21/01/2016

DAP Parti Tidak Sah? - RoHS Masih Belum Luluskan?



DAP sebenarnya tidak mempunyai pimpinan yang sah disemua peringkat termasuk pimpinan tertinggi parti itu selagi Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak mengesahkan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti tersebut.
Bak kata Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor Khamis menggesa semua pihak supaya tidak mengiktiraf jawatan disandang pemimpin DAP sehingga mendapat pengesahan ROS.

Beliau mendakwa sehingga kini DAP sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang sah di semua peringkat malah arahan dan keputusan yang dibuat oleh mereka juga dianggap tidak sah.

“Mereka ini dalam CEC hari ini tidak ada jawatan, jawatan yang diadakan adalah jawatan yang tidak sah. Hanya satu kumpulan yang melantik sesama sendiri. Jadi, saya harap semua yang berkenaan atau media jangan dok kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Karpal Singh.

“…ini kerana jawatan itu tidak sah. Anda nak sebut mereka sebagai bekas…betul, tetapi sebagai pengerusi, sebagai setiausaha agung…tidak, mereka bukan lagi…patut betulkan perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang.

Dalam surat bertarikh 12 Disember kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ROS menasihati DAP supaya tidak membuat keputusan bagi pihak parti itu sehingga siasatan berhubung pemilihan semula itu selesai dijalankan.

Dalam surat itu, ROS turut meminta empat set dokumen berkaitan dengan notis pemilihan semula dihantar kepada 2,575 ahli, senarai perwakilan dengan nama, alamat dan bahagian, senarai 985 bahagian dengan status “Sijil A” dan senarai 1,740 perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan semula itu.

Nampaknya sah atau tidak semua surat watikah atau apa-apa berkaitan DAP Kebangsaan yang ditandatangani oleh Lim Guan Eng? Kalau tak sah bolehkah mereka bertanding di Sarawak?

K7L : Parti tak sah!...

Ini 'Kerjasama' Ala DAP - Tak Akan Serah Kerusi Pada PAN!



Kah! Kah! Kah! Parti rasis dan cauvinis DAP di Selangor menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menyerahkan separuh daripada kerusi majoriti Cina yang diwakilinya sekarang kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Setiausaha Publisiti DAP negeri, Ng Suee Lim berkata DAP tidak berhasrat memberikan kerusi di kawasan majoriti pengundi Cina yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu seperti dicadangkan PKR.

Apa yang disuarakan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang merupakan pandangan semata-mata dan perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat kepimpinan DAP Selangor.

Persoalannya DAP boleh bagi ke tidak? Jiakalu mereka betul-betul amalkan demokrasi mereka harus penuhi permintaan itu dan berikan kerusi kepada PAN. Jangan risau. DAP akan bagi kerusi yang mereka kalah teruk.


K7L : PAN hanya boneka sahaja..

Fakta GST Siri 2 - Harga Kereta Juga Turun?



Beberapa pengeluar kereta telah mengumumkan yang harga kereta turun bermula 1/4/15. Terpampang dalam beberapa akhbar pada 1/4/15. Sebabnya ialah SST untuk kereta ialah 10%, sudah diganti dgn cukai yg lebih rendah, GST 6%. 

Maka harga kereta pun turun beberapa peratusan. Benarlah apa yang saya sebut GST boleh turunkan harga barang. Ini juga adalah contoh peniaga yang beretika pada 1/4/15. Tapi adakah ratusan barang yang lain selain kereta yang SSTnya 10% itu turun harga?

Penguatkuasaan juga tentunya wajar ditingkatkan dalam isu harga barang yang meningkat. Rakyat juga boleh terus membuat laporan khasnya kepada KPDNKK & Kastam. 

Mereka yang bersalah wajar segera dihukum dan masukkan dalam pelbagai media untuk dijadikan pengajaran kepada peniaga yang lain. Pengguna juga boleh melaksanakan 3M, melapor, memilih atau memboikot.

Sekarang ini pengguna sendiri yang kena hukum peniaga-peniaga tidak beretika. Itulah caranya harga barang untuk turun sepenuhnya. Kita jadi mata dan telinga untuk pihak penguasa.

K7L : Jangan ragu-ragu untuk buat laporan..

Demokrasi Ala DAP - Undi Lebih Tapi Tetap Tak Dapat Kuasa Parti



Sememangnya demokrasi yang menjadi amalan politik di Malaysia. Kita telah diajar dengan amalan majoriti dipilih untuk menjadi yang paling besar mengikut undian. Sekiranya ia adalah dalam benuk lantikan maka ia juga atas persetujuan orang yang paling besar.

Tetapi berbeza bagi parti DAP. Mereka yang mengamalkan politik demokrasi ala cauvinis dan sistem komunis meletakkan Pengerusi hanya patung dan Setiausaha Agung yang paling berkuasa.


  1. LIEW CHIN TONG – 1438
  2. LIM KIT SIANG – 1436
  3. KARPAL SINGH – 1421
  4. GOBIND SINGH DEO – 1409
  5. LIM GUAN ENG – 1304
  6. CHONG CHIENG JEN – 1294
  7. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) – 1263
  8. CHOW KON YEOW – 1203
  9. FONG KUI LUN – 1193
  10. TENG CHANG KHIM – 1164
  11. PUA KIAM WEE (TONY) – 1158
  12. ZAIRIL KHIR JOHARI – 1132
  13. KOK SUH SIM (TERESA) – 1127
  14. CHONG ENG – 1111
  15. M. KULA – 1088
  16. TAN KOK WAI – 1088
  17. TEO NIE CHING 1081
  18. BOO CHENG HAU 961
  19. NGA KOR MING 956
  20. NGEH KOO HAM 809

Dan apa yang lebih pelik, sepatutnya Gobind dan Liew Chin Tong yang mendapat undi lebih tinggi daripada Lim Guan Eng tidak diberi mandat sebagai Setiausaha Agung DAP. Malahan mereka hanya dapat lantikan kecil sahaja.

Apakah jawatan Setiausaha Agung DAP hanya boleh dijawat oleh Keluarga LIM sahaja? Inilah demokrasi yang DAP uar-uarkan? Kata tidak rasis dan parti untuk semua namun malangnya mereka sendiri rasis dan tidak demokratik.

K7L : Mana Melayu? Zairil tu cina bukan melayu.. DAP sendiri tak bawa sifat orang cina... mereka tindas semua..

Fakta GST Siri 1 - Harga Barang Turun Sebab GST?



Tidak dinafikan keyakinan Datuk Ahmad Maslan ketika mengatakan Harga Barang Akan Turun Kerana GST ada benarnya. Kena tengok perkara ini secara kolektif dan lebih teliti. Bukan menyalahkan individu.

Sehingga 31 Mac 2015, SST, Sales & Services Tax, Cukai Jualan & Perkhidmatan, telah pun dilaksanakan sejak 1972 lagi. Kadar SST dahulu ialah 5% atau 6% atau 10% atau kadar tertentu bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan.

Contoh barangan SST 10% ialah produk bukan makanan seperti semua jenis pakaian lelaki, perempuan, bayi; semua perabot rumah dan pejabat, peralatan elektrik, pinggan mangkuk, alat membersih diri, periuk belanga, carpet, kayu, kereta, cat, zink, handphone; dan ratusan (ya ratusan) barang keperluan harian yang lain.

Kastam mengenakan SST 10% kepada kilang & barangan import. Kemudian pengilang/pengeluar jual kepada pemborong, pemborong pula jual kepada pekedai yang jual akhirnya kepada pengguna, kita semua. 10% SST itu dianggap sebagai kos yang kemudian dipindah 3 tingkat (kilang ke pemborong ke pekedai ke pengguna). 10% itu menjadi 15-18% bila sampai kpd pengguna akhir. Situasi ini dipanggil sebagai cukai atas cukai.

Pada 1/4/15, GST, Goods & Services Tax, Cukai Barang & Perkhidmatan menggantikan SST 10% yang telah dimansuhkan pada 31/3/15. Kastam juga telah membuat pengumuman yang peniaga boleh membuat tuntutan terhadap SST 10% yang telah dikutip oleh Kastam tapi masih berbaki dlm stok lama mereka, tuntutan untuk suatu tempoh masa yang tertentu.

Maka barangan yang sebelum itu dikenakan 10% SST tentunya boleh diturunkan harga bila cukai baru GST adalah lebih rendah. Buang SST 10%, masuk GST 6% maka harga barang sepatutnya turun. Bukannya kekalkan 10% dicampur 6% maka harga naik seperti yang sudah berlaku, dibuat oleh sebahagian peniaga yang kurang beretika.

K7L : Kena ambil masa untuk baca dan faham.. tapi kalau baca untuk tidak faham memang tak dapat apa..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk