01/02/2018

Laluan Basikal - Siapa Yang Mencuri?



Isu pendakwaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan terutama yang mengetuai kerajaan pembangkang sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bersama bukti yang kukuh mengenai isu penyelewengan yang dilakukan.

Kita akui bahawa dan rakyat akui bahawa sebilangan dan boleh dikatakan kesemuanya pemimpin yang ada didalam Pakatan Harapan yang berketurunan Melayu asalnya dari UMNO dan mereka ini setelah dihalau keluar dari UMNO akibat tingakah laku yang melibatkan amalan rasuah dan khianat.

Kebanyakan mereka ini adalah penagamal rasuah yang tegar dalam apa cara sekali pun. Tindakan sebilangan dari mereka pula ialah menjual maklumat dalaman kepada pihak pembangkang dan bertindak sebagai pengkhianat kepada parti yang mereka sertai.

Jadi tidak hairanlah bagaimana mereka ini boleh melakukan kerjasama erat bersama DAP dalam melakukan penentangan dan fitnah kepada sebuah paerti yang mereka anggap satu ketka dahulu adalah rumah yang harus dilindungi.

Semasa didalam UMNO mereka ini juga yang menjual projek-projek kerajaan dan mereka ini juga yang membahagikan projek kepada kroni-kroni rapat mereka yang kadang kala kita melihat ada sebilangannya tidak mempunyai kelayakan langsung dalam bidang tersebut.

Sebagai contoh yang paling lawak dimuka bumi dan dalam sejarah pembinaan dimana ianya berlaku di Pulau Pinang telah menjadikan kita malu saentero dunia yang mana sebuah syarikat pereka fesyen akan membina sebuah terowong dasar laut.

Paling melucukan lagi, syarikat yang benar benar berkepakaran dalam bidang ini telah “dihilangkan” dari senarai yang sepatutnya. Ini lah permainan penyelewengan yang dilakukan oleh DAP serta PKR dalam usaha untuk merompak dana rakyat.

Sepanjang 8 tahun pemerintahan yang dijalankan terhadap kedua buah negeri ini oleh pakatan harapan, defisit kedua buah negeri ini hampir mencapai 1 Trillion yang mana bakal membangkrupkan kedua negeri tersebut.

Semasa itu juga lah wang rakyat diagih-agihkan kepada kroni yang rapat dengan ketua menteri atau Menteri Besar termasuk anak beranak mereka dan telah kaya raya hasil rompakan yang dilakukan. Untuk rakyat hanya mampu melihat sahaja kekayaan yang ditunjukkan oleh mereka.

Adalah paling menghairankan masih ada juga penyokong yang mengatakan tidak mengapa rompakan yang dilakukan dan masih berusaha untuk melindungi kegiatan yang tidak bermaruah dilakukan oleh pemimpin pakatan.

Meletakkan kos yang tidak masuk akal dalam stau satu projek yang hendak dibangunkan adalah amalan DAP dan PKR. Amalan ini boleh dikatakan dilaksanakan kesemua projek. Amalan memakan komisyen dari nilaian yang tinggu amat ketara sekali dilakukan.

Untuk membuktikan dakwaan penetapan kos pembangunan yang dilakukan diletakkan pada harga yang tinggi, dibawah ini disertakan bukti-bukti yang memerlukan satu siasatan terperinci oleh Suruhanjaaya pencegahan Rasuah Malaysia bagi mendakwa dan membekukan asset pemimpin serta keluarga mereka.

Berikut adalah nilai kos yang dikeluarkan oleh negeri Pakatan dalam usaha merompak dan rakyat dan menolak sama serkali projek yang tidak menguntungkan seperti membina keperluan rakyat. Langkah ini sama dengan apa yang telah dilakukan oleh Mahathir sewaktu pemerintahannya.

Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri bagaimana nilai kos ditetapkan dan bagaimana kita dapat melihat betapa mudahnya dana rakyat dirompak tanpa sekatan.



Justeru itu adalah menjadi kewajiban kepada rakyat Malaysia untuk menolak sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar kleptokrasi yang tegar dan menyelamatkan sebuah negeri yang kini hampir terjual ke tangan warga asing bila mana tanah-tanah kerajaan sudah berpindah milik kepada Negara lain.

Buat laluan basikal berharga RM2.4 juta untuk satu kilometer. Kos RM30 juta untuk laluan basikal sejauh 12.5 kilometer. DBKL buat laluan basikal hanya bernilai RM127,000 untuk satu kilometer.

Kalau ikut kos DBKL, untuk 12.5 kilometer hanya melibatkan kos bernilai RM1.58 juta sahaja. Boleh jimat RM28.42 juta. Mengapa kos basikal “Developer Action Party” mahal sangat? RM28.42 juta ini komisyen untuk DAP kah?

Cadang hendak buat LRT bernilai RM24 billion yang harganya lebih mahal dari MRT. Kos projek MRT sejauh 51 kilometer, siap dengan laluan bawah tanah dan stesyen hanya bernilai RM21 billion. Jimat lagi RM2 billion daripada anggaran asal.

Namun di Pulau Pinang, “Developer Action Party’ cadang buat LRT sahaja, bukannya MRT. Kosnya bernilai RM24 billion untuk 30 kilometer sahaja. Satu kilometer kosnya RM800 juta. Mahal sangat berbanding MRT yang ada stesyen dan laluan bawah tanah hanya berkos RM411 juta satu kilometer.

Oleh kerana itulah Norlela Ariffin, ADUN PKR Penanti cakap mengapa tidak buat MRT sahaja berbanding buat LRT. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP tidak boleh jawab. Musykil sungguh, orang Penang kata “awat yang mahai sangat?” Duit itu DAP ‘kedarah’ masuk poket ‘depa’ kah?

Buat kajian kos terowong yang berkali ganda mahal dan kemudian kantoi pula hilang RM236 juta. Kajian kos terowong yang sama di Quebec City, Kanada hanya berkos RM429,645 untuk 7.8 kilometer. Keseluruhan kos terowong “Smart Tunnel” di Kuala Lumpur hanya berjumlah RM1.93 billion sahaja.

Terowong yang mahu dibuat oleh Guan Eng di dasar laut hanya sepanjang 6.5 kilometer, namun kosnya mencecah RM4.63 billion. Jabatan Kerja Raya boleh buat kajian dengan kos yang lebih murah. Namun mengapa Guan Eng pakai syarikat swasta dan bayar RM305 juta. Kos asal hanya RM70 ke RM80 juta sahaja. Boleh jimat RM235 juta.

Jumlah boleh dijimatkan ini sama dengan jumlah duit kajian kos terowong yang dipercayai hilang sebanyak RM235.7 juta bila semua dokumen kajian disemak dan diteliti oleh SPRM. Hilang ke mana wang sejumlah RM235.7 juta ini?

Bila beli rumah banglo Pinhorn pandai pula Guan Eng berjimat. Beli rumah banglo di bawah harga pasaran daripada proksi sendiri. Harga pasaran semasa banglo adalah RM6.5 juta. Guan Eng beli hanya dengan harga RM2.8 juta sahaja. Jimat RM3.7 juta. Pandai pula berjimat bila beli banglo sendiri.

Di Taman Manggis, tanah yang sepatunya dibina rumah untuk rakyat ditukar status tanah untuk buat projek komersial. Phang Li Khoon, proksi Guan Eng dipercayai dapat untung atas angin sampai RM59 juta, Guan Eng dapat jimat RM2.8 juta. Ini cara “Developer Action Party” berjimat di Pulau Pinang.

Mengapa semasa Guan Eng dan kerajaan ‘Developer Action Party’ buat projek projek di Pulau Pinang segalanya menjadi mahal berkali kali ganda? Apakah “kawtim” cara “minum kopi” seperti projek Banglo Pinhorn-Taman Manggis ini terjadi pada semua projek projek di Pulau Pinang?

Semasa buat belanjawan alternatif 2018, bukan main lagi pembangkang hendak berjimat sampai RM20 billion di Jabatan Perdana Menteri. Hendak buang penjawat awam dan tutup kementerian. Hakikatnya, itu semua “poyo’ sahaja. Masa mereka jadi kerajaan di Pulau Pinang, sekupang pun mereka tidak jimat.

Penang Institute boleh buat kajian mahu buang penjawat awam di Putrajaya. Penang Institute yang diberi bajet sampai berjuta juta oleh Guan Eng mengapa tidak buat kajian mengenai semua kos projek Guan Eng ini? Buat kajian untuk berjimat. Mungkin Penang Institute tidak pandai, Guan Eng kena upah syarikat fesyen baru boleh dapat kajian yang menjimatkan.

Banyak lagi projek yang mahu dibuat oleh Guan Eng ketika dalam Bajet 2018 iaitu Daerah Seni bernilai RM30 juta, kompleks sukan bernilai RM100 juta di Pulau Jerjak, stadium hoki di Bukit Mertajam bernilai RM7 juta. Semua projek ini kalau tidak diteliti dan disemak, sudah tentu menelan kos berkali ganda daripada kos asal.

Di Pulau Pinang pula, inilah cara kerajaan “Developer Action Party, DAP” melaksanakan projek projek ajaib. Hanya mementingkan projek pembinaan rumah mewah di lereng lereng bukit sahaja. Kampung rakyat pupus, naiklah kondo dan rumah mewah yang hanya jadi rumah mampu tengok bagi rakyat biasa.

Bagaimana hendak hentikan kegilaan dan kerakusan kerajaan korup “Developer Action Party’ ini?. Rakyat Pulau Pinang boleh menghalangnya. Jangan undi lagi DAP dalam PRU14. Ajar mereka atas kertas undi. Inilah masanya untuk berubah.

Adakah masih mahu menyokong DAP dan juga Pakatan Harapan. Jangan hanya kerana politik segala yang berlaku ini hanya mampu dilihat tanpa ada tindakan yang sewajarnya. Sebagai rakyat seharusnya mengambil tindakan dengan tidak memberikan undi kepada mereka sebagai satu jidah terhadap negeri dimana tanah tumpahnya darah uri kelahiran

Sumber : Pru14.tv

K7L : Kalau tak faham juga tak tahu lah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk