02/06/2016

10 Soalan Dan Jawapan Tentang Pindaan Akta 355 - Mohon Baca Dan FAHAMKAN!


Terlalu banyak persoalan timbul dan pelbagai jawapan yang muncul sendiri terbit. Namun tiada yang bercakap atas dasar yang benar. Maka Datuk Dr Asyraf Wajdi telah menjawab 10 soalan berkaitan pindaan Akta 355 yang mana ramai telah dikelirukan oleh pelbagai pihak.












 

K7L : Ini isu Islam.. tak perlu melompat..

Samseng DAP Sekinchan Kempen Untuk PAN Sebelum Penamaan Calon?



Dengar cerita DAP telah mengadakan kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. Yang paling menarik adalah DAP bukan berkempen untuk parti mereka tetapi untuk PAN yang kini dijadikan orang suruhan mereka.

Awal betul DAP ni berkempen sampai tidak ambil kira tarikh yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan untuk mengerakkan jentera berkempen. Ini politik gaya samseng lebih-lebih lagi DAP sendiri tidak bertanding.

Syarat yang SPR telah tetapkan, adalah selepas selesai penamaan calon baru bermulanya aktiviti berkempen, tetapi DAP nak tunjuk samseng dengan mengadakan ceramah untuk rakyat mengundi Parti sekutunya PAN. 

PAN mewakili Pakatan Harapan untuk menjadi calon menentang PAS dan Barisan Nasional (BN). Adun Sekincan, Ng Suee Lim merupakan ketua samseng yang melakukan kesalahan tersebut.

Ini semua bukan apa. Takut PAN kalah sebab itu dia berkempen dengan cara mengajar orang ramai di Sekincan untuk memangkah PAN. Tahu kenapa mereka risau? Kerana orang cina sudah tidak bersama DAP lagi.

K7L : Calon PAN dah cukup kuat ke?..

Pemuda PAS Sudah Serik Dengan Pakatan - Masa Untuk Jalan Sendiri?


Masih ingat lagi bagaimana parti Islam Pas dipergunakan oleh parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang lalu? Ketika itu kita melihat Melayu disuruh melanggar Melayu.

Jentera Pas bukan sahaja dipergunakan, malah diperbodohkan dengan tidak memberi peluang untuk bertanding di banyak kerusi malahan pandangan PAS hanya dianggap sampah sahaja.

Apakah Pas masih lagi sanggup korbankan kerusi milik mereka untuk dipertandingkan oleh DAP dan PKR. Bersediakah PAS untuk terus berhadapan dengan Parti PAN yang kini menjadi 'haiwan belaan' DAP?

PAN ditubuhkan setelah kumpulan progresif itu disingkirkan kerana menentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Serik atau tidak itu tidak menjadi masalah asalkan PAS tidak menjadi lalang.

Apapun Keris yakin UMNO tetap relevan untuk dipilih berbanding semua parti yang ada. Barisan Nasional perlu kekal jika tidak caca marba jadinya nanti. Lihat apa terjadi di Pulau Pinang dan Selangor. Takkan mahu terima nasib yang sama lagi?

K7L : Undilah Barisan Nasional..

PAN Yakin Undi Islam Tak Akan Pergi Pada PAS? - Tak Gentar 3 Penjuru!


 

PAN membuat kenyataan paling bongkak apabila berkata tidak gentar dengan pertembungan tiga penjuru kerana mereka telah menjangkakan situasi berkenaan akan berlaku pada pilihan raya (PRK) Parlimen Sungai Besar menjelang 18 Jun nanti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, tiga penjuru adalah satu situasi pasti harus dihadapi di Sungai Besar berikutan tiada kerjasama daripada Pas.

“Sebab itu, kita letakkan calon supaya beri satu alternatif yang lebih baik dan meyakinkan kepada pengundi kerana kami melihat undi Melayu belum tentu kekal pada BN.

“Kita juga yakin undi Melayu takkan pergi kepada Pas kerana mereka juga seperti BN, sebaliknya undi berkenaan pergi kepada Amanah atau Pakatan Harapan
,” - Khalid Samad

Hairan juga seorang melayu Islam yang baru-baru ini 'voice-out' untuk tidak menyokong RUU Pindaan Akta Mahkamah Syariah boleh cakap yang undi orang Islam tidak akan pergi pada BN/UMNO atau PAS.

Apapun parti yang telah mengumpulkan sekumpulan badut-badut politik ini bakal menceriakan hari-hari mendatang anda dengan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal dan lucu.


K7L : Boleh sesiapa azankan telinga Khalid Samad?..

Pemuda PAS Gesa Ambil Semula Kerusi Yang Dipinjamkan Kepada DAP-PKR




“Besarlah hasrat dan hajat Pemuda PAS agar pucuk pimpinan parti mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan DUN yang bakal ditandingi PAS dalam PRU-14 akan datang," - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nampaknya kepimpinan Pemuda PAS memilih untuk terus bermusuh dengan PKR-DAP-PAN dan sesekali tidak sehaluan dan bersetuju dengan apa-apa perancangan yang melibatkan Pakatan Harapan.


Mereka tidak akan melupakan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan parti pembangkang yang lain terhadap PAS termasuk cacian dan makian yang berbakul-bakul PAS terima.

Itu belum cerita pasal fitnah dan usaha menyaman Presiden PAS yang akhirnya membawa perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Kali ini PAS lebih berwaspada dan tidak akan mudah tertipu dengan janji manis dan tawaran kerjasama yang dihulurkan.

“Justeru sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas, kami Pemuda PAS memberi ikrar dan janji akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS,
” kata Nik Abduh.

Nampaknya Pemuda PAS punyai pendirian lebih baik kalah kepada BN berbanding melihat Pakatan Harapan menang. Nampaknya yang paling risau sekali adalah puak PKR. Siapa yang nak sokong PKR kalau PAS masuk gelanggang?

K7L : BN pilihan terbaik..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk