16/10/2015

Rakyat Malaysia Jangan Tertipu Dengan Pakatan Yang Lindungi Dasar DAP!



Di dalam kekalutan dan kerosakan yang berlaku di antara DAP, PAS dan PKR di dalam Pakatan yang sudah hampir hancur, mereka masih cuba mencari diversion untuk menutup malu mereka.

Mereka hanya tahu mengkritik padahal mereka yang teruk dan penuh dengan pembohongan dan fitnah. Jika kita perhatikan kembali, ketiga-tiga ketua yang terdiri daripada Anwar, Lim Kit Siang DAP dan Abdul Hadi Awang PAS telah bersetuju dengan apa yang dipanggil 'Dasar Bersama' parti-parti tersebut.

Kononnya, Pakatan Pembagkang akan meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Di antara yang kononnya diangkat dalam Dasar Bersama adalah 'komitmen' Pakatan Pembangkang untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153 seterusnya

Akan tetapi, 'Dasar Bersama' ini sebenarnya hanya merupakan satu pembohongan yang cuba memperbodohkan rakyat. Realitinya, dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan :



Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik
dan

Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'


Bukankah terdapat beberapa Perkara termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikai oleh dasar parti DAP dan sekaligus membuktikan pembohongan 'Dasar Bersama' Pakatan Pembangkang?

Perkara 89

Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rezab orang melayu sebelum sahaja hari merdeka mengikut undang-un dang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya di peruntukkan oleh badan perundangan negeri itu dengan suatu Enakmen
Perkara 90

Peruntukan khas mengenai tanah adat di negeri Sembilan dan Melaka dan tanah pegangan orang Melayu di Terengganu.

Perkara 153
Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

sumber: JPA Pencen

Persoalan besar sekarang :

1. Bukankah dasar parti DAP itu telah menghina Perlembagaan Malaysia?
2. Apakah DAP telah menghina keluhuran Perlembagaan yang termaktub dalam Rukun Negara yang tercinta ini?

Yang hairannya ialah kenapa isu ini tidak diperbesarkan agar rakyat menilai sendiri dasar chauvinis parti DAP ini?

Realitinya, ia merupakan satu isu yang sangat besar dan wajib dijawab oleh kepimpinan DAP iaitu Lim Kit Siang dan kroni tegar beliau, Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, jawab persoalan ini.


Yang lebih memalukan ialah penyertaan ahli-ahli baru kaum Melayu di dalam parti DAP dan kita percaya mereka itu juga adalah hasil daripada Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Dan sekarang, mereka bersetuju pula hak kaum Melayu dan bumiputera dilupuskan.


K7L : Jangan tertipu dan terima nasib macam melayu Singapura..

Kenapa Penjawat Awam Ramai Tidak Tahu Dan Faham Perlembagaan Malaysia?





Kelemahan agensi adalah untuk.memberi kesedaran kepada penjawat awam bumiputera untuk memahami kepentingan perlembagaan Malaysia. Itu isu utama yang Keris nak sampaikan.

Hari ini kalau kita buat temuramah secara mengejut untuk bertanya soalan perihal 6 peruntukan utama Perlembagaan Malaysia, agak-agak mereka jawab?

Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia
1) Bahasa
2) Agama
3) Hak-hak asasi
4) Kedudukan Istimewa Orang Melayu / Bumiputra
5)Kedudukan Raja-raja Melayu
6) Kewarganegaraa
n

Terus terang Keris sendiri dah pernah tanya. Dan mereka tak tahu. Dari 10 orang yang ditanya, semu tak jawab dengan betul malahan jawapan dia sama sahaja iaitu 'Tak Tahu'. 

Apakah kelemahan agensi dalam memberi penerangan sebegini? Keris bertanya kepada satu peserta Orientasi yang diwajibkan untuk hadir. Tanya kenapa boleh tak tahu, balasnya, orang yang beri ceramah tu pun cakap meleret.

Keris harap kaji semula car aberi penerangan dan tak salah untuk beri kursus susulan dan semula buat Penjawat Awam. Keris yakin kalau mereka diberi penerangan yang betul, maka takkan timbul 'pembangkang' di kalangan penjawat awam.

K7L : Pelik tapi benar..

14/10/2015

MP Klang Yang Tak Buat Kerja Marah Azmin Kenapa Pilih PAS?



Bolehkah Pakatan Harapan mempercayai Pas di mana PKR sekarang membuka kembali pintu untuk Pas menyertai gabungan itu?”

Itu persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen DAP-Klang, Charles Santiago berhubung keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk membuka semula pintu Pakatan Harapan kepada Pas.

“Bagaimana boleh mempercayai Pas sebagai rakan kongsi yang sebelum ini dilihat tiada komitmen yang diberikan terhadap Pakatan Rakyat.

“Ini adalah soalan yang Azmin perlu jawab, bolehkah beliau menjamin Pas boleh dipercayai dan apakah asas jaminannya?” soalnya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Semalam, Azmin mengumumkan bahawa Pakatan Harapan akan terus mendekati Pas, Parti Sosialis Malaysia dan parti dari Sabah dan Sarawak yang menentang Barisan Nasional dan Umno.

Santiago berkata tiada ada bukti jika hanya menganggap mereka boleh dipercayai.

“Apabila keadaan sudah terlalu terdesak mereka mungkin berpaling tadah menentang pakatan dan ini akan menyebabkan keseluruhan pakatan itu tidak berguna lagi.

“Untuk mempunyai perkongsian mantap berdasarkan kepercayaan dan komitmen apabila anda berikrar pada sesuatu yang kita terpaksa bergantung hidup, namun Pas telahpun menunjukkan parti itu tidak mampu mengharunginya,” jelasnya. - Rakyat Post

Haha! Sumpah kelakar bila seorang MP yang batang hidung tak pernah nampak di Klang sibuk cerita pasal MB Selangor. Keris bukan nak backup Azmin pun tapi nak beritahu yang Charles ni 10 kali lagi tak guna daripada Azmin.

Nampaknya DAP sudah terlalu terdesak sehinggakan sanggup pakai askar-askar level tak guna untuk beri tekanan kepada Azmin selepas kegagalan Tony Pua, Teresa Kok dan beberapa nama besar DAP Selangor dalam menekan pendirian Azmin untuk membuang PAS dari barisan Exco nya.

Inilah yang kita nak tengok. Sandiwara ini akan berlarutan sampai bila dan apa pengakhirannya?

K7L : Lebih panjang episod cerita ini daripada cerita Pangako Sayo...

Adun DAP Letak Jawatan? - Mungkinkah Akan Ada PRK Skudai?



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dilaporkan telah bertindak meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Johor apabila tewas dalam pemilihan barisan jawatankuasa DAP negeri itu.

Dr Boo berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Setiausaha DAP negeri Johor, Gan Peck Cheng.

Adun Skudai itu turut menjelaskan bahawa keputusan itu diambil selepas beliau gagal mempertahankan jawatannya dalam jawatankuasa DAP negeri di Batu Pahat kelmarin.

Dr Boo sebelum ini telah menganggotai Jawatankuasa DAP negeri sejak tahun 1995 dan mengetuai jawatankuasa itu dari tahun 2005 hingga tahun lepas sebelum ditewaskan oleh Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Sementara itu ketika dihubungi media, Mohamad turut mengesahkan pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan Adun Skudai itu sebagai Ketua Pembangkang yang dihantar kepada jurutulisnya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kedudukan Dr Boo sebagai ADUN Skudai tidak terjejas dengan perletakan jawatan tersebut. -Kedahnews.com

Haha! Jangan Panik. Dasar DAP Cauvinis tak akan lepas jawatan mereka. Kalau boleh nak bawak sampai mati. Tengok Lim Kit Siang sudahlah, selagi belum kiok selagi itu dia nak duduk dalam Parlimen. 

Tak guna punya DAP. Sesama mereka pun mereka bunuh sesama sendiri, inikan pula ada Melayu yang mahu berjuang konon samarata. Nanti esok lusa kau juga mangsa penyembelihan pertama.

K7L : Rakyat nak tahu apa lagi pasal DAP?.. Memang pengkhianat mereka ini!..

Nizar Dan Mujahid Tak Malu Menang Atas Nama PAS Tapi Tak Mahu Turun!



Ipoh - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf bertegas tidak akan tunduk kepada desakan PAS Perak.

Mereka berpendirian untuk tidak mengosongkan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, berikutan mendakwa ia dimenangi atas nama pakatan pembangkang.

Mohammad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering pada PRU-13 itu bukan semata-mata disebabkan atas nama PAS, tetapi kerana pengundi mahu kemenangan parti itu bersama pakatan pembangkang.

“Saya tidak mengkhianati bai’ah yang dibuat bersama PAS, sebaliknya parti itu yang mengkhianati Pakatan Rakyat. Sebaliknya yang patut letak jawatan bukan saya, tetapi wakil rakyat PAS kerana mereka mengkhianati pakatan yang dipersetujui bersama sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.


Kelmarin, mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak sebulat suara mendesak Mohammad Nizar dan Mujahid segera meletak jawatan sebagai ADUN dan Ahli Parlimen kawasan masing-masing berikutan tindakan mereka melanggar bai’ah dibuat sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata, perbuatan kedua-dua wakil rakyat itu menyertai dan memegang jawatan dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) jelas melanggar perjanjian mereka sebelum PRU-13.

Sumber: myMetro

K7L : Orang macam ini mana tahu makna sumpah?...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk