25/07/2012

[Video] Ahli PAS Seumur Hidup Hentam Tiket Syurga Nik Aziz!


Syurga milik Allah S.W.T.. Syurga bukan milik PAS.. belum tentu Nik Aziz dan Hadi Awang boleh masuk syurga - Hassan Basri





Ini orang PAS yang cakap. Jangan tuduh UMNO pulak! Ini kenyataan berani Ustaz Hassan Basri yang memang memandang tinggi kepada perjuangan PAS namun tidak sanggup melihat  ahli-ahli PAS dipesongkan akidah dan akhlak kerana mahukan kuasa.

Dia tidak sanggup melihat orang-orang PAS digunakan oleh DAP dan PKR. Dia tak sanggup lihat Islam dipecahkan oleh pemimpin PAS untuk kuasa. 

K7L : Nik Aziz perlu malu dengan Hassan Basri..

24/07/2012

@MahfuzOmar Tunjukkan Dirinya Bodoh Dengan Hina Wanita Cina!



Inilah kebodohan seorang Ahli Parlimen pujaan PAS. Dia hina laporan polis seorang wanita cina. Tak kisahlah atas sebab apa pun namun begitu dia tiada hak untuk berkata demikian untuk mencari modal salah Polis. 

Apalah dosa pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri dekat dia. Rasanya di Pokok Sena ada banyak kes. Kes yang melibatkan Mahfuz jugak! Nak tahu? Keris akan minta rakan-rakan Team Media Kedah untuk bongkarkan. Sebab bukti dah ada kerana Keris baru sahaj pulang daripada Pokok Sena untuk melihat sendiri masalah yang melibatkan Mahfuz.

Get Ready!

K7L : Agak-agak kalau Keris senaraikan laporan polis Mahfuz Omar yang dia minta tolong polis nak tak?

Tidur Boleh Batalkan Puasa?



Nabi SAW bersabda;

"Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan."

(Hadis Riwayat Al Baihaqi)

Pendapat Ulama

Tidur sekejap juga dibenarkan jika untuk berehat.Tidur terlalu lama menjadi makruh kerana melemahkan badan dan jika banyak tidur,kuranglah berbuat ibadah.

Pendapat Keris 7 Lok

Kalau tidur dari subuh sampai ke maghrib puasa apanya? Sebab itu tidur ketika berpuasa bukan lama. Sekejap sahaja agar kita punya temaga untuk beribadah atau melakukan rutin kerja.

Wallahua'alam

K7L : Keris bukan ulama atau orang yang tinggi ilmu agama namun Keris suka berkongsi ilmu yang Keris terima.

Orang UMNO Perlu Sedar Selepas Tonton Video Tun M Ini!




Satu teguran yang baik dan memberi bukti kepad aorang luar bahawa didalam UMNO masih wujud pejuang-pejuang yang tidak berkepentingan berbeza dengan pembangkang yang hanya menggunakan rakyat demi kepentingan mereka.

Kepada orang-orang UMNO mahupun pemimpin UMNO perlu mengambil perhatian dan bersedia menerima teguran ini dalam memartabatkan lagi perjuangan agama, bangsa dan negara yang menjadi dokongan UMNO selama ini.

K7L : Dengar dan ambil yang baik..payah juga kalau tak boleh ditegur,,

'Kesopanan Dan Kesusialan' Doktrin Baru DAP Pada Rakyat Selangor?



Menurut portal MyMassa terdapat buku yang diedarkan di beberapa sekolah dengan pengubahan pada rukun negara yang terakhir.

Kejadian ini berlaku di Selangor di mana menurut pengirim gambar ini, dari pengetua hingga cikgu biasa, majoritinya penyokong pembangkang. Ini cara mereka memberi mesej mereka menolak keharmonian sedia ada. Inilah mesej yang tersirat yang boleh kita lihat.

Cuba anda semak di buku anak anda. Mungkin anda juga akan jumpa perkara yang sama. Janganlah sampai buku sekolah pun mahu dicela dengan politik pembangkang!

K7L : Baru memerintah Selangor dah buat macam ini,,masa untuk orang Selangor bangkit!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk