24/09/2017

Ini Rakyat Dapat Jika RM32.5 Billion Wang Forex Tidak Hilang?


 

Isu RCI Forex ini bukan lagi isu yang kecil. Semakin hari semakin banyak yang telah terbongkar. Dosa-dosa lama yang diselindungkan tanpa pengetahuan orang lain kini sedang dibuka.

Sebab itu telah tertulis, jika kita tutup aib orang maka Allah akan tutup aib kita. Dan kalau kita fitnah orang kifarah dunia pun kita rasa. Sekarang, tahukah anda apa yang rakyat dapat rasai sekiranya wang yang hilang itu digunakan untuk rakyat bukan 'perjudian' forex?


1. 500 buah Hospital Kerajaan 

2. 2,225,000 buah rumah kos rendah

3. 32KM Jalanraya boleh dibina dengan kos RM1 Juta per KM

4. 112,500 orang peneroka Felda menerima bonus RM862,000

5. 166,000 orang ibu tunggal boleh menerima bantuan bulanan sebanyak RM7500 untuk tempoh 7 tahun.

Dan banyak lagi sebenarnya yang boleh digunakan. Namun malangnya ia telah lesap dan ditutup kes oleh 'penjudi forex' yang gagal tetapi menuduh orang lain untuk menutup kegagalannya.

K7L : Sekarang kita tanya diri kita, apakah si gila kuasa yang jadi pujaan?

Selepas MAS Dihancurkan Mahathir - Kini Ia Sedang Dibaikpulih


MAS telah melewati sejarah hitam mereka sehingga ramai yang telah kehilangan kerja. Tetapi apakan daya kerana kegagalan seorang manusia yang dulunya hebat memerintah negara dengan helah tersendiri namun tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk perniagaan.

Helah tidak membantu menjana keuntungan sebab itu wujud kegagalan dalam pelaburan wang Forex yang akhirnya rugi mencecah RM32 Billion ringgit. Konon tuduh pasal wang masuk akaun apa semua, zaman dia telus sangat sampai 'hilangkan' duit sebanyak itu?

Itu bukan cerita sebenar yang Keris nak tulis. Kini MAS dalam pemulihan dan ada sebab mengapa pembelian pesawat Boeing yang berlaku ketika lawatan Perdana Menteri Malaysia dalam pertemuan dengan Presiden Amerika.

 

2015 MAS telah menjual enam pesawat A380 dan empat pesawat Boeing 777-200ER. Ini semua adalah kerana ingin mendapat dana pemulihan selepas ianya dirosakkan dengan begitu teruk sekali.

2017 MAS membeli 16 Pesawat Boeing baru yang mana lebih menguntungkan kerana kos operasi dan penyelengaraan adalah 20%-30% lebih efisyen daripada pesawat sedia ada. Pertambahan pesawat juga akan menambah destinasi dan sekaligus dapat menjana keuntungan yang berganda.

K7L : Payah kalau cakap banyak sampai sampahkan orang tapi tak sedar sendiri mulut longkang...

23/09/2017

Beer Fest Bukan Peluru Tembak DAP Tapi Kesedaran Rakyat Malaysia!




Menteri Wilayah Persekutuan telah menyatakan pendirian untuk bersetuju dengan keputusan DBKL yang telah membatalkan pesta arak bertarikh 6 Oktober 2017 - 7 Oktober 2017.

Malahan jika pihak penganjur terus berdegil, tindakan tegas akan diambil kerana tidak mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh DBKL. Walaupun begitu, ada juga Ahli Parlimen DAP dan PKR yang mengamuk kerana tidak berpuas hati pesta tersebut dibatalkan.

Dan hari ini ada seekor manusia bangsat yang duduk Johor berkata kes Pesta Arak ini seolah-olah hanya dijadikan modal. Sebenarnya, ini bukan isu DAP atau Arak, ini siu sensitiviti orang Islam yang merupakan majoriti serta keharmonian Malaysia.

 

Ironinya apabila Pesta Arak ini dibatalkan, DBKL telah dituduh sebagai Jaguh Agama. Malahan mereka berkata Pesta Arak untuk orang bukan Islam sahaja. Tetapi mengapa pula DAP secara terang-terangan dan berkeras menentang pelaksanaan Hudud di Malaysia yang jelas hanya digariskan untuk orang Islam sahaja?

Inilah kesedaran yang perlu kita fahami. DAP adalah parti yang menentang Islam. 

K7L : Sedarlah mana Melayu yang sokong DAP..

Melabur Wang KWSP Bermakna Jual KWSP Kepada Amerika?


Memahami sesuatu perkara dan menyiasat adalah satu sifat yang baik. Dalam arab disebut sebagai Tabayyun, mencari kebenaran dalam sesuatu perkara. Selepas tersebar video penuh transkrip pertemuan Najib-Trump, ramai yang termakan hasutan tentang wang KWSP yang kononnya digunakan untuk pembangunan Amerika.


YAB PM telah mengumumkan bahawa Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur di Amerika. Ramai yang menghasut dengan soalan mengapa kerajaan perlu beli pesawat Boeing yang baru serta KWSP melabur dalam pasaran ekuiti dan bon AS.

Unutk pengetahuan umum, setelah MAS dihancurkan oleh Tun Mahathir, YAB PM kini cuba memperbaiki semula MAS melalui plan transformasi MAS dibawah CEO Peter Bellew. Maka dalam melaksanakan transformasi yang sudah mula menampakkan hasil, langkah seterusnya adalah dengan membeli pesawat baru, menambah destinasi sertameningkatkan jumlah penumpang. Ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


Sekali lagi, untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini, KWSP telah melabur hampir 8 Billion US Dollar di Amerika. Penambahan sebanyak lebih kurang 4 Billion US Dollar ini merupakan pelaburan susulan prestasi baik pulangan KWSP di Amerika. Perlu diingatkan bahawa KWSP dibawah pentadbiran YAB PM telah berjaya memberikan pulangan dividen yang tinggi kepada pencarum.

K7L : Kita bukan cari salah tapi kita buat kerja... itu Najib Razak..

Syed Saddiq Yang Halau Hamidah Osman Dari PPBM?


 

Hebat juga anak ayam Tun Mahathir dalam PPBM. Bukan main lagi hentam 'senior' dan seolah-olah mendapat belssing untuk melakukan perkara tersebut. Sekarang Tok Midah baru nak sedar tentang kedangkalan Tun?


Sekarang ini cuba lihat bagaimana anak ayam PPBM yang berkokok pun tak reti tapi sembang macam ayam jantan. Ini bermakna sifat hormat menghormati dalam PPBM tak pernah wujud.

Seingat Keris, inilah perangai Tun Mahathir sendiri yang pernah menulis surat secara terbuka kepada Tunku Abdul Rahman, yang mana isi kandungannya mengkritik dan memburuk-burukkan Tunku.

Atas sebab kebiadapan itulah Tun Dr Ismail ketika itu sangat berang dengan tindakan tak hormat 'senior' dan pemimpin negara. Dek kerana perangai itulah lahir ramai 'Pemimpin Biadap' hasil ajaran Tun sendiri.

K7L : Parti Paling Biadap Mahathir..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk