14/01/2015

Teguran PU Faiz Yang Penuh Hikmah Untuk Gadis KPop Yang Dipeluk Artis Korea



Halus dan mendalam. Tidak menghina dan tidak menyakiti hati sesiapa. Sangat terbaik.

Sungguh beruntung orang-orang yang memiliki rasa malu. Islam telah memberikan tempat yang mulia bagi perasaan malu.

K7L : Penuh hikmah..

13/01/2015

PATI Sengaja Kena Tangkap Untuk Pulang Ke Indonesia Secara Percuma? @imigresenmy



Melihatkan gambar² daripada Jabatan Imigresen Malaysia berkenaan penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui jalan udara telah menyebabkan saya menulis artikel tak seberapa ini. Cuma saya berharap, Pembaca² untuk artikel kali ini adalah terdiri daripada rakyat Indonesia yang bertaraf PATI. Kalau para Pembaca warganegara Malaysia barangkali boleh dijadikan panduan untuk memberi nasihat kepada PATI² berhampiran mereka. - Rezqeen Hill


Keris tertarik dengan artikel daripada RH. Kini kita lihat usaha untuk mengurangkan PATI di Malaysia giat dijalankan. Memandangkang PATI semakin bertambah kian hari sejak daripada dahulu. 

Maka ia memang perlu dikawal dari masa ke semasa. Tetapi kita mengambil langkah Tangkap-Hantar Pulang. Tetapi adakah kita ambil kira cara untuk membendung? Keris cadangkan beberapa perkara :

1. Mereka yang ingin bekerja di Malaysia perlu mendapat sijil daripada Klinik Kesihatan Malaysia sahaja.

2. Wujudkan Lesen Pekerja Asing. Mereka hanya diberi masa kurang daripada dua tahun sebelum renew semula.

3. Pihak majikan yang tidak mengikut arahan akan diambil lesen berniaga atau lesen yang berkaitan.

4. Tutup jalan-jalan tikus dengan menempatkan tentera di kawasan yang dikenalpasti.

Maaf. Ini hanya cadangan daripada Keris. Bimbang dengan kebanjiran warga asing. Rasa tidak selamat pula didalam negara sendiri. Saban hari kita melihat bilangan warga asing di Malaysia semakin hari semakin ramai. Sehinggakan pada sesetengah tempat di Malaysia ini dikuasai dan dibanjiri oleh mereka.

Cuba pergi ke shopping complex kawasan Klang, penuh dengan mereka sahaja. Cuba naik bas di kawasan Kuala Langat, memang warga asing sahaja yang penuh. Naik tren dari Serdang, awang hitam bukan main banyak sampai mereka naik juga ke koc wanita.

Pernah anda lihat anak gadis Malaysia diganggu oleh warga asing? Keris pernah lihat depan mata sendiri. Bayangkan yang diganggu itu saudara perempuan kita. Nak tunggu jadi apa-apa baru nak kisah?

Jangan kerana lambakan warga asing ini rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun pihak PDRM memang menjalankan tugas mereka dengan baik. Jika anda menemuramah mereka, rata-ratanya tidak mempunyai pengesahan yang sah.

Bagi beberapa pembawa masuk warga asing pula. Taktik mereka adalah dengan membawa masuk warga asing dengan passport dan visa pelancong. Setibanya di Malaysia akan ada beberapa tekong moden yang ambil dan buat permohonan di Imigresen. Tak boleh juga salahkan Imigresen kerana mereka menerima permohonan mengikut prosedur namun pengawalan tampak sedikit kurang.


Apapun kita cuba selesaikan sama-sama. Usaha Imigresen patut disokong dan dibantu oleh rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat prihatin.

K7L : Bimbang..

Balak Husam Hampir Musnahkan Jambatan Di Kelantan?



Biar gambar berbicara. Inilah yang terjadi jika pembalakan tidak terkawal. Siapa punya kerja? Takkan monyet kot? Harap orang Kelantan tidak lagi tertipu dengan pemimpin PAS yang korup.

Lihatlah sendiri bagaimana Pro Ulama dalam PAS sedang dipijak. Kalau anda semua tetap sokong maka sampai satu masa nanti PAS akan jadi sama macam DAP. Mereka utamakan kepentingan DAP.

Pergi periksa siapa Upayapadu dan apa mereka dah buat kepada Kelantan. Periksa betul-betul.


K7L : Semoga anak-anak di pantai timur bersekolah dalam ketabahan..

Ustaz Pas Akui Dirinya Tuhan? - Dah Boleh Tentukan Dosa Pahala Manusia?


  

Hebat bukan? Orang yang bercakap ni dah anggap diri dia maksum. Dah boleh tentukan orang UMNO sembahyang tak dapat pahala. Kurang ajar sebab dia cakap nenek moyang dia yang UMNO sebelum dia jadi PAS pun tak dapat pahala.

Ustaz macam ini patutnya direjam macam syaitan. Sebab berdusta yang boleh membawa kesesatan. Lebih teruk daripada berzina kalau lidah sentiasa dengan fitnah. Apapun rakyat nilai sendiri.

Ustaz begini yang ada dalam PAS untuk diikuti?

K7L : Kalau jumpa aku lempang budak ni..

12/01/2015

Kenyataan Maaf Dari Penganjur Majlis Peluk Cium Pompuan Bertudung?



Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.

Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.

1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.

3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

4) Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.

5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.

Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.

Kenyataan asal boleh didapati di pautan ini :https://www.facebook.com/tgmeventsglobal?fref=ts

K7L ; Senang je kan minta maaf?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk