07/07/2015

Senarai Barangan Harga Terkawal Hari Raya Aidilfitri 2015


Sebanyak 21 jenis barangan telah disenaraikan dalam senarai barangan harga terkawal Aidilfitri 2015 yang dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015. Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan. Skim ini akan dilaksanakan bermula dari 7 hingga 23 Julai 2015 iaitu selama 17 hari.
ini.

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan termasuk denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat. 


klik untuk besarkan imej

Sealin daripada itu Keris juga nak ingatkan pembaca untuk ambil tahu tentang barangan-barangan kawalan lain yang mempunyai harga wajib ataupun harga siling yang patut dipatuhi oleh semua peniaga dan telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 :
  1. Gula 
  2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
  3. Garam
  4. Simen dan klinker 
  5. Tepung gandum 
  6. Minyak masak 
  7. Baja 
  8. Racun serangga 
  9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah 
  10. Bar bulat keluli lembut 
  11. Minyak tanah 
  12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara 
  13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja) 
  14. Padi (Sabah sahaja) 
  15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred 
  16. Bahanapi diesel 
  17. Gas petroleum cecair (LPG) 
  18. Semua jenis roti 
  19. Minyak bahanapi 
  20. Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan) 
  21. Kayu Getah 
  22. Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)
SEMAKAN HARGA BARANG HARIAN TERKINI PENGGUNA ONLINE : KLIK 1MPB
Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.

Melalui portal 1MPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!
K7L : Kena bijak jadi pengguna..

Mahfuz Meroyan Selepas Kalah Dua Kali Dalam Muktamar PAS?


 

Dikhabarkan Mahfuz telah mendedahkan bahawa Parti PAS yang selama ini dipuja dirinya didapati sangat bermasalah. Masalah tersebut timbul apabila dua kali Muktamar PAS yang menjalankan pemilihan menunjukkan ahli Parti tidak memilihnya sebagai Naib Presiden.

Walaupun setelah kebodohan 'Hello Sirul' yang dibuat olehnya, dia berasa marah kerana tindakan tidak bijaknya itu tidak menjadi kekuatan untuk memastikan dia berada dalam barisan Kepimpinan PAS.

Jadi selagi PAS tidak pilih dia, maka PAS adalah Parti yang penuh dengan masalah. Dia tuduh PAS retorik, walhal semua orang tahu memang mereka retorik lebih lebih lagi dengan ajaran DAP.

 

Namun Mahfuz lupa yang PAS kini tidak lagi diperkudakan DAP. Mungkin PAS agak mesra UMNO sebab sesama Islam. Akhirnya PAS telah sedar dan bersatu atas nama menegakkan Islam.

Jika PAS terus bersama DAP, berapa ramai orang Islam di dalam Parlimen? Walhal PKR banyak menang sebab undi PAS. Jadi Mahfuz kata PAS bermasalah? Yang problem itu kamu. 

K7L : UMNO-PAS.. Alhamdulillah..

06/07/2015

Tiada Lagi Kerajaan Pakatan Penang - Tapi Pendirian Salleh Man?




Guan Eng dah umum yang kerajaan pimpinannya tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang'. Mereka buang perkataan 'Pakatan Rakyat' dan sekarang hanya nama kerajaan negeri Pulau Pinang.

Walau pun begitu, Guan Eng dengan tanpa malunya berkata 'akan mengekalkan urus tadbir berdasarkan dasar bersama Pakatan dan manifesto bersama dalam pilihan raya sebelum ini yang memberikan mereka penguasaan besar 68 peratus'.

Yang menjadi persoalan besar sekarang ialah dakwaan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa Mohd Salleh Man ADUN PAS juga bersetuju dengan ketetapan exco itu. Tetapi bukankah PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Guan Eng DAP juga dilaporkan berkata beliau tidak faham kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam kerajaan Pulau Pinang.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?"

Persoalannya, apakah Salleh Man PAS seorang yang 'pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip' seperti yang dipersoalkan oleh Guan Eng DAP?



Prinsip parti Salleh Man ialah memutuskan hubungan dengan DAP dan sebagai ADUN parti PAS, beliau patut berpegang kepada prinsip parti beliau.

1. Apakah Salleh Man seorang yang gila jawatan hingga sanggup membelakangkan prinsip parti beliaunya sendiri?
2. Apakah rendah sangat maruah Salleh Man dan sanggup dilabel terhegeh-hegeh bergayut kepada jawatan?

Atau Salleh Man mungkin akan keluar daripada PAS? ADUN Permatang Pasir ini disarankan supaya tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan tentang prinsip beliau.

K7L : Cakap tak serupa bikin..

03/07/2015

WSJ Dan Sarawak Report Buat Fitnah Untuk Divert Fitching Report? @PMOMalaysia



Sumber Wall Street Journal, Malaysian Insider, Malaysiakini dan The Edge hanyalah Sarawak Report. Sarawak Report pula dapat maklumat yang datangnya dari xavier Andre Justo yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand kerana memeras ugut serta didapati telah mengubahsuai bahan yang beliau bekalkan kepada pihak yang selama ini membekalkan maklumat kepada Sarawak Report.

Apa yang Sarawak Report tulis hanyalah sampah yang bertujuan untuk membunuh karier politik DS Najib. Kalau berani datang Malaysia dan buat pendedahan. Sebenarnya Wall Street Journal dan Sarawak Report hanya bermain angin.

Mereka seolah-olah 'diupah' oleh tangan ghaib yang tidak mahu berita Fitching Report Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Yelah! PM dah bagitahu yang Malaysia sebelum ini dengan status kewangan negara bertaraf A- telah naik kepada A.

Erti kata lain 'Risk Assessment' bank untuk memberi pinjaman dan kemasukan pelabur asing ke Malaysia akan bertambah. Kalau kita perasan, semua orang fokus fitnah bodoh itu walhal cerita yang menunjukkan Malaysia ini bagus ditenggelamkan.

Pasal akaun bodoh dan fitnah itu. Keris sarankan kepada pihak Jabatan Perdana Menteri untuk membuktikan samada benar wujud akaun itu atau tidak. Sekiranya memang wuud, maka buktikan tiada transaksi sebegitu.

Tetapi Keris pun nak bagitahu pembaca, sekiranya betul nak songlap duit, tak akan nak pakai akaun sendiri. Jangan percaya sangat fitnah bodoh macam itu. Semua ini hanya ambil kesempatan.

Tengok gambar atas sekali. Itu bukti semua orang boleh palsukan. 

K7L : Jangan percaya apa yang masuk kt FB terus..

Rekod CCRIS? Wajib Baca Bagi Yang Mahu Buat Pinjaman!




Apa itu CCRIS?


CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat). CCRIS ini akan mengumpulkan semua laporan kredit kita secara automatik daripada institusi kewangan.

Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah:

Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.

  • Hutang kad kredit.
  • Menjadi penjamin.


Kenapa kita perlu semak rekod CCRIS?

  1. Ramai yang semak CCRIS adalah untuk buat loan. Pastikan rekod kita baik dalam CCRIS dan ianya membantu kita mudah lulus dapat pinjaman. Kalau rekod kita buruk, iaitu banyak bulan tertunggak kredit setiap bulan, maka semakin susah lah nak buat loan. Ada sesetengah bank akan reject permohonan anda awal-awal lagi.
  2. Sebagai rekod peribadi kita dan ingin mengetahui berapa banyak sebenarnya jumlah kredit anda, berapa baki keseluruhan hutang, dan juga rekod bulanan adakah mungkin kita pernah tertunggak? Harus diingat, jika kita ada loan kereta sebanyak RM453, dan kita hanya bank in RM450 sahaja di cash deposit machine, maka pada bulan berikutnya secara automatik laporan kredit CCRIS akan memaparkan kita ada tertunggak 1 bulan. Jika tiap2 bulan kita byr loan kereta RM450 juga, tiap-tiap bulanlah kita tertunggak 1 bulan. Walaupun hanya tertunggak 1 bulan, ianya sudah merosakkan laporan CCRIS anda!
  3. Dan yang paling penting adalah apabila kita menjadi penjamin kepada peminjam. Walaupun kita hanya penjamin sahaja, laporan kredit bulanan juga dicatatkan dalam kredit CCRIS. Jika orang yang anda jamin itu tidak bayar loan dengan tepat masanya, ianya sudah merosakkan imej CCRIS anda! Memang agak berisiko dan bahaya jadi penjamin ni. Hati-hatilah ya.. Jadilah penjamin kepada orang yang anda benar-benar percaya.
Sambung baca di Nasoha.Com

K7L : Kena tahu.. kalau tidak asyik salahkan kerajaan je..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk