub lalu tidak dapat berfikir.

Kelmarin, Mahathir menyatakan PPBM belum boleh mengadakan AGM kerana susun partinya belum teratur dan belum dirangka. Malah di level bawah seperti cawangan dan bahagian pun belum distruktur dengan baik.

Itu mungkin alasan Mahathir sahaja. Dan berkemungkinan betul apa yang dinyatakan oleh Mahathir. Tetapi dari awal kami di TV14 sudah membaca rencana Mahathir. PPBM sebenarnya tidak wujud dalam kamus Mahathir.

Ia parti yang diujudkan oleh pentaksub serta individu seperti Tan Sri Muhyiddin. Tun Mahathir tidak berminat dengan PPBM tetapi terpaksa melayannya kerana takut akan terdedah atas niat utamanya iaitu kepentingan diri dan anaknya sahaja.

Prioriti Mahathir bukan selamatkan Malaysia, tidak juga PPBM, keutamaan Mahathir adalah selamatkan anaknya Mukhriz. Kini apabila Tun Mahathir memberi alasan bahawa PPBM tidak boleh adakan AGMnya kerana parti belum bersedia, maka tangapan kami mula terlihat akan kebenarannya.

Malah dikatakan PPBM bermasalah dalam hal pendaftaran dan hal jenama Armada. Apakah selama ini Tun Mahathir tidak tahu akan hal ini? Ramalam kami serta tulisan awal kami Mahathir tidak akan menangis pun jika PPBM terpaksa diharamkan dan dibubar.

Jika dia menitis air mata buaya seperti ketika umum mahu meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO di atas pentas, anggap sahajalah ia hanya lakonan untuk mengabui ahli PPBM.

Sekian lama menjadi Presiden UMNO pun Mahathir sudah melakarkan Wawasan 2020 di hari menyambut tahun 2020 di mana anaknya Mukhriz sudah menjadi Perdana Menteri dan Mahathir menjadi tetamu khas dan umum “Perjuangan saya sudah selesai hari ini’.

Kini perencanaan Mahathir hampir menjadi, sesuatu akan dilakukan untuk menghalalkan anaknya bertanding di kerusi selamat DAP, di mana itulah rencana asal dan Plan A Mahathir.

Sesuatu juga akan dilakukan terhadap PPBM supaya tidak terlihat bahawa Mukhirz melarikan diri dari PPBM untuk menjadi calon kerusi DAP. Ketika dalam UMNO pun Mahathir sudah merencanakan kenaikan zuriatnya, apakah kini dia sudah “abandon” niatnya?

Keutamaan kepada Mahathir adalah Mukhriz mesti diahliParlimenkan. Apabila sudah menjadi ahli parlimen, maka dengan kekuatan wang, dana serta back up dari kroni billionairenya, maka negotiasi untuk melantik Mukhirz jadi Perdana Menteri akan dilakukan.

Umum harus tahu pada PRU13 seorang billionaire kroni Tun Mahathir telah juga membiyai parti DAP atas izin Mahathir. Itu cara Mahathir memegang kuasa dan pengaruh.

Berbalik kepada topik di atas, Tv14 mahu lihat sejauh mana ahli PPBM akan di “main”kan. Kerja Tan Sri Muhyiddin kini diambil alih oleh Tun Mahathir. Sepatutnya hal ROS hal AGM dijawap oleh TSMY dan bukannya Mahathir.

Tapi, seperti TV14 tulis dari awal, Tun Mahathir takut TSMY bercakap luar dari skrip yang boleh membatalkan rencananya. Maka Tun M merampas tugas Muhyiddin berkenaan parti untuk umumkan berkenaan struktur serta AGM yang gagal serta digagalkan untuk diadakan.

Keutamaan Tun Mahathir hanya 3 perkara, ia bukan PPBM tetapi Mukhriz, Mukhriz dan Mukhriz. Bukan hendak selamatkan Malaysia, tetapi Mukhriz untuk Perdana Menteri “remote control”nya.


K7L : Boboi...

Bencinya Senator DAP Kepada PAS Begitu Tinggi? - Part 1



Senator DAP, Dr Ariffin Omar berazam mahu melenyapkan PAS sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke -14 demi untuk menyelamatkan Malaysia.

“Jika kamu mahu Malaysia selamat, sila pastikan bahawa PAS dilenyapkan terus (dihapuskan sepenuhnya) dalam PRU akan datang,”kata Ariffin dalam satu kenyataan.

Ariffin merupakan bekas Naib Pengerusi DAP yang dilantik, namun begitu beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu Ahad lalu.

Jika sebelum ini, walaupun tewas dalam pemilihan CEC, namun beliau dilantik Naib Pengerusi DAP (kouta Melayu), namun kini tempatnya telah diganti dengan tokoh lain, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.


K7L : Benci sangat ni? 

Mahathir Tidak Menolak Dakwaan Anwar Peliwat?



Beberapa orang anak muda mendapati tidak semestinya mereka perlu menutupi pertanyaan mereka kepada pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad malam ini agar soalan mereka terlihat lebih manis atau berbunyi lebih sopan.

Antara soalan yang ditanyakan kepada beliau dalam sesi dialog town hall bersama anak muda di Petaling Jaya ialah jika beliau masih berpegang dengan dakwaan beliau bahawa ketua umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah 'melancapkan lelaki lain'.

Bagaimanapun beliau tidak menjawab soalan itu secara langsung. Mahathir memberitahu hadirin pihak polis telah menyerahkan laporan tentang salah laku Anwar kepada beliau tiga tahun sebelum bekas perdana menteri itu ditahan. Malahan pada ketika itu, kata Mahathir beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut. - MalaysiaKini


Ini adalah kenyatan paling baru Mahathir kata pasal kes liwat Anwar. Mari kita kenang semula kata-kata yang dilemparkan oleh Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. 



"Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.

"Tetapi kemudian saya mendapat surat dari adik perempuan (Datuk Seri) Azmin Ali (timbalan presiden PKR) yang saya tidak endahkan tetapi polis memberikan laporan teliti," kata Mahathir.

Malahan pada ketika itu, kata Mahathir beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut.

"Saya mahu mewawancara orang-orang tersebut dan mereka bersetuju bahawa perkara itu berlaku.

"Selepas itu saya bertanya apa yang kita semua perlu buat. Parti memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak berada di dalam parti atau selaku timbalan perdana menteri.

Seteru dua dekad, Mahathir dan Anwar berdamai

"Tetapi melangkaui tindakan polis ketika itu, saya tidak terlibat dalam tindakan polis tetapi mestilah kamu tidak percaya," kata Mahathir.

Mahathir pada September 1998 berkata pihak berkaitan dalam hal itu telah datang memberitahu beliau apa yang terjadi di antara Anwar dan mereka.

Mahathir kemudiannya menjelaskan beberapa perlakuan seks di luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar.

Memberitahu sidang akhbar semasa itu, Mahathir ketika itu berkata seorang lelaki memaklumkan kepada beliau bahawa Anwar bukan sahaja meliwat tetapi 'melancapi' dia.

"Saya tidak dapat terima seorang lelaki peliwat akan menjadi pemimpin negara ini," kata Mahathir menjelaskan kisah lama itu.



K7L : Cakap pusing-pusing?..

23/11/2017

Azmin Ali Datang Klang Terus Tolak Rezeki Peniaga?


Kenapa Majlis Perbandaran Klang minta peniaga berhenti berniaga dek kerana nak sambut kedatangan Menteri Besar Selangor? Bukankah lebih untung jika mereka berniaga dan ramai macai-macai MB datang ke kawasan yang belum tentu mereka pernah jejak itu?

Kenapa mesti kacau periuk nasi para peniaga tersebut? Kalau ada pampasan tak apa juga ini main keluar arahan untuk mereka tutup kedai. MB Selangor pun tidak peka dengan perkara ini?

Apapun orang yang menjadi punca dalam hal ini adalah Azmin Ali? Kalau dia tak datang sudah tentu para peniaga boleh menjalankan perniagaan mereka seperti hari-hari biasa.
Nampaknya Azmin Ali ini bukan bawa rezeki tetapi tolak rezeki orang pula?

K7L : Suka puak-puak PKR anti Azmin baca artikel ini..

Mahathir Mengamuk Selepa Dihina Naib Presiden PAS?


 

Permusuhan di antara PAS-Mahathir memang makin meruncing. Kini Naib Presiden PAS YB Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan penuh sentap.

Ternyata PAS sememangnya meletakkan Mahathir sebagai musuh nombor satu mereka selepas PPBM terus menerus menyerang PAS. Kini PAS dilihat semakin berani untuk menyerang Mahathir dan PPBM.

Nampaknya mengamuklah macai-macai PPBM dan YB Datuk Nik Mohd Amar akan menerima kejian daripada konco-konco Mahathir. Kena tegur pasal 12 orang datang Mesyuarat Agung sehingga AGM itu tidak boleh bersidang.

Sudah tentu isu itu sangat sensitif. Kegagalan mereka bukan sahaja memberi kesan kepada parti mereka sahaja malahan ia melibatkan pendaftaran Pakatan Harapan yang gagal dek kerana PPBM dan DAP yang gagal mematuhi undang-undang RoS.

K7L : papun kena sebijik mesti meroyan punya.

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk