27/12/2011

Ada Lagi Gay Melayu Awal Yang Kahwin Sebelum Ariff Alif


Siapa kata Ariff Alfian Rosli melayu gay pertama yang bangga berkahwin dengan jantan bernama Jonathan?, Ada seorang lagi seorang lelaki melayu siap bersampin dan bersongkok berkahwin dengan lelaki Greece di Greece!. Gambar seperti dibawah:-



Dikhabarkan mamat ni jadi songsang lagi awal daripada Arif Alfian! 

Qalluinalilahwainailahirajiun. Ini akan berleluasa kalau benar hak seksualiti merdeka berjaya seperti yang dijuangkan oleh sesetengah puak PR!

Selamatkan Akidah anak muda ISLAM!


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Apa nak jadi ni?

Status Agama Isham Rais Apa Sebenarnya?


Terima kasih pada rakan blogger KedahKeKL yang mendedahkan perilaku songsang Tukar Tiub. Mungkin dia merasakan tindakan dia tidak salah, tetapi dia tidak sedar negara ini negara Islam!. Inikah orang yang rakyat semua mahu ikut?. Blogger Tukar Tiub ataupun pencacai PR bernama Hishamuddin Rais ini telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. 

Dengan apa yang ditulis oleh dia sempena krismas ini boleh merosakkan akidah anak muda Islam yang percaya kepadanya. Bagi orang melayu yang beragama Islam dan mahasiswa khususnya, adakah orang sebegini yang mahu diikut? Yang menjadi kepala tentera Bersih tempohari! Yang mungkin menjadi calon pada PRU13! Lihat petikan entri dari blognya : 




Sekarang baru kita tahu mengapa dia tanpa segan silu mempersoalkan Ketua Agama kita iaitu Sultan di SINI.

Mengikut info yang disampaikan Mctheory :

Nabi Isa tak dilahirkan pada 25 december.. 25 december ialah hari kelahiran dewa yunani yg bernama Mithras.. Mithras tu yg disebut sebagai anak tuhan kemudian di asimilasikan ke dalam cerita yesus yg kemudian di sebut kristus..

Kita sebagai umat Islam di Malaysia hanya menyambut Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Jangan rosakkan akidah anak bangsaku!


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kurang ajar dia ini..menyirap darah kalau tengok muka dia!!!!!

26/12/2011

UMNO-PAS Bersatu - Adakah Ia Suatu Kemungkinan?



Keris juga melihat penyatupaduan ini sesuatu yang bagus kepada umat Islam khususnya namun entah mengapa ada pihak disebelah sana yang beria-ia tidak mahu bergabung. Benar kata pensyarah diatas dimana keinginan untuk menjadi calon mengatasi perjuangan bangsa,agama dan negara sekaligus membuatkan penyatupaduan itu mustahil akan berlaku.

Keris ada juga bertanya dengan rakan PAS dan beliau menyatakan bahawa sebenarnya ramai orang PAS mahu bergabung setelah melihat kini PAS seakan dikawal oleh DAP dan DSAI tetapi pihak atasan yang berkeras menolak perpaduan itu.

Merujuk kembali kepada perjuangan lama mereka, nyata hari ini PAS tidak lagi membawa simbolik Islam sebagai keteguhan perjuangan mereka sebaliknya lebih kepada kesamarataan yang sudah tentu tidak membantu dalam keperkasaan Islam di Malaysia.

Keris melihat polemik perjuangan PAS ini harus dikaji semula oleh ahli-ahli mereka supaya tidak akan menyesal di kemudian hari. Sifat taksub pada pemimpin jiga harus dikurangkan kerana takut syirik pula, manakan tidak syirik jika air basuh tangan juga dengarnya ada diminum. Wallauahalam samada berita yang disampaikan pada telinga Keris itu benar atau tidak namun jika lihat dari segi luarannya perkara tersebut tidak mustahil jika ianya berlaku.

Natijahnya prinsip perjuangan itu harus jelas, jangan berubah mengikut angin, kejap Islam kejap berkebajikan. Umum tahu PAS dan PKR parti yang kecewa dengan UMNO kerana tidak dapat jawatan. Tak percaya? SIla rujuk sejarah mengapa PAS keluar dan mengapa PKR ditubuhkan.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: PAS? Selagi Nik Aziz jadi Mursyidul Am, jangan harap pada perpaduan melayu islam..dia punca melayu tidak bersatu!..

Surat Terbuka Buat Hasan Ali Dari Al-Azharri Siddiq


Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Dato' yang dihormati,

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' atas keberanian Dato' mempertahankan prinsip perjuangan Dato' memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara kita. Walaupun Dato' diserang dengan tidak sepatutnya oleh rakan-rakan di dalam parti seperti Setiausaha Agong parti dan kepimpinan parti di negeri Selangor, ianya tidak mematahkan kekuatan minda dan jihad fisabillillah yang Dato' perjuangkan.

Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di negeri Selangor, sememangnya insiden di DUMC tempohari amat menggugat kemarahan kita apabila saudara seagama kita ditarbiyahkan dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian, yang nantinya akan membawa kepada isu yang lebih besar iaitu Pemurtadan. Saya percaya ada banyak lagi kes lain yang Dato' tidak sempat sebutkan seperti kes penjualan Arak dan aktiviti Judi di kawasan penduduk majoriti masyarakat Islam. Keberanian Dato' menegur Exco Kanan DAP dalam Kerajaan DAP Selangor dalam kes ini telah membuka pekung dan masalah besar yang berlaku di dalam pasrti PAS selepas berkawan dengan DAP.

Apabila Dato' bercakap isu 3R (Religion, Royal & Race), Dato' telah dituduh sebagai bersuaranada UMNO. Apabila Dato' menentang dasar baru parti iaitu Negara Berkebajikan sebenarnya Dato' memang bukan berada di arena yang betul. Seperti kata Dato', pembuat Dasar di dalam parti PAS hari ini dikuasai oleh kira-kira 65% golongan profesional, dan tinggal lagi hanya kira-kira 35% golongan Ulama. Maka, sudah tentu istilah-istilah sekular seperti Negara Berkebajikan, PAS For All (kalau di Israel, mereka gunakan kod Israel For All), Islam Liberal, Islam Plural (seperti Ucapan DS Anwar di Eropah yang memberi maksud semua agama sama yakni mempunyai Tuhan yang satu), Kesamarataan dan sebagainya akan juga menjadi seperjuangan kepada parti PAS itu. Semua itu adalah sesuatu yang alergik kepada PAS khususnya di dalam era Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa malah asing juga kepada TG Haji Hadi Awang.

Pada saya, sama juga seperti kata Dato', tiada gunanya menjadi kerajaan (pemenang) sekiranya air mata berderai melihat umat Islam di Selangor tidak mampu dibela. Dato' hampir-hampir umpama patung bernyawa. Bukan sahaja isu di DUMC dan kes penjualan Arak itu Dato' tidak berjaya atasi, walaupun Dato' mempunyai kuasa exco atas hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-adat bangsa Melayu di Selangor. Dato' pasti tidak lupa masalah besar yang belum meletup di Sepang, bagaimana surat dan arahan Dato' di sana terpaksa dibakulsampahkan kerana kakitangan telah mendapat arahan baru dari dua orang Exco Kanan DAP. Rukun Tetangga di situ, ahli kareah di situ, kebanyakannya ahli PAS pun Dato' tak mampu hendak membela masa depan mereka dek kuatnya DAP menutup dan mengikat pergerakan Dato'. Berapa banyak surat mereka yang Dato' sendiri malah Menteri Besar pun tidak mampu tolong. Malahan Menteri Besar Selangor pun terpaksa tunduk kepada Exco-Exco kanan DAP dalam hal ehwal umat Islam. Kerana kerajaan DAP Selangor menggunakan konsep samarata, samakuasa, sama-sama di dalam banyak perkara.

Maka, tidak ada gunanya lagi Dato' berada di dalam satu jamaah yang Dato' tidak boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Saya telah menulis banyak tentang Dato', saya berharap Dato' mufaraqah dengan segera demi kebaikan umat Islam di Selangor, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara. Dato' Mahfuz sendiri meminta Dato' segera meninggalkan jamaah tanpa perlu menunggu masa dipecat. Dato' harus ingat suara itu adalah suara siapa?

Salam Hormat. Assalamualaikum
Ditulis oleh: Al-Azharri Siddiq Hj. Kamunri - jentayubaka.blogspot.com



Keris berpendapat bahawa Hasan Ali ini sebenarnya tidak bersalah dan dia dipermainkan oleh puak erdogan dan anwarinnas dimana Hasan Ali telah dibunuh karakternya atas sebab beliau tidak menyebelahi pihak mereka.

Melalui kenyataan Hasan Ali tentang isu Setiausaha Agung PAS yang tidak mahu menjawab berkaitan dikatakan dirinya terbabit berjumpa dengan pihak UMNO seharusnya disiasat oleh Majlis Syura secara telus dan tidak berat sebelah.

Siapa yang berada di pihak yang salah? Hasan Ali ataupun Mustafa?. Keris akan cuba dapatkan feedback dari rakan yang juga seorang jumud PAS tegar mengenai isu ini.



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Semakin ramai pemimpin PAS yang takut beri kenyataan sebab selalu kantoi..

10 Tips Jaga Akidah Yang Bukan Cara PAS!


  • Ibu bapa sebagai role model - Ibu bapa merupakan role model yang paling berkesan untuk anak-anak. Segala apa yang mereka lakukan akan dilihat dan diikuti oleh anak-anak. Oleh itu, setiap ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh yang terbaik dari segi akidah mereka terlebih dahulu. Ibu bapa yang tidak mementingkan persoalan ini boleh menjadikan anak-anak hilang pedoman. Merekalah yang akan menentukan arah mana yang akan menjadi ikutan anak-anak.
  • Pendidik tidak formal - Selain menjadi role model bagi membentuk akidah, ibu bapa juga bertindak sebagai pendidik secara tidak formal. Pendekatan secara nyata dan tersurat boleh digunakan dalam pendidikan akidah. Misalnya, memperkenalkan cerita-cerita para Rasul dan orang-orang soleh untuk kanak-kanak. Begitu juga dengan cara mendedahkan anak-anak kepada al-Quran atau tulisan jawi. Dengan ini pegangan agama dan akidah tersemat erat dalam diri kanak-kanak. Mereka boleh menghubungkan segala aspek kehidupan dengan pegangan akidah.
  • Pendorong anak-anak - Ibu bapa juga boleh bertindak sebagai pendorong kepada anak-anak. Mereka boleh menguatkan pegangan akidah dengan menyediakan segala kemudahan pembelajaran. Begitu juga mereka boleh menjawab persoalan yang dikemukakan oleh anak-anak dengan mewujudkan suasana mesra di dalam rumah. Ibu bapa juga merupakan penghalang utama kepada pengaruh negatif yang mungkin menyerang kanak-kanak daripada pelbagai sudut seperti bahan bacaan, hiburan dan keadaan sekeliling.
  • Penyampai ilmu - Di samping itu, ibu bapa bertindak sebagai penyampai maklumat atau ilmu. Ini kerana, ibu bapa merupakan orang pertama yang dikenali oleh kanak-kanak. Mereka hendaklah menyampai maklumat sepenuhnya tentang Islam terutama berkenaan akidah keimanan dan tatacara kehidupan seorang Muslim. Jika mereka gagal menyampaikan ilmu, nasib anak-anak akan terbiar. Mereka menjadi jahil kerana sikap ibu bapa yang tidak mengambil peduli pada penyampaian ilmu. Ini penting kerana ilmu berkaitan akidah dan sebagainya dipindahkan menerusi cara perkhabaran, terutamanya pada peringkat kanak-kanak.
  • Pendidikan kolektif - Kanak-kanak juga perlu mendapat pendidikan secara kolektif di rumah. Antaranya solat berjemaah, membaca al-Quran, makan bersama, lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan dengan Islam, perbincangan atau sambutan hari kebesaran Islam. Salah satu amalan yang boleh dilakukan oleh pihak keluarga dan sekolah untuk kanak-kanak adalah solat jemaah.
  • Membaca al-Quran - Selain itu, pihak ibu bapa dan sekolah juga perlu memperuntukkan masa untuk mengajar al-Quran kepada kanak-kanak. Di rumah, ibu ataupun bapa boleh mengajar anak-anak dengan al-Quran. Ia boleh dimulakan dengan mengajar buku Iqra’ atau lain-lain buku permulaan bagi membolehkan kanak-kanak mengenal dan kemudiannya dapat membaca al-Quran dengan lancar.
  • Makan bersama - Anak-anak juga perlu dididik dengan amalan makan bersama ahli-ahli keluarga. Di samping menikmati hidangan bersama, ibu bapa boleh menggunakan kesempatan memberi nasihat sambil berbual-bual. Antara perkara yang boleh dijelaskan adalah ilmu berkaitan halal haram sesuatu makanan dan minuman. Ibu bapa boleh menjelaskan sebab-sebab ia diharamkan.
  • Lawatan ke tempat bersejarah - Satu lagi aktiviti yang boleh dijalankan oleh ibu bapa ialah lawatan ke tempat bersejarah. Hal ini bertepatan dengan ajaran al-Quran yang menganjurkan umatnya mengembara ke merata tempat bagi mengambil pengajaran dan menambah pengalaman hidup. Anak-anak tidak sepatutnya dibiarkan terperap di dalam rumah sehingga membantutkan akal dan pemikiran mereka. Kata orang, banyak berjalan banyak pengalaman. Oleh kerana lawatan sebegini memerlukan perbelanjaan dan juga masa, ia perlu dirancang terlebih awal begitu juga dengan pengisiannya.
  • Berbincanglah - Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk berbincang dengan anak-anak dan berusaha mewujudkan suasana perbincangan dalam keluarga. Pendekatan sebegini akan memudahkan kanak-kanak meluahkan masalah yang mereka hadapi.
  • Sambutan hari besar - Meraikan sambutan hari-hari penting dalam kalendar Islam seperti Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban, permulaan puasa bulan Ramadan, tahun baru Hijrah, Maulidur Rasul dan sebagainya boleh mengeratkan hubungan anak-anak dengan Islam. Ia juga boleh membentuk jati diri anak-anak apabila kuatnya tautan mereka dengan ajaran agama.
Sumber:  HasrulHassan.com


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Lupa nak tambah..jangan kafirkan sesama Islam pun boleh jaga akidah diri..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk