23/04/2013

@hajihusammusa Gagal Baca Ayat Al-Quran Dengan Betul! Ini Wakil Parti Islam? #GE13 #PRU13



Tempohari Keris, MSpy dan Penembak Tepat hadir untuk dengar Husam Musa melalut. Kami yang baru pulang daripada surau dengan memakai kopiah dan baju melayu cubalah nak tengok alim dan zuhud ke Husam ni.


Awal-awal lagi dah foul sebab Anwar dan Nik Aziz tak datang pun ceramah tu tapi mereka umum pada awalnya diorang berdua tu hadir. Teeettt! Dah satu dah penipuan yang dibuat oleh Husam Musa.


Awal-awal lagi ahli-ahli PAS dah kena kencing. Itu tak apa lagi, paling tak boleh diterima adalah kesilapan Husam Musa yang kononnya pandai agama terkantoi baca Al-Quran.

Ayat dibaca olehnya salah apabila menyebut 'nasrallah' bukan 'nasrullah' dalam surah An-Nasru tersebut. Satu lagi 'wastagfir' dibaca 'wastagfar' bukti bagaimana kalam Allah sudah tidak sama di mulut seorang Naib Presiden Parti Islam akibat perbuatannya.

Kerana pengalaman rakan Keris, Panglima memang menghafal Al Quran ia tidak akan salah jika kita bersih jiwa raga dan selalu mengulangnya. Namun jika hati diisi dengan dosa dan putar belit semata, maka kita akan kotor diri dan sukar membaca kalam Ilahi dengan lancar.

Inilah yang berlaku dan inilah yang Allah mahu tunjukkan kepada kita barangkali. Namun adakah ada yang berakal fikiran waras meneliti setiap yang berlaku dengan hati yang ikhlas mencari kebenaran ?




K7L : Suka sangat tipu orang kan?..

@MctheoryCroniez Dedahkan Penyelewengan PAS Kedah Pasal Sekolah Agama? #GE13 #PRU13



Mctheory dah mula panas masa dia call Keris semalam. Bukan main marah dia. Maunya dia tak marah bila tahu sekolah agama pun jadi mangsa kerakusan puak PAS seleweng duit. Apa yang Mc marah sangat? :

Mc terkejut pada mula membuka helaian laporan audit satu sekolah Agama yang telah lama bertapak di Kedah ni. Maktab Mahmud, sekolah agama yang dikatakan terbaik di seluruh Kedah. Sekolah agama idaman pada ibu-bapa yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama secara serius.

Bila sebut nama Maktab Mahmud, akan ada satu standart dan level khas dalam pemikiran orang Kedah. Malah untuk menjadi pelajar Maktab Mahmud juga bukan mudah, perlu melalui pelbagai ujian sebelum dapat dilantik menjadi pelajar di Maktab Mahmud.

Begitu besarnya nama Maktab Mahmud di pemikiran orang Kedah. Selama lebih 50 tahun BN memerintah, Maktab Mahmud telah menjalankan tugas mendidik dan melahirkan ramai ilmuan agama, bertindak cemerlang dan tak pernah pula Mc mendengar masalah penyelewengan dan masalah pengurusan.

Bila Kedah jatuh di tangan Pas. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Sepatutnya Maktab Mahmud menjadi lebih cemerlang dan terbilang dibawah Pas, namun ia tak jadi begitu, ia jadi terburuk pulak. Pengurusan yang tidak cekap, pegawai tidak mempunyai 'punch card', laporan akaun yang serabut dan keliru. Malah ada laporan audit yang agak misteri, seperti pembayaran wang tidak mempunyai resit, ada dua nombor resit yang sama dan pembayaran Maktab Mahmud, diletakkan atas nama pengetua, bukan atas nama institusi.

Kalau Mc dan rakan lain tulis dalam blog dengan kosong, tanpa bukti, orang akan kata kami ni tipu, fitnah!


Mc dan rakan blogger Kedah lain tak fitnah, kami mempunyai laporan lengkap audit dalaman dan kami akan dedahkan satu per satu. Mc percaya pada waktu ini sudah ada pemimpin Pas Kedah yang sudah berpeluh, kerana pekung mereka akan dibongkar oleh kami.

Sebab tu Mc kata, puak Pas ni puas mengutuk Kerajaan UMNO/BN dikatakan tidak telus, rasuah, kroni dan sebagainya. Tetapi bila mereka dapat kuasa, mereka jadi lebih teruk dari orang yang mereka tuduh! Mereka tuduh kita rasuah dan penyelewengan tanpa bukti! Tapi kita dedahkan penyelewengan mereka dengan dokumen dan fakta! Mari kita lihat siapa yang kena!

Kalau mengikut laporan audit yang kami terima, hampir semua Maktab Mahmud diseluruh Kedah mempunyai masalah audit dan pengurusan. Tapi paling teruk ialah Maktab Mahmud Alor Setar, tidak ada sebarang rekod!


Maknanya tidak ada rekod kewangan, resit, pembayaran dan lain-lain? Dahsyat!! Tengok lagi helaian dokumen di 
Kedah Ke KL

K7L : Sekolah agama pun jadi mangsa..Islam tak ajar semua ni..

Zul Noordin Dah Minta Maaf Pada Kaum India - Azmin Bila Nak Minta Maaf? #TolakPR #GE13 #PRU!#




Semua orang konon kata Zul Noordin tidak diterima masyarakat India di  permohonan maaf kepada Kaum India. Namun begitu mereka yang menuduh sebegitu gagal menghasut kaum India sebenarnya. 

Zul Noordin dah pun minta maaf kepada kaum India di seluruh Malaysia. 


Semua yang dihamburkan dulu diakui dan sebenarnya ketika dia masih dalam parti yang sesat iaiatu PAS. Alhamdulillah dia dah kembali ke jalan yang benar. Orang PAS nak marah? Pemimpin PAS memang dah banyak melalut beb.

Nama je PAS, baca ayat Al-Quran pun salah tetapi mereka ini beragak zuhud untuk mengaburi mata rakyat Malaysia. Sekarang Zul Noordin dah minta maaf. Macamana dengan Anwar, Salahuddin Ayub dan Azmin Ali?

K7L : Pisau Kedah dah tak marah Zul Noordin kan?..

22/04/2013

Atuk Ini Solatnya Tidak Sah? Nik Aziz Perlu Undur Diri dari Terus Merapu!




Wahhh! Adakah atuk ini tergolong dalam mereka-mereka yang tidak dapat pahala biarpun menunaikan solat? Video [bawah] bukti Nik Aziz kata begitu. Usah pusing cerita lagi. Kegilaan dia menentang UMNO membawa kepada perpecahan ummah sebenarnya.

Mengapa Keris kata begitu? Kerana dia berkata sesuatu yang tidak patut dihamburkan hanya kerana ideologi berlainan dalam politik. Seolah-olah PAS itu satu agama pula sehinggakan PAS sahaja yang layak dapat pahala? Sokong DAP tak apa?




Keris terbaca di Harapan Esok tentang DAP yang dibenarkan pakai lambang PAS. Kononnya atas alasan mahu DAP terus bertanding selepas bimbang ROS akan batalkan DAP kerana gagal kemukakan bukti CEC-DAP berada dalam keadaan telus dan adil.

Untuk orang UMNO yang sudah tentunya Islam 'dikafirkan' namun DAP yang mengambil kesempatan memanipulasi lambang PAS untuk undi Melayu-PAS dibenarkan malah diagungkan pula.

Akhirnya sampaikan ke surau dan masjid pun dibenarkan letak lambang DAP. 



Kau ingat orang Islam tidak marah selepas logo DAP ditampal pada kalimah yang diletakkan dihadapan surau? Sokong PAS sama seperti sokong DAP. Kalau tanya Keris, gambar diatas menjadi bukti DAP mula memberi amaran Islam akan ditindas?

Masihkah kau ingat pasal Teresa Kok?


K7L : DAP jangan cabar Melayu..

Gila! Blogger Pro BN Fitnah Nik Aziz Pasal 'UMNO Smaye Dokleh Pahalo"?



Benarkah kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diputar belit sebagaimana yang didakwa oleh Setiausaha Akhbar Nik Aziz itu. Atau memang Nik Aziz dan gerombolannya pemutar belit.

Setelah pelbagai kenyataan mengkafirkan orang Umno dengan menafikan pahala amal ibadat orang Umno dikeluarkan oleh Nik Aziz, tetiba mereka tanya kepada kita "dimana salahnya ?". Akhirnya Umno jugak yang dipersalahkan atau dengan kata lain semua salah Umno.

Politik seperti ini tidak patut ada dalam negara maju seperti Malaysia, ia sangat memalukan, dengan menambah perkataan "JIKA" semua hal disalahkan keatas Umno, sedangkan Nik Aziz sebelumnya secara jelas memfitnah orang Umno tanpa sebarang perkataan "JIKA" atau seumpama dengannya.

Ringkasan, Nik Aziz ni ulamak apa ? Ular dalam semak pun lebih mulia daripada Nik Aziz, namun jika Ulamak Islam sudah pasti apa yang hendak dihukumkan itu tidak dibezakan antara parti orang Umno ataupun orang Pas, cukup sekadar berkata, "kita umat Islam kalau kita riak dalam amal kita, kita tak dapat pahala". baca selanjutnya di [Gelombang Kick]


K7L : Yang dalam video ni dia kata apa?..gila?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk