22/08/2013

Tatu Nama Sahabat Nabi Di Tapak Kaki - Puak Syiah Biadap Hina Khulafa' Ar Rasyidin! #SyiahSesat



Jenayah perang yang sedang berlaku di Syria adalah bukti penentangan terbuka pengikut Syiah tehadap umat Islam.
Keterbukaan pengikut Syiah membenci sahabat-sahabat Rasulallah iaitu Saidina Umar bin Al Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Abu Bakar As Siddiq juga tidak pernah diselindungkan.

Amat biadap apabila seorang lelaki Syiah, didapati menulis nama-nama sahabat nabi ini di tapak kakinya. Bersama coretan nama-nama insan yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah Taala ini, disertakan perkataan ’3 idiots’.

Betapa terpesongnya puak Syiah memandangkan Nabi Muhammad SAW sendiri amat mengasihi ketiga-tiga sahabatnya.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang tersilap langkah mengikut fahaman yang terang-terangan sudah terkeluar daripada Islam ini.

K7L : Jauhi syiah..

Update #KalimahAllah : Huru Hara Depan Istana Kehakiman?




Menurut maklumat daripada Pemuda UMNO Putrajaya yang berada di hadapan Istana Kehakiman, kini Perbicaraan sedang berjalan semula selepas ditangguh untuk berehat. Calon KP Putrajaya, Saudara Ahmad Faisal memberitahu :

"Doakan agar keputusan hari ini memihak kepada kita. InsyaAllah"

Manakala Calon NKP Putrajaya, Saudara Nasru Syazwan berkata : 

"Allah adalah hak mutlak Islam. Jangan politikkan kalimah Allah itu yang penting. Sama-sama kita doa dengan keputusan hari ini."

Keris ketika ini sedang berada diluar kawasan atas urusan kerja. Maka cuba ikuti twitter rakan Keris untuk ikuti perkembangan selanjutnya. Klik Sini

K7L : InsyaAllah yang hak akan berdiri..

21/08/2013

Tanda #R4BIA Adalah Sesat?



Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬? Apakebenda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

K7L : Ya Allah selamatkan saudara-saudara Islamku..

18/08/2013

Selepas @KhairyKJ - Siapa Yang Akan Umum Lawan #KPUMNOMsia #Pemilihan2013


Siang tadi, YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa dirinya akan mempertahankan kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekaligus menutup khabar-khabar angin YB KJ cuba lawan kerusi lain.

Sekarang kita nak tahu ada pencabar ataupun tidak?


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pucuk pimpinan Umno Oktober depan.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata keputusan itu dibuat setelah beliau memikirkan semasak-masak dan mendapat restu daripada rakan-rakan akar umbi.

"Saya telah fikir panjang soal pemilihan parti ini dan setelah saya berbincang perkara ini dengan rakan-rakan di peringkat akar umbi dan minta pandangan daripada rakan-rakan exco Permuda Umno Malaysia, negeri, ketua pemuda bahagian termasuk juga perwakilan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.

"Saya mohon diberikan sepenggal lagi sebab ada banyak perkara masih belum dapat diselesaikan dalam sepenggal sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kampung Gadong dekat sini.

"(Jawatan) ini memerlukan kesinambungan dan saya sudah meletakkan satu perancangan bermula daripada empat tahun yang lepas supaya Pemuda Umno dan BN menjadi lebih relevan kepada generasi muda dan citarasa mereka.

"Dengan pendekatan dan program yang kita jalankan lebih melambangkan keterbukaan dan membawa semangat kenegaraan yang dibawa oleh Perdana Menteri kita.

"Selepas dilantik menteri...saya merasakan ada lagi banyak kerja yang perlu dibuat, saya melihat dengan lebih jelas lagi cabaran yang dihadapi oleh generasi muda.

"Dan bagaimana kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan persekutuan harus menggubal program, dasar dan bertindak supaya lebih relevan dengan kehendak dan juga citarasa orang muda di negara ini," katanya.

Mengenai kemungkinan pertandingan bagi merebut jawatan itu, Khairy berkata beliau mengambil sikap terbuka dan beliau tidak mahu ada usaha-usaha untuk menghalang mereka yang ingin bertanding jawatan itu.

"Kita sebagai pemimpin parti mesti menghayati, mengamalkan dan mesti menjiwai pindaan kepada perlembagaan parti iaitu jawatan ini dibuka untuk dipertandingkan.

"Bagaimanapun, kita buat pengecualian kepada jawatan presiden dan timbalan presiden sebab itu soal kestabilan parti dan perpaduan tetapi (bagi) jawatan lain, kita tidak menghalang sesiapa nak bertanding (lawan)," ujar Khairy. -Bernama

15/08/2013

Jurugambar Wanita Islam Ditembak Mati Di Mesir! #SaveIslam




Moga Allah SWT pelihara umat Islam di bumi anbiya Mesir. Doa umat Islam di seluruh dunia agar segalanya menjadi tenang dan kembali aman.



K7L : Ya Allah..Selamatkanlah Islam...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk