25/10/2011

#PasSesat : Hasan Ali Tidak Layak Berada Di Dalam PAS!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Sebak mendengar alunan munajat oleh Dr Hasan Ali. Kerana keteguhan beliau mempertahankan agama dan tidka menurut arahan songsang PAS maka kini beliau terus dikecam.

Dipetik daripada sebuah blog Pencacai PR
Hassan Ali Bangsat UMNO di sebalik selimut PAS akhirnya tunjukan ekor serigala!


[HasanAli+bangsat+UMNO+di+selimut+PAS+copy.jpg]


Bangsat UMNO disebalik selimut PAS yang bernama Hassan Ali akhirnya menunjukkan ekor serigalanya dengan menghasut beberapa penyokongnya mengeluarkan kenyataan keluar Pakatan Rakyat! Dia mesti dibuang oleh PAS untuk mengelakkan daripada menjadi beban kepada semua di PAS dan Pakatan Rakyat!

Bangsat
Hassan ini yang juga tali balut UMNO yang cuba merampas kuasa jadi Menteri Besar Selangor! Ini adalah seekor katak yang dibenci seluruh rakyat Selangor dan Malaysia amnya!

Inilah yang sering terjadi didalam PAS jika mereka tidak mahu mengikut 'kehendak' kepimpinan yang kini dimonopoli oleh puak anwarinnas, maka mereka akan 'dibunuh' daripada terus dipandang tinggi oleh ahli PAS. Keris ingat dulu bahawa Dr Hasan ini pernah disebut-sebut sebagai pengganti kepada Hadi Awang dan beliau diarak keliling kampung saat beliau bersetuju untuk bersama dan bertanding diatas tiket PAS.

Hanya kerana kes MURTAD di DUMC dan kehadiran beliau dalam HIMPUN, beliau terus dikecam lebih-lebih lagi Khalid Samad yang tidak henti-henti mengkritik tindakan mulia beliau.

Di sini Keris ingin memesan kepada Dr Hasan Ali supaya keluar terus daripada PAS ataupun PAS harus pecat beliau kerana dia sudah tidak layak untuk bersama PAS yang kini berjuang dalam keadaan songsang. Dr Hasan Ali sudah tidak layak! Dari terus dihina ahli sendiri, lebih baik keluar atau dipecat!

Sekali lagi Keris ingin bertanya, Khalid Samad ini mewakili parti mana dan pegangan dia apa? Kerana setiap kali berkaitan agama Islam, dia orang nombor satu yang menentang dan jika berkaitan DAP dia yang paling hadapan untuk 'backup'.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Payah nak cakap..keluar atau dipecat sahaja yang mampu menyelamatkan keadaan Dr Hasan Ali..

#Bajet 2012 : Apa Lagi Nak Bising? Bajet PR vs Bajet BN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Disini Keris sediakan perbandingan diantara bajet PR dan bajet BN. Klik untuk besarkan gambar.


Ini Keris petik dari sahabat MyMassa



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kami mahu Malaysia maju..tak mahu jadi macam negeri yang anwar jadi penasihat ekonominya..hancus!

Fakta Tentang Libya & Siapa Yang Zalim?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


[Nota: Ada emel yang saya terima mengenai Muammar Ghadaffi dan Libya. Saya fikir mungkin elok saya kongsikan di sini. Saya juga ada membaca komen ini di sebuah forum - Rascock, Tell me that 1 year from now. I wonder what the lybians will be chanting then. Maybe the same tune as Iraqis "Before 2003, Iraq had 40,000 physicians, today the number is less than 12,000" - injustice. Ramai yang benci melihat video klip di atas, tetapi untuk menunjukkan betapa kejinya manusia, elok kita lihat video ini berulang kali. Ini yang sedang diajar kepada anak muda di Malaysia dan mereka tidak menyedarinya.]

Apa ya
ng telah Gaddafi lakukan untuk Libya
  • Tiada bil elektrik di Libya, elektrik percuma untuk semua rakyatnya.
  • Tidak ada faedah ke atas pinjaman, bank-bank di Libya milik kerajaan dan mengikut undang-undang pinjaman yang diberikan kepada semua warganegara pada kadar faedah 0%.
  • Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya - Gaddafi berikrar bahawa ibu bapa beliau tidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya mendapat rumah rumah. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia ketika beliau, isteri dan ibu beliau masih tinggal di dalam khemah.
  • Semua pasangan pengantin baru di Libya akan menerima Dinar $ 60,000 (AS $ 50,000) dari kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama agar mereka dapat membantu memulakan keluarga.
  • Pendidikan dan rawatan perubatan adalah percuma di Libya. Sebelum Gaddafi hanya 25% daripada Libya celik huruf. Hari ini, angka itu adalah 83%.
  • Sekiranya seorang rakyat Libya ingin membina kerjaya dalam bidang pertanian, mereka akan menerima sebidang tanah pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih dan ternakan untuk memulakan ladang-ladang mereka - Semuanya percuma.
  • Jika rakyat Libya tidak dapat mencari pendidikan atau perubatan kemudahan-kemudahan yang mereka perlukan di Libya, kerajaan akan memberi dana kepada mereka untuk pergi ke luar negara untuk mendapatkannya – ia bukan sahaja percuma malah mereka juga akan mendapat AS $ 2,300 sebulan, penginapan dan elaun kereta.
  • Di Libya, jika rakyat Libya membeli sebuah kereta, kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak 50% daripada harganya.
  • Harga petrol di Libya ialah $ 0. 14 seliter.
  • Libya tiada hutang luar negeri dan rizabnya berjumlah $ 150 bilion – kini telah dibekukan di peringkat global.
  • Jika rakyat Libya gagal mendapatkan pekerjaan selepas tamat ijazah, negera itu akan membayar gaji purata profesion seolah-olah dia diambil bekerja atau dia akan diambil bekerja sehingga dia mempunyai pekerjaan.
  • Sebahagian dari hasil jualan minyak Libya, dikreditkan terus ke akaun bank semua rakyat Libya.
  • Seorang ibu yang melahirkan anak akan menerima AS $ 5,000
  • 40 buku roti di Libya berharga $ 0,15
  • 25% daripada rakyat Libya mempunyai ijazah universiti
  • Gaddafi membangunkan projek pengairan terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek The Great Man-Made River; untuk membolehkan air disediakan ke seluruh padang pasir negara itu.

Inikah yang anda gelar sebagi raksasa? Media membuatkan dia kelihatan seperti bagaimana kebanyakan kita lihat, tetapi sumber yang sama yang memiliki media itu adalah orang yang sama yang membunuh beliau. Sebahagian daripada kita bersetuju bahawa media penuh pembohongan, bukankah begitu? Saya enggan untuk mempercayai bahawa kekejaman adalah sifat yang dating bersama sifat kemanusiaan. Hari ini adalah zaman yang dipanggil zaman FITAN, zaman Pembohongan.

Sumber : Tun Faisal Dot Com

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kat Malaysia ada ke konspirasi macam ini?..Keris rasa ada tapi mereka masih bergerak secara senyap..

24/10/2011

Kecoh Sangat! Pecatlah Hasan Ali Dan Ustaz Nasa Kalau Mereka Salah!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Dipetik dari blog Suara Bloggers


Tindakan Hasan Ali menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) membuktikan bahawa PAS Selangor kini sedang bergolak tatkala Jawatankuasa Tertinggi Parti berpendirian tidak menyokong Perhimpunan tersebut. Hasan Ali juga didakwa tidak sama sekali gusar dengan tanggapan dan persepsi Penyokong2 PAS Pro Sekular yang naik berang dengan keberanian Exco Selangor itu. Antara Pemimpin PAS yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau termasuklah musuh dalam Parti Khalid Samad. Timb. Pesuruhjaya PAS itu mendesak pihak PAS Pusat mengambil tindakan displin terhadap beliau yang bukan sahaja membelakangi pendirian parti malah turut berkempen menyeru Umat Islam di Selangor menyertai HIMPUN. Hasan Ali dalam kenyataannya sebentar tadi mendakwa beliau hadir sebagai Pemimpin Islam yang bukan mewakili parti mahupun Kerajaan Negeri. Turut hadir di dalam Majlis terbabit Ketua Pemuda PAS Wilayah yang telah mendeklamasi Sajak ANTI MURTAD yang dikarang oleh Nasrudin Tantawi.

Adakah PAS Selangor dan PAS Pusat sedang berkira-kira untuk menghukum Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasa?. Mereka juga turut dikecam dilaman-laman sosial oleh para penyokong pakatan rakyat ekoran kedegilan mereka untuk turut serta didalam menjayakan program perhimpunan aman 'HIMPUN' pada hari sabtu yang lalu.





Melihat komen-komen yang dihamburkan kepada mereka terutamanya kepada Dr Hasan Ali, Keris cadangkan supaya kepimpinan PAS memecat beliau bersama Ustaz Nasa jika benar apa yang mereka lakukan ini salah dari sisi agama Islam.

Berkenaan Khalid Samad a.k.a. Khalid Gereja, umum tahu bahawa dia adalah penyembah tegar DAP maka jangan hairan jika dia berang dengan tindakan Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasa.

Sekali lagi Keris ulang, pecatlah mereka jika benar mereka melanggar undang-undang parti dan ianya salah disisi Islam.



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kan Keris dah cakap..kalau berkaitan DAP dan gereja mesti Khalid Samad yang pertama 'back up'..bila bab Islam, dia yang pertama sekali tentang..persoalannya, apa agama yang dia pertahankan?

Akan Ada Demonstrasi Oleh DAP Nanti?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Keris telah m
endapat berita daripada seorang rakan bahawa dalam masa yang terdekat ini akan diadakan satu demonstrasi menentang Kedai Rakyat 1Malaysia oleh puak-puak DAP serta kuda-kuda mereka iaitu orang PAS dan PKR. Sepatutnya ia berlangsung pada 21 harubulan Oktober yang lepas, namun ia dibatalkan kerana kuda-kudanya perlu berhimpun untuk Prof Longkang Aziz Bari di Masjid UIAM.

Mereka mengatakan barang-barang di Kedai Rakyat 1Malaysia adalah barang yang tidak berkualiti serta tidak patut dibeli oleh pengguna. Sedangkan umum tahu malahan Keris juga pernah membeli barangan di kedai tersebut, ia barangan berkualiti dan murah.

Kedai Rakyat 1Malaysia ini dibuka untuk meringan beban masyarakat kelas pertengahan di bandar dan masyarakat luar bandar. Kenapa puak-puak DAP begitu dengki kepada Kedai Rakyat 1Malaysia?. Kita kaji semula barangan yang dijual, jelas kedai-kedai runcit yang mendapat bekalan daripada pemborong dan orang tengah penyokong DAP harganya mahal berbanding harga di KR1M. Malahan ada sesetengah barang tidak mempunyai tanda HALAL JAKIM atau ia ditanda dengan HALAL JAKIM PALSU. Berlainan dengan KR1M, mereka membekalkan barangan 100% Halal dan dijamin oleh Perdana Menteri kita sendiri.

Keris faham puak-puak DAP yang selama ini menindas rakyat Malaysia secara senyap melalui ekonomi mula merasa bimbang kerana setelah sekian lama mereka memberi tekanan kepada 
pengusaha-pengusaha atau pembekal-pembekal Bumiputera dengan pelbagai taktik. Namun setelah Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan, mereka pula berasa tertekan untuk menurunkan harga barang. 



Ada maklumat mengatakan :

Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia sebenarnya telah menyebabkan sebahagian besar daripada sumbangan kepada DAP terjejas. Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga yang dipaksa oleh para pemborong, orang tengah dan pengedar tradisional, menyebabkan kehadiran Kedai Rakyat 1Malaysia mendapat tentangan hebat daripada golongan berkenaan.

Seperti yang sedia maklum, golongan pemborong, orang tengah dan pengedar majoritinya merupakan penyokong serta penyumbang dana kepada DAP. Pun begitu, dalam hal ini, DAP tidak akan memperlihatkan tentangan mereka secara berterus-terang. DAP yang gemar bermain, baling batu sembunyi tangan telah menggunakan Anwar Ibrahim untuk memperkatakan tentang Kedai Rakyat 1Malaysia yang dikatakan menjejaskan golongan peruncit Bumiputera, walaupun pada masa yang sama, terdapat satu lagi skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu memperbesarkan serta menambahbaikkan kedai-kedai runcit di seluruh negara agar mengurangkan penggunaan pemborong, orang tengah dan pengedar tradisional.


DAP sedar, untuk mendapatkan kembali hak monopoli itu, mereka perlu menggunakan Bumiputera atau Melayu. Dengan menjadikan Kedai Rakyat 1Malaysia sebagai mengancam kedai-kedai runcit Melayu, mereka cuba menggerakkan orang ramai untuk membantah kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan barangan pada harga yang jauh lebih murah daripada yang dipaksa oleh orang tengah dan pemborong DAP.

Jelas bukan siapa punya kerja selama ini kerja siapa barang naik?. Bila barang yang dijual oleh konsesi kerajaan murah, mereka tuduh macam-macam. Tonton juga video mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia di SINI. Keris pelik, kenapa ada lagi Melayu yang sanggup jual bangsa mereka kepada DAP? Nantikan pendedahan seterusnya, masih dalam kajian.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kedai OldTown siapa punya?..saja nak tahu..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk