18/12/2014

Amalan Suami Jika Isteri Mengandung #InfoIslam




Kebiasaannya apabila seseorang isteri disahkan hamil, kaum SUAMI adalah antara insan yang paling gembira....namun adakah cukup dengan hanya menunjukkan kegembiraan sahaja....ada beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh suami. 


Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung : 

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT 

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. 

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. 

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. 

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh. 

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri. 

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba. 

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. 

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. 

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. 

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi. 

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : 
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup 
yang paling dekat. 

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. 

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. 

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. 

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim" 

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. 

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN 

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. 

Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. 

Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.

Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. 

Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. 

Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu. 

Amalan di atas bukan hanya sesuai waktu isteri mengandung je bahkan ianya sesuai setiap masa. Sama-samalah kita amalkan ye.

K7L : Sama-sama kita berkongsi..

PKR Makin Bimbang, Kemelut PAS-DAP Melemahkan Mereka?



Parti Keadilan Rakyat telah membuat cubaan untuk sesi ceramahnya tanpa kehadiran PAS. Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014 (semalam) Ketua Umum telah diturunkan dengan gandingan mantap Sdr Rafizi (tapi tidak hadir).

Ceramah di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur (Hadapan Poliklinik Beserah), adalah tempat yang dikatakan strategi dan beberapa tahun lalu kehadiran telah melepah tapi kali ini tanpa PAS nampak macam sunyi dan kehadiran yang dilihat tidak menampakkan kebiasaan bagi Ketua UMUM seperti DSAI.

Mengikut maklumat sumber kami terima, ceramah ini diatur dengan baik. Cuaca pun baik juga. Publisiti dijalankan dengan baik. Kenapa kehadiran tidak seperti diharapkan?

Ada sumber mengatakan bahawa orang bawahan (rakyat yang menyokong pembangkang) telah jemu dengan ‘permainan’ politik Pakatan Rakyat yang banyak menyalahkan PAS sedangkan masalah sebenar bukan disebabkan parti berkenaan.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Pahang tetapi juga berlaku di Terengganu mengikut kata maklumat PKR.

Kehadiran Nurul juga tidak mendapat sambutan sebagai yang berlaku di beberapa siri ceramah dan program Keadilan di Terengganu. Mengikut sumber faktor penyebab juga dikaitan dengan PASMA dimana penyokong PAS Terengganu menolak sama sekali PASMA.

Misalnya Forum PASMA di Dungun hanya dihadiri oleh 42 orang sahaja manakala ceramahnya pada malam tersebut hanya sekitar 150 orang walaupun yang hadir adalah tokoh utama Keadilan dan PASMA.

Mengikut sumber dalam PKR, PASMA bukan membantu PR tetapi lebih kepada memecahkan lagi PR dimana hubungan PAS-PKR menjadi makin parah dengan kehadiran PASMA.

Program Nurul Izzah sebelum ini di Chabang Tiga juga tidak mendapat sambutan kerana sikap Adun Bandar drp PKR Azan Ismail yang dikatakan tidak membuka pejabat dan selalu tidak berada di Kuala Terengganu untuk membantu rakyat di sana sehingga keluar cakap-cakap di antara orang Keadilan sendiri Azan perlu ditukar untuk PRU-14 nanti bagi membaiki imej PKR.

Dengan kehadiran rakyat ke ceramah Anwar yang sememangnya tidak sehebat program-program terdahulu dan sebelum ini, rakyat pelbagai kaum berbondong-bondong untuk mendengar ceramahnya. Kehadiran yang agak hambar PKR perlu memikir semula strategi untuk menyingkirkan PAS dalam program-programnya selepas ini.

K7L : Ramai pemimpin PKR panas bontot...

17/12/2014

Lim Guan Eng Kena Sound Sampai Merajuk Tak Mahu Datang KL?



Isu Kalimah Allah yang cuba dibawa oleh kumpulan Evangelis nampaknya cuba dihidupkan kembali. Cuma kali ini ia dihidupkan semula oleh orang ternama di Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Isu ini yang sememangnya menjadi isu yang teramat sensitif. Sengaja mencurah petrol ke bara yang hampir terpadam membuatkan Keris terfikir apa sebenarnya niat Guan Eng? Apapun sebagai Umat Islam haruslah kita pertahankan Kalimah Allah dari terus dipermainkan.

Menurut E-Fatwa Kebangsaan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah:

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyahdan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

K7L : Apa yang berlaku sebenarnya ni?..

#TriviaBolaMalaysia - Fakta Tentang Bola Sepak Malaysia Yang Rakyat Perlu Tahu


(Klik untuk besarkan Imej)

AFF Suzuki Cup First Leg Final akan berlangsung malam nanti. Jadi tak salah kalau kita nak ambil tahu pasal Bolasepak Malaysia. Mari kita lihat :


Penampilan terbanyak – Soh Chin Aun (252)



Gol terbanyak – Mokhtar Dahari (152)


Stadium asal – Stadium Merdeka


Stadium sekarang – Stadium Nasional Bukit Jalil



Ranking terbaik – 75 (Ogos 1993)



Ranking terburuk – 170 (April 2008)


Kemenangan terbesar – Malaysia vs Filipina (15-1) 1962


Kekalahan terbesar – Malaysia vs New Zealand (2-8) 1967




Keputusan terbaik perlawanan persahabatan:

Malaysia 1 – 1 England (1970)

Malaysia 2 – 0 Arsenal (1970)

Malaysia 2 – 3 Manchester United (2009)

Malaysia 1 – 0 Korea Selatan (2010)


Kejayaan paling manis pasukan Malaysia ialah ketika layak untuk beraksi di sukan olimpik (1980) di Munich tetapi memboikot atas tindakan pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan.

Apapun kita doakan Harimau Malaysa bawa pulang piala AFF Suzuki. 

K7L : Ayuh! Ayuh! Ayuh Malaysiaku! Hari Ini! Kita Mesti Menang!...

Kedah Makin Mundur Bawah Kerajaan BN Kedah? @mukhrizmahathirfc

'

Keris semalam ada terima soalan daripada beberapa orang Kedah. Mereka kata YAB MM tak boleh pakai. Tak reti nak majukan Kedah. Keris tanya semula, hangpa boleh cari makan tak kat Kedah, depa kata boleh. So apa masalah?

Tapi untuk menjawab dengan lebih lanjut. Keris nak bagitahu yang ini antara 6 Projek yang akan membawa perubahan ekonomi Negeri Kedah Darul Aman. Semuanya telah dirangka dan diperbincangkan.

Tinggal nak laksana je beb. jadi tak ada masalah dekat sini. 

K7L : Tak ada masalah pun macam Kedah di bawah PAS..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk