17/12/2017

Jom Turun Ke Solidariti Baitul Maqdis!



Selepas menyuarakan bantahan terhadap pengiktirafan Amerika Syarikat ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di Istanbul Turki, Malaysia tidak akan berdiam diri.

Sebagai kesinambungannya, satu perhimpunan akan diadakan secara besar-besaran di Masjid Putra Jumaat depan sebagai tanda solidariti Malaysia menyokong Palestin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perhimpunan ini akan turut dihadiri Perdana Menteri, datuk Seri najib tun rzak yang akan menyuarakan pendirian Malaysia.

Turut dijangka hadir memberikan ucapan ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perhimpunan yang dijangka dihadiri pelbagai NGO Islam dan bukan Islam akan bermula pukul 2.30 sehingga 4 petang.

Rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama dan politik dialu-alukan hadir memberi sokongan.

K7L : Jom turun..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk