26/08/2011

Belia Putrajaya Merayau Di Malam Hari?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Buat apa mereka merayau malam-malam di Putrajaya lagi-lagi di bulan Ramadhan?.

Keris tahu ramai lagi belia-belia di seluruh Malaysia yang banyak menjalankan program-program bersama rakyat.Tetapi fokus kali ini adalah untuk membuktikan kesediaan anak-anak muda Putrajaya memecahkan tembok di antara meraka dengan orang ramai di kawasan Putrajaya untuk membentuk persefahaman serta perpaduan rakyat.

Apa yang Keris ingin sampaikan disini adalah mengenai inisiatif MBKP dalam mengeratkan sillaturahim diantara Belia Putrajaya dengan Barisan Pertahanan Putrajaya. Mereka mengenepikan keletihan bekerja di siang hari hanya untuk meraikan serta menghargai jasa baik pihak hospital, polis dan bomba dengan menjalankan program JOM Ziarah Sahur. 

Walaupun program ini tidak sempurna sepenuhnya, tetapi ia masih boleh dijadikan contoh kepada belia-belia lain supaya menghargai barisan pertahanan di Malaysia yang berjaya mengekalkan keamanan serta keselamatan negara.

Apapun mari kita lihat bagaimana mereka ini 'merayau' dalam program JOM Ziarah Sahur Anjuran Majlis Belia Kawasan Putrajaya.



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Suara Anak Muda itu penting, banyak idealisma yang boleh menjana Malaysia ke arah yang lebih baik datang dari anak muda..Tidak percaya?, SEJARAH mengajar kita.. 

25/08/2011

~ Nukilan Buat Anwar Ibrahim?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Dentingan jam
Seakan mengerti makna sebuah pengharapan
Bergarit luka-luka semalam
Terpalit diwajah darah-darah itu
Kenapa kau balas darah dengan darah??
Kenapa kau tunduk akur pada si dajal yang durjana??
Kenapa kau akur pada tuntutan nafsu si iblis??
Kenapa??
Makanlah daging saudara kau sendiri.
Ya, benar.
Enak rasanya bukan??
Akal kau dimana kawan??
Nurani kau dimana kawan??
Tunjangnya hati.
Putihkah hatimu?
Aku tak tahu.
Kuatkah azammu?
Aku sendiri tak tahu.
Ikhlaskah niatmu?
Aku tetap tidak tahu.
Bangun, bangun dari lenamu.
Jangan kau bermimpi untuk dijulang kelangit,
Saat kau dibenam ke dasar bumi.
Jangan kau menjadi si jenin
Mati jatuh tak sempat nak lari.Dan sekali ini,
Tentang harapanmu.
Aku tetap tak tahu

Merpati Puteh



Fahamilah apa yang tersirat di sebalik kata-kata yang tersurat. Keris harap mesej daripada nukilan Merpati Puteh itu dapat memberitahu Nuar Beraim dan totok-totoknya bahawa anak muda sekarang sudah tidak faham pada konsep perjuangan beliau. Ramai juga yang telah sedar bahawa perjuangan yang dibawa oleh Nuar ini adalah perjuangan pengkhinatan terhadap bangsa sendiri.

Ikuti juga rentetan kejadian secara langsung perbicaraan Nuar di The Unspinners.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Ramai yang sudah sedar dan bersedia untuk berjuang bersama BN..tetapi jika idealisma anak muda 'disekat' maka jangan tanya Keris mengapa anak muda menjadi rebel..

Ilmuwan Muda 'Smash' MAZA ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Telah disampaikan kepada Keris akan berita mengenai Wacana Ilmiah Sinar Harian yang berlangsung  pagi tadi dengan Tajuk ''Ulama Politik, Untuk Dakwah Atau Parti''. Panelis yang menjadi panelis adalah : 
  • Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat)
  • Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak)
  • Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)
Bersama Moderator "Si Pening Lalat", Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkenaan isu agama yang mengelirukan.


Kita tolak tepi isu "Si Pening Lalat" dahulu. Apa yang Keris ingin sampaikan disini adalah mengenai pendekatan Ilmuwan Muda Fathul Bari ini ketika menjawab soalan-soalan 'cepumas' MAZA dengan penyampaian yang tegas dan padat. Beliau berjaya menjawab dengan kata-kata yang konkrit. 


Sebagai orang muda yang berfikir secara sinikal dan kritikal mengenai isu politik di Malaysia, Keris amat mengagumi pemahaman serta perjuangan beliau di dalam mengubah persepsi rakyat mengenai Islam di dalam UMNO dengan tertib dan berhemah. Beliau dapat menerangkan kedudukan Islam sebagai salah satu perjuangan UMNO serta keberkesanan peranan beliau sebagai Ilmuwan Muda UMNO. Sila ikuti video dibawah.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: UMNO harus lahirkan lebih ramai Ilmuwan Muda..jangan bila orang tu bijak sikit dah kena 'pancung'..syabas kerana Fathul Bari boleh dijadikan sebagai model kepada generasi muda. 

24/08/2011

Bukti DAP memang Anti-ISLAM!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Jika suatu ketika dahulu, totok-totok PAS akan melakukan amuk sekiranya perkara seperti video di bawah  berlaku. Kini, mereka membisukan mulut, menutup mata dan memekakkan telinga hanya kerana ingin mempertahankan prinsip DAP demi mengekalkan kekuasaan mereka dalam PR.


Tersirap juga darah merah Keris apabila melihat DAP kini semakin melampau dalam penyentuhan isu-isu sensitiviti Islam. Harap pembaca nilai sendiri senario yang berlaku jika orang Islam menyokong orang Anti-Islam!.



credit to: Mat Kilau

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Jika Islam bukan lagi perjuangan PAS..sila bubarkan parti tersebut..tidak kena pada nama dengan perjungan baru PAS..tukarlah!

Malam Yang Ditunggu-Tunggu Oleh Ahli UMNO Dan PAS?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Kita sebagai umat Islam harus sedar akan kedudukan kita dan sentiasa musahabah diri supaya setiap perjuangan yang dilaungkan sentiasa diredhai Allah dan mendapat keberkatannya. 

Keris ingin berkongsi video ini agar kita sentiasa Tawadhu' dan Istiqamah didalam menunaikan ibadah sekaligus memberi kita semangat ntuk berjuang demi kesucian Islam, ketuanan Melayu serta kesejahteraan Malaysia. Masih belum terlambat untuk mengejar malam lailatul qadar, InsyaAllah.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku! 

Keris 7 Lok kata: Bukan berkhutbah tetapi nawaitu Keris adalah untuk mengingatkan diri sendiri serta sahabat-sahabat pembaca yang lain supaya perjuangan kita sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk