05/09/2014
04/09/2014
#HadiMove - Mustafa Akui Bukan 3 Exco Sebagai Calon MB - Hanya 2 & Siapa Lagi Seorang?
20:30
No comments
Penafian cepat dilakukan oleh Mustafa untuk mengawal loncatan-loncatan monyet puak Anwarinnas yang sangat terkejut dengan keputusan penyerahan 3 nama calon MB Selangor oleh Presiden PAS.
Mulalah tuduh sana sini. Puak PKR pun kecoh hentam Hadi Awang. Macam-macma jadi sejak daripada surat itu diserahkan lagi. Dengar senja tadi ada yang mengamuk sampai hentak meja.
Ada yang diam juga lebih-lebih lagi mereka yang dicadangkan. (Mereka yang dicadangkan telah sedia maklum untuk diletakkan nama sebagai cadangan calon Menteri Besar Selangor).
Tapi yang pasti Saari Sungib dan Hasnul Morib tidak akan disenaraikan memandangkan mereka lebih PKR daripada orang PKR sendiri. Dengarnya Iskandar dan Yunus menjadi pilihan selain nama Khalid Ibrahim masih dicalonkan untuk kekal sebagai MB.
K7L : PAS Selangor dah mula tunjuk taring pada DAP?
Hadi Awang Beri Signal Jelas - Tidak Sokong Anwar Ibrahim? #HadiMove
17:50
3 comments
Nampaknya Presden PAS telah memulakan langkahnya sendiri. Ini membuatkan Timbalan Presiden PAS terkedu apabila dia dapat tahu surat mengenai pencalonan Menteri Besar Selangor daripada pihak PAS telah pun dihantar ke Istana Selangor bagi mendapatkan perkenan Sultan Selangor.
Tiga nama yang telah dijangka untuk dicadangkan telahpun diserahkan dengan gembiranya. Haha! Melompat puak-puak Anwarinnas sekarang ni. Dengar cerita Husam dan Mat Sabu tidak berhenti call Presiden PAS minta penjelasan.
Bang! Dia Presiden bang. Sukati dialah. Apapun kini kem di dalam PAS telah berpecah kepada tiga, Puak HadiMove, Puak Anwarinnas dan PuakTakBelahManaMana. Mereka dah mula bertelagah sesama sendiri.
PAS Selangor pula ambil pendirian berdiam diri kerana mereka sememangnya tidak mahukan Wan Azizah mahupun Azmin sebagai MB memandangkan mereka tidak layak daripada banyak aspek.
Yang DAP kalau gatal namakan YB bukan dari Melayu, dah boleh berangan je.
K7L : Jangan ada yang pertikai Sultan.. ramai anak Selangor memerhati..
Sila Tinggalkan UiTM Kalau Rasa Tempat Tu Tak Bagus!
14:43
12 comments
Kalau rasa belajar dekat Malaysia ni tak cukup bagus. Sila keluar dan jangan lupa belajar guna duit sendiri. Kalau dekat Indonesia diorang bekerja sambil belajar. Punyalah ok tempat tu kau boleh cakap sikit punya bongkak?
Ingat belajar medik kau dah cukup pandai? Besok mati Mungkar Nangkir tak tanya kau doktor ke tak. Sempit dan panas juga dala kubur, kau nak merungut? Marah pulak aku! Setakat minggu suai kenal tu biasalah. Ini jenis manusia duduk dalam peti ais lagi elok.
K7L : Emosi sebab rasa budak zaman sekarang untung dapat belajar universiti..
Akta Hasutan - Hanya Yang Bersalah Takut - Setuju?
11:11
3 comments
Portal yang kononnya "transparent" tapi lebih condong pada parti tertentu, Malaysiakini, semalam menyiarkan sebuah artikel tulisan Naib Pengerusi PKR, Hassan Karim, yang menulis atas tajuk "Merdeka tanpa Akta Hasutan".
Menulis panjang lebar, Hassan memberikan pelbagai alasan untuk menggesa supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan sama sekali dari negara berbilang agama, bangsa dan budaya ini.
Antara alasannya ialah akta berkenaan digubal di zaman penjajah, kononnya ia digunakan bagi menghukum kebangkitan orang Melayu yang menentang penjajahan British di zaman itu.
Atas alasan itu, Hassan mendakwa Malaysia hanya akan benar-benar "merdeka" sekiranya akta tersebut dimansuhkan sama sekali di negara ini.
Persoalannya, adakah pandangan itu tepat dan Akta Hasutan 1948 itu wajar dihapuskan atas alasan kini dia digubal di zaman penjajah dan tidak relevan digunakan di zaman ini?
Apakah sesuai akta itu dihapuskan di sebuah negara berbilang agama, bangsa dan budaya ini?
Apatah lagi dengan keadaan terkini di mana hasutan, fitnah, tohmahan dan provokasi semakin menjadi-jadi khususnya menerusi laman-laman sosial, apakah akta berkenaan wajar dihapuskan?
Sekiranya akta tersebut dihapuskan, apakah mekanisma perundangan yang ada sekiranya ramai pihak yang mengambil kesempatan untuk menghasut tentang isu yang mengugat keharmonian agama, bangsa dan budaya di Malaysia?
Misalnya, setelah ISA dihapuskan Kerajaan atas kehendak pihak parti pembangkang sebelum ini, maka banyak jenayah terancang, provokasi melampau, aktiviti militan dan pelbagai jenayah makin banyak berlaku secara terang-terangan, termasuk jenayah geng kongsi gelap.
Apabila pihak berkuasa agak sukar untuk mengekang kegiatan jenayah seperti itu dengan akta baru, SOSMA yang menggantikan ISA, pihak pembangkang menangguk di air yang keruh dengan menyalahkan pihak kerajaan.
Dari tindak-tanduk dan analisis yang berlaku, jelaslah bahawa parti politik tertentu sengaja memperjudi dan menggadai keselamatan negara semata-mata untuk kepentingan politik mereka sahaja sedangkan keselamatan rakyat kini agak terancam, bukan?
Justeru, apakah kerajaan wajar menurut kehendak Hassan dan parti pembangkang yang mahu Akta Hasutan itu dimansuhkan segera?
Untuk rekod, Hassan baru saja dibebaskan dari tahanan polis setelah diikat jamin atas dakwaan yang membabitkan Akta Hasutan.
Hassan telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menghina Sultan Selangor dalam satu kenyataannya di akaun laman sosial miliknya.
"Sultan jenis apa dia ni? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri dan kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram, Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram", kata Hassan yang dipetik dari akaun Twitternya sebelum itu.
Mungkin kerana itulah Hassan bermati-matian mahu Akta Hasutan dihapuskan agar dia terselamat atas pertuduhan tersebut dan seterusnya dibebaskan dari hukuman mahkamah?
Islam juga melarang umatnya dari menghasut, bukan? Selalunya, hanya pencuri sahaja yang takut pada akta yang akan menghukum mereka. Adakah wajar kita hapuskan akta yang menghukum pencuri?
Seperkara yang perlu diingat, hanya penghasut yang mahu Akta Hasutan dihapuskan, bukan? Wallahua'alam...-KedahNews.com
Keris tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Kedah News. Kenapa mesti nak hapuskan Akta Hasutan? Hanya orang yang buat salah sahaja rasa akta itu tidak relevan. Dah tunggu teruk nanti baru nak salahkan kenapa tak ada akta itu dan ini?
Tak kena pada batang hidung sendiri memanglah boleh cakap.
K7L : Berani kerana benar..
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2018
(520)
-
▼
May
(34)
- #DosaDosaMahathir - Siri 5 - Siapa Yang Terus Kaya...
- Undilah Shahril Hamdan - P112 Dan Seluruh Calon Ba...
- Sebelum Mengundi Wajib Lihat Semua Video Mahathir ...
- Bukti Kukuh, Satu Undi Untuk PKR = Satu Undi Untuk...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Video Khas - DAP Akui Tunggang Mahathir Sebelum Di...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Beza Zaman Mahathir vs Zaman Najib - #RinduZamanTun
- #DosaDosaMahathir - Siri 4 - Skandal PKFZ #SinsOfM...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Propagandis DAP Buat Laporan Polis Sebab Tak Mahu ...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Video Perbualan KJ Dengan DS Najib - Buatkan Mahat...
- Suara Anak Sri Gading! - Pakatan Harapan Johor Men...
- Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pa...
- #DosaDosaMahathir - Siri 3 - Perwaja Steel #Sins...
- Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?
- Mahathir Hina Mangsa Memali Mati Katak? - Hina PAS...
- #DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #...
- Haji Hadi Sindir Pakatan Harapan - Mahathir Melomp...
- Lepas Cerita Jet Rosak Tidak Menjadi, Datang Pula ...
- Syed Saddiq Calon Paling Sengal Dalam Sejarah? - B...
- Calon DAP Yang Suruh Potong Lepas Itu Fitnah? #Tsu...
- Kemana Hasil GST Dibelanjakan? - Apa Kata Pembangk...
- Zairil Khir Calon DAP Kena Makin Dengan Penduduk C...
- Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?
- Calon BN P112 Kuala Langat Mengujakan Pengundi PRU...
- Pesanan Buat Pegundi Kuala Langat Oleh Calon Jambu!
- Calon PH Untuk Kuala Langat Ada Kesalahan Rasuah U...
- Mahathir Minta Hadirin Jangan Undi Pakatan Harapan?
- Kisah Benar Dari Langkawi Pasal Mahathir?
- Koyak Poster Calon P112 - Petanda Pihak Lawan Takut!
- Pertembungan Epik - Antara Masa Depan Dan Masa Silam
- GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya ...
-
▼
May
(34)














