12/02/2015

Soalan SPM Ini Buatkan @RafiziRamli Tidak Berani Jumpa Rakyat Malaysia?



Baca soalan no 4. Itu soalan maut untuk PKR. Kini rakyat dah tahu Piji sebenarnya penipu.


Inilah matematik mudah yang dibuat oleh Piji, video kempennya semasa PRU13. Ramai yang terpedaya dengan janji janji manis ini.

Tambah pekat manis lagi bila Piji berjanji bahawa pada hari pertama pakatan pembangkang masuk ke Putrajaya maka harga minyak akan terus turun.

Kini harga minyak sudah turun, mengapa Piji takut bercakap tentang hak rakyat dan pengguna? Masih hendak percaya cakap dan janji kosong begini? Mereka sebenarnya hanya pandai menipu dan berjanji sahaja.

Sambung baca di SINI

Siapa Yang 'Chickenend Out'? Guan Eng Atau Mustafa Ali?


Minggu lepas kecoh pasal Stopa Ali gaduh dengan Guan Eng. Tiba-tiba hari ini senyap pula cerita itu. Rupa-rupanya Stopa Ali takut dengan Guan Eng. Entah rahsia apa yang membuat telurnya dipegang kuat DAP?

Lihat sendiri gerak gaya Stopa bila ditanya wartawan selepas Meeting Terakhir Anwar Ibrahim tiga hari lepas.


Kini Keris lihat Stopa Ali yang merupakan satu-satunya Proksi Paling Boleh Percaya untuk Haji Hadi sedang ditekan oleh PAS dan PKR. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Apakah PAS sedang ditakutkan oleh PKR dan DAP untuk JANGAN tinggalkan Pakatan?


Ironinya di antara ketiga-tiga parti tersebut. PAS disebut sebagai parti yang kuat. Parti yang paling ampuh kekuatannya jika ingin dibandingkan antara PKR-DAP-PAS. Tetapi hari ini mereka pula RELA diperkudakan atas sebab yang masih menjadi misteri. Siapa berani rungkai?

K7L : Cukup..cukup cukup sudah..

Belia Cina Akui GAGAL Bertutur Bahasa Malaysia - Masih Nak Kekalkan SJK?



Belia Cina, Katarina Law Jen-Yu ketika ditemu bual The Malaysian Insider mengaku beliau tidak boleh membuat ayat lengkap dalam bahasa Melayu.


Semalam, The Malaysian Insider melihat kepada ibu bapa Melayu yang memilih menghantar anak ke sekolah Cina, mengatakan mereka membuat keputusan demikian berdasarkan kualiti sekolah tersebut dan minat menguasai bahasa Mandarin dianggap bahasa ketiga yang mampu menjamin masa depan.

Hari ini, tumpuan ialah terhadap rakyat Malaysia daripada etnik Cina yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, walaupun lahir dan dibesarkan di negara ini.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider, mereka menghadapi beberapa masalah dalam negara kerana ketidakupayaan itu dan ia membataskan komunikasi mereka dan mengehadkan destinasi yang boleh dikunjungi mereka.


Har Chee Hou berkata dia terpaksa menggunakan bahasa Melayu yang teruk ketika membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Mereka juga tidak merasa ada kaitan dengan bahasa itu yang dipelajari di sekolah secara 'rote'. Sesetengahnya juga berkata mereka tidak merasakan Bahasa Malaysia (BM) itu penting kerana ia tidak digunakan di negara lain.

Katarina Law Jen-Yu, yang bersekolah menengah di Wesley Methodist selepas mendapatkan pendidikan rendah di sekolah Cina berkata, beliau tidak mampu membuat satu ayat yang lengkap ketika berbual dalam BM.

"Saya cuba mengelak bercakap dengan guru, dan kalau terpaksa juga, saya campur bahasa Inggeris dan BM atau tulis ayat dalam BM atas sekeping kertas dan mengulanginya di depan guru," katanya.

Har Chee Hou berkata dia terpaksa menggunakan bahasa Melayu yang teruk ketika membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya umum tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015.

Har Chee Hou berkata dia terpaksa menggunakan bahasa Melayu yang teruk ketika membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya umum tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015.Seorang lagi, Har Chee Hou, bekas pelajar Foon Yew Chinese Independent School di Johor, menggunakan BM yang teruk ketika berkomunikasi dengan orang Melayu semasa membantu calon DAP kerusi Johor Jaya, Liow Cai Tung, berkempen ketika Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

“Saya turut membantu dalam kempen semasa menghadapi PRU13, ia memberi saya peluang berinteraksi dalam BM dengan wakil dari PKR dan PAS.

“Walaupun menggunakan BM yang teruk, mereka masih boleh faham apa yang saya katakan," katanya.

Bercakap dalam 'bahasa rojak' - mencampurkan antara bahasa Inggeris dan BM - kadang-kadang memang boleh membantu, seperti dalam kes Chan Kah Fai, bekas pelajar Pin Hwa High School.

Katanya, dia sekarang terpaksa belajar bertutur dalam BM, sambil mencampurkannya dengan bahasa Inggeris, ketika menjalankan tugas di pejabat perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.

Kalau tidak, sukar baginya untuk berkomunikasi, katanya.

Bagi mereka, menjalankan aktiviti harian seperti membeli-belah, membuat pesanan makanan atau berurusan di bank dan pejabat yang mempunyai kakitangan Melayu tidak menjadi satu masalah kerana kebanyakan yang ditemu bual berkata mereka sama ada akan meminta bantuan orang lain bercakap bagi pihaknya atau akan bercakap dalam bahasa rojak.

Ramai orang Melayu faham apabila bercakap dalam bahasa Inggeri bercampur bahasa Melayu, kata belia Cina, Tan Jia Mun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015.Ramai orang Melayu faham apabila bercakap dalam bahasa Inggeri bercampur bahasa Melayu, kata belia Cina, Tan Jia Mun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015."Saya selalunya ada teman yang boleh bercakap BM dengan baik apabila saya keluar," akui Tan Jia Mun yang belajar di sekolah kebangsaan di Puchong, Selangor tetapi tidak boleh bertutur dengan baik di dalam BM.

Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Wong dari SMK Assunta, Petaling Jaya, berkata, beliau selalunya mencampurkan bahasa Inggeris dan BM kerana mendapati orang Melayu lebih memahaminya begitu.

"Susah hendak cari orang Melayu yang tidak bercakap bahasa Inggeris langsung. Lagipun, semua kawan Melayu saya bertutur dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Pembelajaran secara hafalan

Tidak boleh bertutur dalam BM tidak bermakna seseorang itu tidak boleh membaca atau menulis dalam bahasa itu.

Semua belia yang ditemu bual berkata, sekiranya pelajar banyak membaca dan menghafal contoh karangan, perkataan dan simpulan bahasa Melayu, mereka boleh dengan senang berjaya dalam peperiksaan atau paling kurang pun lulus subjek itu.

"Saya selalu gagal BM atau lulus sekadar cukup makan, sehinggalah saya ikuti kelas tuisyen di mana kami dipaksa menghafal sekurang-kurangnya satu karangan sehari dan perkataan BM serta simpulan bahasa yang canggih kerana kalau kita gunakan ia dalam karangan kita, kita dapat markah lebih dalam peperiksaan," kata Tan.

‘Menghafal’ ialah amalan yang biasa semasa di sekolah, katanya.

Wong ada caranya sendiri memastikan beliau lulus peperiksaan kertas BM. Dia akan tulis ayat dalam bahasa Inggeris dan kemudian terjemahkan ke dalam BM.

"Saya tidak teruk sangat dalam peperiksaan," katanya. "Bukan saya tidak mahu mahir dalam BM, malah keluarga saya hantar saya ke sekolah Melayu, tetapi apabila semua orang keliling saya bercakap dalam bahasa Inggeris, saya tiada peluang pun menggunakan BM.”

Integrasi negara

Ketidakupayaan rakyat Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan dianggap negatif oleh sesetengah pemimpin politik, seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak dari Umno, Datuk Shahruddin Salleh yang berkata tahun lepas, mereka yang tidak mahir BM boleh dilucutkan kerakyatan.

Pada 2010, seorang mangsa ragut, Loh See Mooi, 51, dikutuk seorang pegawai polis ketika beliau membuat laporan. Dia disuruh 'balik China' kerana bercakap dalam bahasa Inggeris dengan pegawai itu.

Tinjauan orang ramai dijalankan The Malaysian Insider pada 2011 menunjukkan 28 daripada 107 responden hampir tidak boleh langsung bertutur dalam BM atau memahami bahasa itu.

Ia dijalankan selepas tinjauan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia mendapati, satu daripada 4 pelajar Cina akan tercicir dari sekolah menengah kebangsaan.

Ditanya sekiranya mereka merasakan BM itu penting, belia Cina yang ditemui mempunyai dua pandangan, ada yang mengatakan ia perlu memandangkan Malaysia negara berbilang kaum, sementara ada yang mengatakan ia tidak berapa penting.

Chan contohnya, merasakan kemahiran BM perlu kerana terdapat rakyat Malaysia yang hanya boleh memahami bahasa itu.

"Memandangkan kita tinggal di negara majmuk, saya rasa perlu belajar BM supaya kita boleh menjadi lebih bertimbang rasa dan saling memahami.

"Tetapi, kalau tidak tahu pun, tidak bermakna kita tidak boleh hidup. Ramai lagi orang yang hidup senang lenang walaupun tidak pandai BM,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Chan, mengatakan "satu-satunya perkara yang diperlukan untuk hidup di negara ini ialah toleransi."

Tan bagaimanapun merasakan BM tidak sepenting mana kerana ia "hanya bahasa yang digunakan di rantau yang kecil".

"BM bukan bahasa antarabangsa pun. Jadi, selagi kita boleh bercakap yang asas sudah memadai," katanya.

Wong bersetuju, mengatakan tidak tepat jika menganggap seseorang tidak boleh hidup di Malaysia kalau tidak boleh bertutur dalam BM.

"Kalau ekspatriat boleh tinggal di sini tanpa mengetahui sepatah kata dalam BM pun, kenapa kita tidak boleh? Semua ini 'double standard' saja," katanya. – 5 Februari, 2015.

Sumber : TMI

K7L : Setuju tak kalau kena ujian lisan untuk bermacam benda..

11/02/2015

#KempenTurunBarang Menteri KPDNKK Perlu Rancang Tangkap/Sita Peniaga Yang Main-Main



Semua telah ketahui yang april ini GST akan dilaksanakan..pada awal GST akan berlaku sedikit kenaikan harga barangan dan inflasi.


Nampaknya dah ada peniaga dah mula main api. Apa yang Keris faham kat sini adalah perang psikologi yang cuba dibuat oleh para pembekal supaya mereka boleh tembak harga gila-gila naik. 

Dalam masa yang sama mereka akan mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan dimana mesej yang ingin disampaikan adalah "GST laksana makan barang naik" didalam minda rakyat Malaysia.

Jadi jika barang naik sekalipun mereka tidak akan dipersalahkan. Inilah dia manipulasi harga yang tidak baik. Rakyat akan dihasut oleh pembangkang yang akan menangguk di air yang keruh.

Jadi semuanya akan jadi caca marba. Yang untung siapa?

K7L : Sokong DS Ismail Sabri!....

Perginya Seorang Patriot Negara #AlFatihah Pak Hamim



Pernah menyuruh melayu bersatu kerana ini adalah tanah Melayu bukan Tanah India atau Tanah Cina. Itulah kata-kata Pak Hamim yang pernah menyentuh cebisan perjuangan dalam diri Keris suatu ketika dahulu.

Allah lebih sayangkan Pak Hamim. Keris tak kenal dengan Pak Hamim, hanya pernah lihat dia dari jauh. Tapi kata-kata dia sentiasa bermain dalam fikiran. Tentang apa itu perjuangan. '

Mungkin belum terlambat untuk Keris menulis perihal Allahyarham Pak Hamim. Al Fatihah untuk beliau.


K7L : perginya seorang patriot..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk