22/12/2015

PAS Jadi Jemputan Khas Perkasa! - Penyatuan Ummah Yang Digeruni PKR-DAP?



Alamak! Patutlah ramai dalam PKR dan DAP mengamuk sakan lebh-lebih lagi dengan Mustafa Ali. Kisah PKR cuba jatuhkan imej Mustafa Ali pun nampaknya memakan diri mereka sendiri.

SU Agung PAS yang lama dan yang baru iaitu Datuk Takiyuddin Hasan hadir beri sokongan. Ini merupakan satu tamparan hebat mengenai muka puak-puak yang jelas menghina PAS.

Kata DTH :

 

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu. 

Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.Ahli Parlimen Kota Baru itu turut berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada ahli-ahli mereka berhubung kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu."Katanya, susulan perkara itu masih baharu untuk ahli, PAS masih lagi berusaha untuk memberikan pemahaman yang jelas berhubung perkara itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Prinsip perjuangan PAS katanya adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka."Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.

"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan Perkasa, hari ini.Kedua-dua mereka juga diberikan tepukan gemuruh ahli-ahli Perkasa apabila Datuk Ibrahim Ali mengumumkan kehadiran pemimpin PAS itu. – 20 Disember, 2015.

K7L : Steady beb!..

21/12/2015

Polis Boleh Behenti Kerja Kalau Tak Mahu Siasat Dan Jalankan Tugas?


 

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, setiap warga PDRM memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan negeri ini selain semua siasatan kes-kes jenayah diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Mengambil contoh jika pegawai penyiasat (IO) sesuatu kes itu tidak mahu memberi perkhidmatan kepada rakyat (menyiasat kes dengan segera) mereka boleh berhenti kerja.

“Tugas pegawai dan anggota PDRM ini cukup berat dan memerlukan seseorang yang bertanggungjawab. Oleh itu, seseorang yang benar-benar berjiwa kepolisan selain mencintai kerjaya ini akan benar-benar menjalankan tugas dengan dedikasi,” katanya.

Keris setuju dengan cadangan ini. Berapa ramai yang kecewa setelah IO mereka mendiamkan diri dan tidak bertindak. Padahal orang yang dibuat laporan itu kehulu kehilir lagi.

Ini masalah sebenarnya kerana nama polis akan tercemar. Mungkin Pihak PDRM juga boleh beri cadangan supaya adakan satu badan khas dari luar yang menerima aduan berkenaan IO/Penyiasat yang tidak menjalankan tugas.

K7L : Kepercayaan semakin luntur kerana sikap..

Ucapan Penuh PM DI Majlis Bersama Hadi Buatkan Mat Sabu Menangis?



Dengar sendiri. Inilah perpaduan ummah yang kita tunggu. Dengar ucapan beliau :


1MDB Ada Syarikat Penerbangan? #FitnahAkhirZaman



Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan dakwaan pihaknya kini memiliki sebuah syarikat penerbangan yang dinamakan “1MDB Airlines Berhad”.

Wujud maklumat palsu dalam Wikipedia mengatakan 1MDB Airlines Berhad dilancarkan pada 30 November lalu, sebagai sebuah pesaing baru bagi syarikat penerbangan tempatan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia serta negara serantau seperti Singapore Airlines, Thai Airways, Vietnam Airlines dan Garuda Indonesia.


Apapun ini sebenarnya adalah fitnah terbaru yang digarap setelah Arul Kanda nampak konsisten memberi penerangan yang jelas kepada rakyat perihal 1MDB. KIni mereka cuba 'divert' fitnah lama kepada yang baru.

Sekalipun kalau wujud, apa masalahnya? Kan bagus pecahkan monopoli maka harga akan menurun. Takkan itupun orang tak tahu? Tapi apapun ia semua adalah fitnah.

K7L : Dosa-dosa PM sebelum ini siapa yang tanggung?..

Wee Ka Siong Sound DAP - Ini Baru Betul!


 

Ini benda yang paling betul. MCA sepatutnya dari dahulu lagi hentam dan dedahkan siapa sebenarnya DAP. Hari ini ramai orang cina telah termakan hasutan dan dakyah penipuan DAP.

MCA pula dilihat sebagai musuh pula walhal selama ini hanya MCA yang kehadapan membantu rakyat terutamanya biro aduan komuniti MCA. Kini MCA kena fokus untuk menyerang DAP.

Tidak ada masa lagi sibuk pasal parti lain. Buat kerja dan pastikan DAP didedahkan kepada orang Cina, bahawa mereka menindas kelak jika diberikan kuasa. Jangan terkejut sebenarnya ramai orang cina,india dan melayu di Pulau Pinang tertindas.

Apapun MCA perlu berterus terang dengan rakyat Malaysia. Kenapa MCA lebih baik untuk dipilih berbanding PKR-DAP. Soal PAS itu biar UMNO yang selesaikan. Kerjasama itu akan untungkan MCA juga.

K7L : Suruh KP MCA diam..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk