11/09/2013

Setuju Pendapat @jamawijaafar Untuk Perkasakan Prinsip Rukun Negara @JamawiJaafarOfficial


Hari ini Keris terbaca Utusan bertarikh semalam. Apa yang menarik hati ini adalah ada ruangan Rencana yang berkata tentang Rukun Negara. Ia disentuh oleh saudara Jamawi Jaafar, calon NKP UMNO Malaysia yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Tenom.


Lima prinsip Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Prinsip ini dibentuk setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan negara. Secara ringkas lima prinsip itu ialah:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama ini menjadikan bangsa dan negara ini satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. Seri Paduka, raja-raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga di peringkat negeri.

3. Keluhuran Perlembagaan

Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan adalah sumber perundangan tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada rakyat akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan ini digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.

4. Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan masyarakat bergerak dengan licin dan teratur tanpa kekacauan. Hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang. Hak dari kebebasan yang dijamin Perlembagaan tidak termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang. Tujuannya untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat ini paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan persendirian dan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara.

Namun begitu apa sudah jadi dengan prinsip-prinsip ini? Keris kongsikan satu petikan daripada Utusan yang mengutarakan pendapat Jamawi Jaafar :

MASYARAKAT pelbagai kaum yang dibangga-banggakan selama ini sudah berubah. Mereka semakin berani melanggar 'pantang larang' dalam menjaga tatasusila hidup dalam masyarakat berlainan agama, bahasa dan adat resam. Mereka tidak mahu menjaga sensitiviti antara kaum, sebaliknya ada segelintir yang terang-terang melanggar apa yang dilarang sebelum ini.

Contoh terbaharu keberanian generasi kaum bukan Melayu yang mahu menonjolkan imej berbeza melalui filem The New Village dan kini ditangguh tayangannya. Kemudian mereka mahu mempertikai dan terus timbulkan isu yang ditonjolkan dalam filem Tanda Putera yang kini ditayangkan setelah tertangguh setahun lalu.

Golongan muda terutama daripada kaum bukan Melayu itu lakukan pendekatan berani mempromosikan komunis sebagai hero adalah atas nama kebebasan bersuara. Persepsi masyarakat ini menunjukkan seolah-olah generasi sekarang tidak peduli lagi soal sensiviti antara kaum.


Apabila isu ini dilontarkan kepada Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar (gambar), beliau berpendapat keadaan persekitaran dan perubahan transformasi maklumat yang menyebabkan semua ini berlaku. Sebab itu Jamawi mahu ditekankan dan diperkasakan prinsip-prinsip Rukun Negara.


"Jika kita boleh memperkasakan dengan memberi tunjuk ajar daripada peringkat awal hinggalah ke peringkat dewasa berkenaan prinsip-prinsip Rukun Negara, kemungkinan anak-anak muda akan memahami.

"Tetapi apa yang berlaku sekarang kita berdepan masalah persepsi dalam kalangan kelas pertengahan. Mereka ini lebih lantang, lebih terbuka dan lebih liberal," jelas Jamawi dalam pertemuan pada sambutan Merdeka Raya di Bangunan Mara, Khamis lalu.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sabah itu tidak menolak ini adalah hasil pendidikan yang mereka terima bukan dari dalam negara tetapi mereka melihat di luar negara - bagaimana keterbukaan tanpa ada rasa saling menghormati antara agama dan kaum yang diamalkan di negara yang mereka belajar dan dibawa pulang ke negara ini dan mereka mahu perkara seumpama itu menjadi amalan biasa.

Memandangkan situasi begini maka Jamawi menggesa kerajaan mengadakan satu peraturan dan penguatkuasaan. "Undang-undang sudah ada, cuma kita perlukan penguatkuasaan."

Negara kita kini berhadapan dengan persepsi negatif yang melampau terhadap pemimpin Melayu. Jika timbul kisah kematian seseorang yang disyaki penjenayah di lokap polis, ia boleh mengundang beribu-ribu orang untuk berarak tunjuk perasaan atas kematian itu.

"Tetapi kalau kaum Melayu yang berarak seperti itu, kita pula akan menghadapi masalah besar dituduh macam-macam. Kita dihalang melakukannya kerana diminta menjaga sensitiviti kaum-kaum lain. Sekarang kesabaran orang Melayu terus diuji," kata pemimpin muda Sabah itu.

Beliau mengakui negara sudah berada dalam perang persepsi. Untuk mengatasi masalah persepsi ini kita kena kuasai media baharu supaya kita juga mampu perjelaskan isu-isu.

"Sekarang masyarakat tidak menilai berdasarkan laporan media massa, tetapi mereka menilai daripada tulisan dalam blog-blog dan laman sosial yang lain sehingga menimbulkan perang persepsi.

"Senjata ini digunakan oleh pihak pembangkang dan berjaya dilaksanakannya. Sekarang kerajaan atau parti Barisan Nasional kena perkasakan laman sosial untuk mengatasi perang persepsi ini," jelas Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah itu.

K7L : Kena suap dulu baru boleh...

10/09/2013

Khalid Samad Mahu Dibuang Oleh Pemuda PAS Rompin?




AIDCNews – 07/09/13 – Meskipun Khalid Samad cuba mengalih isu dengan menuduh krisis dalaman Pas berpunca daripada propaganda UMNO yang bekerjasama dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bersama saki baki pengaruhnya, namun perkembangan terkini di peringkat akar umbi parti itu menunjukkan hasil sebaliknya.

Khalid, YDP Pas Shah Alam dan Timbalan Pesuruhajaya Pas Selangor membuat tuduhan itu ketika menulis artikel di laman peribadinya, www.khalidsamad.com bertajuk “Bahagian Ketiga: Perancangan Golongan Yang Ingin ‘Menyelamatkan PAS dan Presiden’ (Kononnya).”

Terbaru. blog pro Pakatan, Pahangdaily Online (PDO) melaporkan Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung parti, Dato’ Mustafa Ali mengadu Khalid telah mempersendakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Dalam aduannya Dewan Pemuda Pas Rompin menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan Khalid yang dikatakan sering kali membuat teguran secara terbuka terhadap Hj. Hadi.

“Antaranya, menyalahkan Presiden Pas itu yang didakwa mencetuskan polemik ulama’ vs profesional dalam Pas dengan melontarkan idea kerajaan perpaduan selepas pilihanraya umum lalu,”lapornya.

Kenyataan-kenyataan Khalid yang didakwa mempersendakan Presiden Pas itu telah dibuat ketika slot soal jawab “Wacana Kemenangan Yang Tertangguh” di Melaka pada 6 Julai 2013 dan tulisan di laman peribadi www.khalidsamad.com, tarikh 19 Jun 2013 yang bertajuk “Budaya Serangan Peribadi”.

“Pada perenggan ke-7 (tulisan Khalid itu) jelas menyindir Presiden Pas dengan kenyataan “Pencalonan di KD (Kota Damansara) pun tidak mengikut prosedur, terus pintas memanfaatkan kabel”, kabel yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Tuan Guru Hj.Hadi Awang sendiri kerana watikah ditandatangani oleh beliau,” lapornya.

Surat aduan yang ditandatangani oleh Nazri Ahmad, Ketua Pemuda PAS Rompin itu meminta agar Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat mengambil tindakan terhadap Khalid yang tergamak merendahkan imej Presiden Pas secara terbuka.

“Malah, mereka juga kecewa dengan tulisan Khalid yang bertajuk “PAS Bersikap Terbuka, Terima Teguran AMK”, yang secara terang-terangan menyokong Ketua AMK yang menyindir Presiden Pas dalam kongres mereka,”lapornya lagi.

Selain itu blog PDO turut melaporkan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu, Abu Bakar Abdul Rahman turut menghantar surat kepada Pas Pusat membuat aduan supaya diambil tindakan tatatertib ahli Pas yang sealiran dengan Khalid iaitu Abdullah Karim.

Abdullah Karim dituduh cuba memperlekehkan Majlis Syura Ulama Pas dan Presiden Pas berhubung dengan isu DUN Kota Damansara.

“Laporan dibuat hasil keputusan mesyuarat Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, yang diadakan pada 20 Ogos 2013 yang lalu.

“Beliau juga meminta Jawatankuasa Tatatertib PAS agar mengadakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya agar gejala seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang serta menjadi ikhtibar kepada semua ahli dan juga pimpinan PAS,”lapornya.AIDC

Doakan Kemenangan Umat Islam! #KalimahAllaHakIslam



21 Ogos lepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan 'The Church' bagi menghalang kerajaan Malaysia di bawah urusan KDN untuk membawa usul menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh agama2 selain Islam. Usul tersebut akan dikemukakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini (Selasa 10/09/2013)... ayuh kita berkumpul beramai-ramai ke sana jam 8 pagi bagi menyatakan sokongan kita kepada peguam2 yang berjuang menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja.

Tunjukkan ini adalah satu JIHAD kecil kita kepada agama... ALLAHUAKBAR!!

K7L : Lailahaillah!

05/09/2013

Wanita UMNO Dan Pilihan Akar Umbi - Siapa Layak Memimpin?



Bahang Pemilihan Agung UMNO semakin terasa. Kalau dulu bakal calon perlu meyakinkan 2,500 perwakilan supaya terpilih ke jawatan parti. Namun setelah sistem kuota dihapuskan, ia membolehkan sejumlah besar 150,000 perwakilan diberi MANDAT untuk menentukan barisan pemimpin mereka.

Ia bertepatan dengan langkah transformasi yang dilaung-laungkan bagi menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik, terbuka dan inklusif. Dengan corak baru kali ini, bakal calon perlulah mempunyai bukti dan track record yang bagus kerana beribu-ribu perwakilan ini sudah pasti memerhati lama calon-calon sejak dari awal lagi.

Jika para perwakilan masih punya keWARASan! Mereka wajib menolak jenis calon yang tak sudah-sudah bagi amaran SERTA calon yang penuh dengan kontroversi dan sering menjadi modal mainan serangan pembangkang. Ini sebagai contoh saja.

Apa yang penting para perwakilan perlu merenung kembali kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dalam sidang media pada 26 Julai 2013. Kerana ia seolah-olah memberi tips dan benchmark kriteria calon yang patut dipilih pada PAU nanti.

"Kita tengok kepada keadaan dalam parti kita di mana dengan kedudukan berdasarkan pada perlembagaan baru, saya yakin ahli-ahli Umno dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan Umno di atas asas yang lebih kukuh, dan mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat.

Inilah yang paling penting sekali, kerana kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali” kata Najib.

Walaupun pelbagai transformasi sudah dibuat. Malangnya wujud pula gerakkan untuk melantik mereka yang tidak kredibel dan jelas liabiliti kepada parti untuk ke jawatan tertinggi.

Kalau si liabiliti-liabiliti ini dilantik, segala wacana transformasi yang diperkatakan Najib bakal menjadi bahan KETAWA dan dianggap "cakap tak serupa bikin".

Lihat sahaja kegoyahan pergerakan WANITA yang sering menjadi sasaran mudah buat pembangkang untuk diserang kerana dek 'seorang wanita'! Kalau diperhatikan, seorang wanita itu pun dari awal-awal lagi langsung tidak menepati benchmark yang dinyatakan tadi:

"..mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat"
"..kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihanraya sekali"

Tak perlulah nak buka cerita tentang perlantikan jawatan baru tu. Ramai berpendapat jawatan yang diwujudkan bertindih dengan kementerian sedia ada! Banyak persoalan timbul, apa guna kalau dah ada menteri yang memegang potfolio kementerian tersebut? Adakah ini jawatan tangkap muat yang dibuat semata-mata untuk seorang wanita?

MUNGKINlah ramai ahli parti menyokongnya. Tapi apa guna sokongan dalaman jika diluar tidak diterima RAKYAT. Kalau dah sampai tengok muka sahaja majoriti rakyat dah tarik muka mencebik. Maka usaha parti untuk menyampaikan mesej kepada rakyat pasti akan menemui kesukaran sama sekali.

Oleh itu para perwakilan eloklah mencongak kembali mengikut benchmark seterusnya, adakah beliau berjaya dalam parti dan pilihanraya? Adakah beliau calon yang menang pada PRU lepas?

Kalau dah kalah dalam pilihanraya, sepatutnya sudah cukup untuk kita membuat keputusan bahawa calon tersebut tidak layak. Kerna bila rakyat sendiri sudah menolak, bagaimana mungkin dia mampu memacu pergerakkan untuk mendampingi rakyat!

Janganlah gebang mendabik dada mengatakan diri layak, kerana mendapat majoriti sokongan daripada 3.2 juta ahli parti. Walhal realiti utamanya adalah usaha meraih majoriti sokongan lebih 13 juta pengundi bagi mengekalkan kelangsungan parti terus relevan sebagai kerajaan.

Itu kalau cerita calon yang kalah pilihanraya. Bagaimana pula jika calon itu dahlah kalah PRU12! Dah tu, tidak dicalonkan langsung pada PRU13! Rasanya ahli akar umbi boleh fikir sendiri keputusan yang sepatut-patutnya diambil untuk kategori khas macam ni.

Cukuplah sekali dengan perlantikan orang kalah ke jawatan tertinggi parti dan kabinet. Lakukan transformasi demi UMNO umumnya dan pergerakkan WANITA khususnya, pada PAU nanti.

Jangan jadikan kesilapan seorang wanita menjadi sebuah kesilapan pergerakan WANITA dan UMNO seluruhnya!

Sumber : Perisik Rimba

K7L : Hurm..berat ni..

Mengapa Guan Eng Haramkan #TandaPutera Di Penang Didedahkan?



Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.

Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.

Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya: Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu?kenaapa Keretaapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu?( Baca buku
Memoirs of Lee Kuan Yew)

Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah(Pak Melan) juga ada bersama.

Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah kena!orang kita dah kena!

Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama ,Tunku Abdul Rahman Putra dalam pekara ini adalah benar dan tepat.

Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kEjadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan mayat bergelimpangan. Orang orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew . Racun yang mereka semai telah membunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.

Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung"

Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah bagitu celupar. Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur,sama ada sebagai penjaja di pasar,peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.

Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.

Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan " Ini kalilah."

Populasi Melayu akan bertambah, profesional Melayu akan semakin ramai. Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerentahan BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.

Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menapikan.

Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.Dia pasti tidak akan berjaya.

Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni,makmur dan aman damai.


Tun Razak memberitahu doctornya :"Saya mahu sedikit masa lagi." tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.

Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa.

Zainudin Maidin - Mantan Menteri Penerangan Malaysia

Apa kata Jamawi Jaafar? 


Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk