19/03/2015

GST Punca Kedai Cina Di Pulau Pinang DItutup? - Guan Eng Buktikan Peniaga Penipu?



Keris terbaca di blog CTS pasal GST punca satu kedai ditutup. Setahu Keris kalau tutup sebab menipu ataupun dah biasa menipu.

Ini adalah kenyataan Lim Guan Eng di dalam Buletin Mutiara:

Pasar Mini Tatt Ming yang telah beroperasi selama 48 tahun di Air Itam di sini bakal ditutup pada 25 Mac ini ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 oleh Kerajaan Pusat. 

Peka dengan situasi berkaitan, Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng telah mengadakan lawatan khas ke premis berkaitan. Beliau dalam pada itu mendesak Kerajaan Pusat membatal atau sekurang-kurangnya menangguhkan pelaksanaan GST demi kepentingan rakyat.

Kenyataan di atas adalah kenyataan paling bodoh Lim Guan Eng pasal isu GST. Apa sangkut paut Pasar Mini Tatt Ming ini hendak ditutup berkaitan dengan isu GST? Sudah menjadi kebiasaan kedai-kedai kecil di Pulau Pinang ditutup kerana tidak dapat bersaing dengan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan AEON Big. Kalau hendak propa sekalipun agak-agaklah.

Boleh percayakah Pasar Mini Tatt Ming ini mempunyai jualan pusingan tahunan (annual sales turnover) sebanyak RM500,000? Ini disebabkan dengan jualan pusingan tahunan (annual sales turnover) sebanyak RM500,000 barulah peniaga Pasar Mini Tatt Ming ini dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk GST. Kalau hendak berbohong agak-agaklah.

Kalau hendak berbohong agak-agaklah. Rakyat bukan bodoh Lim Guan Eng!!!




K7L : Siapa percaya Guan Eng.. boleh panggil diri dia bodoh sekarang..

MB Selangor Sibuk Hal Kerajaan Kelantan - Atas Arahan DAP?



SHAH ALAM, 17 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata dasar bersama yang dipersetujui DAP serta PAS adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.

"Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan 'our common policies'.

"Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin menjelaskan PKR tetap menghormati hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, esok.

Katanya, sebagai umat Islam, pihaknya tidak menolak hukum Hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pernah menyatakan pendirian berkenaan dalam PR.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak mengingatkan parti di dalam PR supaya mendapatkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan sebelum memutuskan sesuatu perkara.

Menurutnya, pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh kerajaan Kelantan merupakan satu pindaan dan bukan rang undang-undang baharu berikutan enakmen itu telah diluluskan pada tahun 1993, iaitu sebelum PR diwujudkan.

"Rang undang-undang yang dibawa dalam DUN Kelantan adalah pindaan enakmen 1993, ada empat perkara yang ingin dipinda dan kita hormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun pada masa depan, sebarang cadangan baharu mesti dapat persetujuan Pakatan Rakyat," katanya.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri tetap akan membentangkan pindaan enakmen itu esok setelah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri.

Menurut Mohd Amar, pihaknya mendapati tiada masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan DUN walaupun Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta PAS mempertimbangkan semula pindaan itu. - BERNAMA

Apa masalah semua orang yang berada di luar Kelantan mahu sibuk-sibuk hal negeri tersebut? Apa sebenarnya masalah DAP dan PKR terhadap undang-undang Hudud PAS?

1. PKR dan DAP tidak mahu lihat PAS lebih kuat dan apatah lagi dengan bantuan UMNO.

2. Mereka bimbang PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan kerana terasa mereka kuat. Sebab itu perancang utama 'Guling Presiden PAS' datangnya daripada DAP.

3. Hudud sebenarnya hanyalah momokan yang dihantui oleh DAP. Apa sebabnya? Melayu bersatu. Mereka bimbang orang-orang Melayu disatukan melalui undang-undang hudud.

Apapun kita tunggu dan lihat..

K7L : Azmin jadi jurucakap DAP ke?...

18/03/2015

Senarai 9 Melayu Yang Dibenci DAP?


PRU13 sehinggalah sekarang kita dapat lihat DAP menyerang beberapa individu Melayu. Sasaran utamanya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kenapa? Ini sebabnya :


Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary, 63, merupakan ahli perniagaan Melayu terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion), mengikut maklumat yang dikumpul oleh majalah perniagaan, Forbes.

Beliau yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi bermula kariernya sebagai pedagang beras dan kini menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom.

Syarikat-syarikatnya itu juga berjaya memenangi beberapa projek utama kerajaan seperti pengangkutan dan komunikasi.

Selain itu, perniagaannya turut meliputi industri tenaga, perladangan, pelabuhan dan pembekalan pertahanan.

Berdasarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah itu, Syed Mokhtar berada di kedudukan kelapan.


Sementara itu, Tan Sri Azman Hashim yang mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank, merupakan orang Melayu kedua terkaya dengan nilai kekayaan AS$865 juta (RM3.11 bilion).

Tempat ketiga ialah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin yang merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana). Kekayaan terkumpul kedua-dua beradik itu ialah AS$860 juta (RM3.10 bilion).



Seterusnya ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dengan nilai kekayaan sebanyak AS$740 juta (RM2.66 bilion). Beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G.

Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil.



Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir turut berada di dalam senarai keenam terkaya dengan kekayaannya AS$700 juta (RM2.52 bilion). Beliau baru-baru ini meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah SapuraKencana, tetapi masih mengekalkan 9.12 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi syarikat Khasera Baru.

Akibat kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-26 terkaya di Malaysia dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.52 bilion).

Melayu terkaya berikutnya ialah Ahmayuddin Ahmad dengan kekayaan AS$600 juta (RM2.16 bilion). Beliau bersama orang ke-17 terkaya di Malaysia, Tan Sri G. Gnanalingam merupakan pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings.

Kekayaan Ahmayuddin melonjak 36 peratus menurut Forbes hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu.


Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun turut berada di dalam senarai dengan kekayaan sebanyak AS$540 juta (RM1.94 bilion) yang mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Melayu terakhir yang berada di dalam senarai tersebut ialah Datuk Abdul Hamed Sepawi yang terlibat dalam industri pembalakan menerusi syarikatnya, Ta Ann Holdings dengan kekayaan AS$255 juta (RM918 juta). Selain itu, beliau turut terlibat di dalam sektor kelapa sawit, pembinaan dan O&G.

Mengikut senarai penuh 50 individu terkaya itu, Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan kekayaan AS$11.3 bilion (RM40.7 bilion) dengan asetnya menerusi syarikat PACC Offshore Services Holdings dan Wilmar International. Tempat kedua ialah T. Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai AS$9.7 bilion (RM34.9 bilion) menerusi jenama perniagaan Astro dan Maxis. – Utusan

K7L : Kenapa? Sebab mereka bantu bumiputera..

Kenapa Anwar Ke Penjara? - Ada Kaitan Dengan DAP Dan PAS?


 

Zaman awal 90-an. Barisan Nasional berada dalam satu zon selesa. Kepercayaan rakyat terhadap Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu sangatlah tinggi dan dipandang sebagai Perdana Menteri yang punya 'class' tersendiri.

Dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri yang muda iaitu Anwar Ibrahim (Ketika itu dialah penentang utama PAS dan DAP, sekarang dia jilat balik). Jadi sebabkan kekuatan itu maka DAP merancang untuk memberi tekanan.

Perkara pertama mereka buat ketika itu adalah cubaan membuatkan Tun Dr Mahathir marah kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang syaitanya tersimpan selama ini terbongkar satu-persatu.

 

Siapa masih ingat ketika 1997 nama Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai pengganti kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. e ketika itu bimbang kerana jika Anwar jadi PM, maka seluruh Melayu akan bersatu. Ibarat Ansar dan Muhajirin bersatu dan menjadikan UMNO kuat. 

Bimbang sekiranya perkara tersebut berlaku, DAP melobi Anwar untuk 'cepat stim'. Akibatnya Anwar sendiri termasuk dalam perangkap mereka. Apakah anda semua rasa DAP benar-benar mahukan Anwar jadi PM bagi pihak Pakatan? Tidak kerana jika dia jadi sekalipun, dia hanyalah satu individu yang 'berhutang' dengan DAP. Rasanya anda semua faham.


Rekod hansard Parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997, DAP mendesak kerajaan menyiasat akuan bersumpah Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda. Sejak itu Anwar disiasat. Anwar lupa atau rakyat tak tahu?

Apapun kini sisi gelapnya telah meragut kerjaya politik sendiri. Kini DAP tersenyum kembali. Mereka hanya perlukan 'rasa terdesak' keluarga Anwar yang menerajui PKR sebagai titik kawalan mereka. 

Jadi tidak salah rasanya orang PKR minta DAP minta maaf. Anda sendiri tahu bukan?

K7L : Hati-hati.

17/03/2015

Batal Perjanjian - Azmin Sedia Susahkan Rakyat Demi Politik?


 

Sebenarnya semua ini cuma mainan politik yang tidak mementingkan rakyat. Jika di luar negara, biarpun mereka tidak sehaluan dalam ideologi politik, tanggungjawab yang digalas untuk membantu rakyat tidak akan melibatkan rakyat.

Senario ini berbeza apabila Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional cuba membantu rakyat Selangor di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dinaungi oleh pembangkang, tetapi tidak diterima.

Maruah politik dia yang membuatkan ego pembangkang nampak jelas kebodohannya. Selangor memang dibimbangi dengan krisis air. Hari ini setiap satu daripada kekurangan tersebut diletakkan ke atas Barisan Nasional.

Namun begitu, tanggungjawab Kerajaan Negeri sebenarnya yang selesaikan. Telah diberi masa dahulu lagi namun mereka tak mampu, bila dihulur tangan nak bantu sombong bodoh pula.

Apapun Keris bimbang air akan tiada lagi. Kini di Sijangkang kawasan Kuala Langat yang keseluruhan Parlimen dan DUN nya dibawah Pakatan. Mereka ada masalah air yang sangat teruk. Kenapa tak mahu diselesaikan?

Orang kata lebih baik tiada elektrik daripada tiada air bersih. Apapun kita harap masalah air ini tidak melarat lagi. Harap rakyat Selangor tidak lagi buat kesilapan memilih Pakatan sebagai Kerajaan Negeri lagi pada PRU akan datang. Ke tak serik lagi? 

K7L : Susah kalau nak cakap banyak kali..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk